Secara peribadi BenjyBlogger lebih mengemari
pelaburan berbanding dengan
berniaga. Antara sebab-sebab kenapa BenjyBlogger kurang berminat untuk
berniaga kerana pertama, BenjyBlogger tidak pandai
berniaga dengan betul. BenjyBlogger pernah
berniaga satu ketika dahulu di pasar malam tetapi apa yang BenjyBlogger dapat hanyalah penat dan tak balik modal.
Gambar daripada : Google Images
Perkara kedua kenapa BenjyBlogger tidak suka berkenaan berniaga ialah susahnya untuk mencari pasaran dan pelanggan yang tetap. Memang tidak dapat dinafikan untuk mencari pelanggan tetap memang susah lebih-lebih lagi jika kita berniaga bermula daripada 'ZERO'. Ini berbeza jika kita mengambilalih sebuah perniagaan yang memang sudah sedia ada pelanggan tetap.
Perkara ketiga tentulah modal untuk berniaga. Jika kita betul-betul hendak berniaga, kita memerlukan modal. Berniaga tanpa modal mungkin tidak mustahil sebagai contoh berniaga 'Drop ship' melalui online tetapi jika kita hendak mengembangkan perniagaan kita, kita perlukan modal. Jika tiada modal kita hanya berada di tahap biasa-biasa sahaja sebagai seorang peniaga.
Rasanya cukuplah tiga perkara tu sahaja yang BenjyBlogger kongsikan kenapa BenjyBlogger kurang berminat untuk berniaga, lagi pun skill berniaga BenjyBlogger pun tiada. Walaupun kita tidak berminat berniaga namun kita masih boleh gandakan wang yang kita ada tidak kira berapa besar atau kecil wang yang kita ada, tidak kira RM 1000 ke atau RM 100 ke mahupun RM 10 kita tetap boleh gandakan wang kita dengan cara melabur. Melabur apa ? macam-macam kita boleh melabur tetapi ingat, jangan kita terjerbak dalam pelaburan cepat kaya yang berisiko tinggi.
Disini BenjyBlogger ingin kongsikan salah satu
pelaburan Alternatif yang semakin mendapat tempat bagi kebanyakan orang yang telah mengenalinya. Mungkin anda pernah mendengar perkataan
Bitcoin. Bagi BenjyBlogger
melabur dalam Bitcoin merupakan salah satu pelaburan alternatif yang terbaik zaman kini. Kalau BenjyBlogger nak cerita
apa itu Bitcoin rasanya boleh sampai 2, 3 artikel panjangnya. Mungkin untuk post akan datang BenjyBlogger akan ceritakan
apakah itu Bitcoin mengikut kefahaman BenjyBlogger. Walaupun begitu anda masih boleh mendapatkan
info mengenai Bitcoin melalui link -->
INI.
Secara ringkasnya konsep melabur dalam Bitcoin sama juga dengan konsep kita melabur dalam Emas. Dimana kita membeli Emas semasa harga rendah dan menjualnya semula pada harga tinggi. Ataupun kita membeli Emas pada harga sekarang dengan harap harga Emas akan meningkat pada masa hadapan. 100% konsep pelaburan dalam Bitcoin sama macam konsep kita melabur dalam Emas. Namun apa yang membezakan Emas dengan Bitcoin adalah, Emas kita boleh pegang dalam bentul fizikal tetapi Bitcoin hanya dalam bentuk vitual (alam maya - internat).
Perbandingan RM dengan Bitcoin adalah seperti kadar pertukaran di bawah iaitu
1 Bitcoin bersamaan dengan
Setakan ini sahaja yang dapat BenjyBlogger kongsikan kepada anda dan untuk artikel-artikel BenjyBlogger yang akan datang, BenjyBlogger akan mengupas dengan lebih lanjut tentang keunikan Bitcoin dan apa yang menariknya tentang Bitcoin mengikut kaca mata BenjyBlogger. Apa yang BenjyBlogger kongsikan di artikel ini hanya secubit infomasi berkenaan Bitcoin kerana BenjyBlogger sering melihat Bitcoin dari sudut yang berbeza.
Sekian.