TRADING FOREX MINGGU PERTAMA TIDAK MENGHAMPAKAN

Posted by Jongotai Ahad, 9 Oktober 2016 0 comments
Susah nak jelaskan bagaimana Benjyblogger boleh terjerbak dalam Trading Forex ha..ha..ha..ha.. Benjyblogger sebelum ini memang pernah mendengar tentang Trading Forex di mana orang-orang yang berjual beli dengan pasaran matawang dunia senang-senang sahaja mendapat keuntungan yang besar hanya dengan melakukan jual beli matawang melalui skrin komputer atau smartphone. Namun ada juga Benjyblogger dengar orang yang mengalami kerugian berjuta-juta ringgit dalam jual beli matawang ini. Nama pun perniagaan memang ada untung dan rugi namun Trading Forex merupakan perniagaan yang menarik dan lain daripada yang lain.

Image result for trading forex

Dua tiga minggu yang lepas Benjyblogger di perkenalkan oleh seseorang 'Sifu Radin' (nama panggilan dalam group Telegram) cara mudah dan santai untuk Trading Forex. Dengan tunjuk ajar 'Sifu Radin' Benjyblogger berjaya memahami dengan lebih terperinci cara Trading Forex Sclaping menggunakan platform MT4 di smartphone dan juga laptop.

Dipendekkan cerita, selepas dua tiga minggu berlatih Trading Forex dengan akaun Demo, Benjyblogger akhirnya memberanikan diri untuk membuka akaun Real dengan bermodalkan RM 50.00. Harus diingatkan bahawa Trading Forex merupakan pasaran yang sangat aktif dan tidak semua orang sesuai untuk berdagang di dalamnya kerana, ia mempunyai risiko yang sangat tinggi. Oleh itu jika anda bersedia untuk Trading Forex, pastikan jumlah modal yang anda gunakan untuk Trading Forex adalah jumlah modal yang anda SANGGUP UNTUK RUGI. Jangan risikokan diri anda dengan sejumlah modal yang besar kerana jika anda rugi ia akan menjejaskan kehidupan seharian anda. Memandangkan Benjyblogger hanya sanggup rugi dengan modal RM 50.00 maka Benjyblogger pun TAKE THE RISK untuk jumlah itu sahaja.

Berkat tunjuk ajar 'Sifu Radin' dan kesungguhan membuat latihan di akaun Demo, Minggu Pertama Trading Forex dengan real akaun tidak menghampakan. Keuntungan minggu pertama ini memberi peransang kepada Benjyblogger untuk kekal fokus bagi minggu-minggu yang mendatang. Di bawah ini adalah rekod jual beli Trading Forex Benjyblogger dengan akaun real.


Modal Permulaan : USD 11.61 (RM 50.00)
Keuntungan : USD 5.31
Kerugian : -
Baki Modal : USD 17.56
% Keuntungan : 51.25%

Anda juga boleh melihat prestasi Trading Forex Benjyblogger di Link seperti di bawah. 
http://www.forexfactory.com/benjyblogger

Benjyblogger percaya prestasi memberansangkan Benjyblogger minggu lepas dengan 51.25% keuntungan tidak boleh diambil sebagai ukuran untuk Trading Forex pada masa hadapan kerana pasaran matawang dunia sangat dinamik dan boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Mungkin juga teknik yang Benjyblogger guna minggu lepas sudah tidak sesuai dan boleh menyebabkan kerugian yang besar (silap-silap tutup kedai). Ia memang tidak mustahil boleh berlaku.

Jika anda juga seorang Forex Trader, anda boleh berkongsikan pengalaman anda di komen di bawah sebagai wadah bertukar-tukar maklumat dan ilmu. Jika anda berminat untuk menceburi perniagaan yang sangat unik ini anda boleh buka akaun Demo di https://www.exness.com/a/somvfcrv. Jika anda berminat untuk mempelajari Teknik Santai Trading Forex Sclaping 'Sifu Radin', anda boleh Whatsapp saya di +60122116934 untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, Trading Forex merupakan perniagaan yang berisiko tinggi tetapi Benjyblogger melihatnya dari sudut yang sungguh berbeza. Terima Kasih.



Rekod Penuh Trading Forex Benjyblogger --> SINI

Benjyblogger
Kajang, Selanggor

Baca Selengkapnya ....

PELABURAN BITCOIN PELABURAN ALTERNATIF YANG MENGUNTUNGKAN

Posted by Jongotai Isnin, 19 September 2016 0 comments
Secara peribadi BenjyBlogger lebih mengemari pelaburan berbanding dengan berniaga. Antara sebab-sebab kenapa BenjyBlogger kurang berminat untuk berniaga kerana pertama, BenjyBlogger tidak pandai berniaga dengan betul. BenjyBlogger pernah berniaga satu ketika dahulu di pasar malam tetapi apa yang BenjyBlogger dapat hanyalah penat dan tak balik modal.

Image result for BITCOIN
Gambar daripada : Google Images

Perkara kedua kenapa BenjyBlogger tidak suka berkenaan berniaga ialah susahnya untuk mencari pasaran dan pelanggan yang tetap. Memang tidak dapat dinafikan untuk mencari pelanggan tetap memang susah lebih-lebih lagi jika kita berniaga bermula daripada 'ZERO'. Ini berbeza jika kita mengambilalih sebuah perniagaan yang memang sudah sedia ada pelanggan tetap.

Perkara ketiga tentulah modal untuk berniaga. Jika kita betul-betul hendak berniaga, kita memerlukan modal. Berniaga tanpa modal mungkin tidak mustahil sebagai contoh berniaga 'Drop ship' melalui online tetapi jika kita hendak mengembangkan perniagaan kita, kita perlukan modal. Jika tiada modal kita hanya berada di tahap biasa-biasa sahaja sebagai seorang peniaga.

Rasanya cukuplah tiga perkara tu sahaja yang BenjyBlogger kongsikan kenapa BenjyBlogger kurang berminat untuk berniaga, lagi pun skill berniaga BenjyBlogger pun tiada. Walaupun kita tidak berminat berniaga namun kita masih boleh gandakan wang yang kita ada tidak kira berapa besar atau kecil wang yang kita ada, tidak kira RM 1000 ke atau RM 100 ke mahupun RM 10 kita tetap boleh gandakan wang kita dengan cara melabur. Melabur apa ? macam-macam kita boleh melabur tetapi ingat, jangan kita terjerbak dalam pelaburan cepat kaya yang berisiko tinggi.

Disini BenjyBlogger ingin kongsikan salah satu pelaburan Alternatif yang semakin mendapat tempat bagi kebanyakan orang yang telah mengenalinya. Mungkin anda pernah mendengar perkataan Bitcoin. Bagi BenjyBlogger melabur dalam Bitcoin merupakan salah satu pelaburan alternatif yang terbaik zaman kini. Kalau BenjyBlogger nak cerita apa itu Bitcoin rasanya boleh sampai 2, 3 artikel panjangnya. Mungkin untuk post akan datang BenjyBlogger akan ceritakan apakah itu Bitcoin mengikut kefahaman BenjyBlogger. Walaupun begitu anda masih boleh mendapatkan info mengenai Bitcoin melalui link --> INI.  

Secara ringkasnya konsep melabur dalam Bitcoin sama juga dengan konsep kita melabur dalam Emas. Dimana kita membeli Emas semasa harga rendah dan menjualnya semula pada harga tinggi. Ataupun kita membeli Emas pada harga sekarang dengan harap harga Emas akan meningkat pada masa hadapan. 100% konsep pelaburan dalam Bitcoin sama macam konsep kita melabur dalam Emas. Namun apa yang membezakan Emas dengan Bitcoin adalah, Emas kita boleh pegang dalam bentul fizikal tetapi Bitcoin hanya dalam bentuk vitual (alam maya - internat).

Perbandingan RM dengan Bitcoin adalah seperti kadar pertukaran di bawah iaitu
1 Bitcoin bersamaan dengan
bitcoin price

Setakan ini sahaja yang dapat BenjyBlogger kongsikan kepada anda dan untuk artikel-artikel BenjyBlogger yang akan datang, BenjyBlogger akan mengupas dengan lebih lanjut tentang keunikan Bitcoin dan apa yang menariknya tentang Bitcoin mengikut kaca mata BenjyBlogger. Apa yang BenjyBlogger kongsikan di artikel ini hanya secubit infomasi berkenaan Bitcoin kerana BenjyBlogger sering melihat Bitcoin dari sudut yang berbeza.

Sekian.

Baca Selengkapnya ....

CARA BUAT DUIT ONLINE DENGAN BLOG - PENDAPATAN PERTAMA DARIPADA REVENUE HITS

Posted by Jongotai Ahad, 22 Februari 2015 0 comments
Info terkini cara buat duit online dengan blog dan apa yang menariknya ia berterusan dan berulang-ulang setiap bulan. Ramai blogger Malaysia sama ada baru, amatur, otai ataupun professional tidak asing dengan Nuffnang dan Google Adsense, kerana kedua-dua syarikat pengiklanan ini amat konsisten dengan bayaran kepada publishers. Malangnya tidak ramai blogger Malaysia yang berjaya membuka akaun Google Adsense kerana di khabarkan syarikat tersebut mempunyai rules yang amat ketat sejak kebelakangan ini. Walaupun begitu memiliki akaun Nuffnang suda cukup baik bagi seorang blogger baru kerana ia salah satu cara buat duit online dengan blog yang juga terbukti di Malaysia.

Bagi yang sukar membuka akaun Google Adsense, saya mencadangkan alternative kepada sebuah lagi syarikat pengiklanan luar negara iaitu Revenue Hits. Pada saya Revenue Hits juga adalah satu jalan cara buat duit online dengan blog yang amat fokus kepada kategori video. Jika anda ada blog yang amat berkaitan dengan video ataupun live streaming ia amat bertepatan dengan konsep pengiklanan di Revenue Hits. Namun ia juga sebenarnya boleh diolah untuk blog-blog biasa, terpulang sejauhmana creativiti anda menggunakan button dan icon yang disediakan oleh syarikat ini.


Selepas membaca dan study tentang Revenue Hits, saya percaya ia adalah salah satu cara buat duit online dengan blog yang terbaik. Saya telah mendaftar akaun Revenue Hits pada Disember 2014 dan dengan sabar serta beberapa setup kepada blog saya, akhirnya saya mendapat pendapatan pertama daripada Revenue Hits pada 20 Feb 2015 berjumlah USD 22.65 di dalam akaun PayPal saya. Terima kasih Revenue Hits.

 cara buat duit online

Email di atas dari PayPal mewakili Revenue Hits (MyAdWise Ltd.)
 cara buat duit online

Bukti pendapatan di atas (akaun PayPal)

Ciri-ciri menarik Revenue Hits :

1. Cara mendaftar senang dan pengesahan yang tidak ketat sama seperti membuka akaun Nuffnang.

2. Pendapatan akan dimasukkan terus ke dalam akaun PayPal, Wire Transfer ataupun Payoneer.

3. Minumum pengeluaran USD 20.00 untuk PayPal. (untuk cara lain kurang pasti)

4. Pengeluaran ada secara automatik setiap 20 haribulan setiap bulan bila pendapatan anda mencapai USD 20.00. Jika tidak ia akan di carry forward ke bulan berikutnya.

Anda berminat cara buat duit online dengan blog di Revenue Hits ? Sila daftar di sini --> Jika anda ada cara buat duit online dengan blog yang lain, bolehlah kongsikan bersama melalui ruang komen di bawah. Terima kasih.

Baca Selengkapnya ....

BEKERJA DI RUMAH SECARA ONLINE

Posted by Jongotai Rabu, 14 Januari 2015 0 comments
Bekerja di rumah secara online untuk pendapatan pasif RM 100 - RM 300 sebulan. Ianya percuma, tiada kos pengangkutan dan yang paling penting anda melakukannya tanpa paksaan mengikut masa anda sendiri, anda adalah bos kepada diri anda sendiri. Potensi pendapatan tidak terbatas ia bergantung kepada 100% kecekapan diri anda dan sememangnya saya merendah diri untuk membantu anda berjaya kerana tiada yang mustahil untuk pendapatan lebih kurang RM 300.00 sebulan. Mungkin anda tertanya-tanya apakah kerja di rumah secara online yang saya maksudkan. Tunggu dulu ! ... adakah anda seorang suri rumah sepenuh masa ? atau, seorang pelajar kolej/universiti yang memerlukan perbelanjaan tambahan semasa belajar? atau, gaji anda tidak cukup dan ingin mendapatkan pendapatan sampingan ? atau, anda ingin memenuhi masa lapang dengan bekerja secara online di rumah dan mendapat duit sampingan ? Jika anda dalam kategori yang saya maksudkan di atas, anda adalah calon yang sangat sesuai.

kerja di rumah secara online photo kerjadirumahsecaraonline.jpg

Baca Selengkapnya ....

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND 9 DIS 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012

Posted by Jongotai Ahad, 9 Disember 2012 0 comments
Keputusan perlawana Malaysia vs Thailand pada 9 Dis 2012 separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 berkesudahan dengan seri 1 - 1. Perlawana penuh debaran 94 minit di Stadium Bukit Jalil disaksikan lebih 60 ribu penyokong Harimau Malaya nampaknya tidak menghampakan walaupun berkesudahan seri. Dalam perlawanan ini nampaknya taktikal Datuk K. Rajagobal menjadi menggunakan formasi 4-5-1 dengan meletakkan Norsharul sebagai penyerang solo sementara Safee Sali direhatkan. Walaupun kedudukan ini kurang selesa buat Malaysia namun peluang tetap ada untuk melangkah ke perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2012 yang mana perlawana timbal balik ke-2 di Bangkok 13 Dis 2012 menjadi penentunya.

#AFF SUZUKU CUP 2012 photo PialaAFF2012.jpg

Baca Selengkapnya ....

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA 1 DIS 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012

Posted by Jongotai Sabtu, 1 Disember 2012 0 comments
Keputusan perlawana Malaysia vs Indonesia 1 Dis 2012 dalam kempen Piala Suzuki AFF 2012 dimenangi oleh Malaysia dengan jaringan 2 - 0 mengatasi Indonesia. Harimau Malaya yang kehilangan sayap lincah S. Kunalan telah memasukkan Azammuddin Akhil nampaknya berjaya dan membawakan hasil apabila Azammuddin juga menghasilkan gol dalam perlawanan ini. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan Singapura berjaya mengatasi Laos dengan jaringan 4 - 3. Dengan ini pasukan Singapura dan pasukan Malaysia dari Kumpulan B layak ke Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2012. Kedudukan terakhir Kumpulan B menyaksikan Singapura didepan diikuti Malaysia, Indonesia dan Laos. Dengan tamatnya perlawanan terakhir Kumpulan B ini, maka lengkaplah 4 pasukan yang akan bertemu di Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2012. Pasukan Filipina akan menentang Singapura manakala pasukan Malaysia akan menentang pasukan Thailand. Jadual perlawanan Seperuh Akhir sila klik di SINI.

#AFF SUZUKU CUP 2012 photo PialaAFF2012.jpg

Baca Selengkapnya ....

KEPUTUSAN PERLAWANA MALAYSIA VS LAOS 28 NOV 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012

Posted by Jongotai Rabu, 28 November 2012 0 comments
Perlawana kedua pasukan Malaysia bertemu Laos 28 Nov 2012 dalam saingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 berkesudahan dengan kemenangan kepada Malaysia 4 - 1 ke atas Laos. Malaysia yang turun dengan misi mesti menang telah membuat 4 pertukaran pemain berbanding perlawanan pertama dengan memasukkan Wan Zack, Mohd Sakir, Mahali dan penjaga gol Farizal Marlias nampaknya menjadi. Sebelum itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan pasukan Indonesia berjaya menjinakkan Singapura 1 - 0 menjadikan pasukan Indonesia mendahului Kumpulan B dengan 4 mata diikuti pasukan Singapura, Malaysia dan Laos. Malaysia masih lagi mempunyai harapan untuk mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 tetapi perlu menang ke atas Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, jika seri peluang bergantung kepada perlawanan antara Singapura dengan Laos.

#AFF SUZUKU CUP 2012 photo PialaAFF2012.jpg


Baca Selengkapnya ....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life.

I'm not responsible for any harm due to using any information in this blog. All information in this blog remain as information and please get advisable from professional person before acts on it.
Thank you for coming to my blog.