PELABURAN UNIT TRUST DENGAN WANG CARUMAN KWSP

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 4 Julai 2017 0 comments
Membuat Pelaburan Unit Trust dengan wang Caruman KWSP sepatutnya sudah menjadi satu kemestian bagi setiap pencarum-pencarum KWSP.  Tetapi saya beranggapan masih ramai pencarum KWSP masih tidak tahu akan program ini kerana KWSP sendiri, pada pendapat peribadi saya kurang mempromosikan skim ini kepada pencarum-pencarumnya. Ini tidak bermaksud saya menyalahkan pihak KWSP, tidak, tidak masa sekali. Jangan salah tafsir pendapat peribadi saya di atas yer. Itu cumalah pendapat peribadi saya setelah melihat mengapa ramai pencarum KWSP tidak mempunyai info berkaitan skim ni, tidak lebih dari itu.


Sumber Gambar : Google Image


Saya suka nak ingatkan di sini bahawa, sekiranya pencarum KWSP tidak melaburkan caruman KWSP mereka di dalam Pelaburan Unit Trust pun, KWSP tetap memberi pulangan yang terbaik dalam bentuk dividen kepada pencarum-pencarumnya. Saya ambil contoh 7 tahun kebelakang dividen KWSP sejak 2010 hingga 2016.

2010 - 5.80%
2011 - 6.00%
2012 - 6.15%
2013 - 6.35%
2014 - 6.75%
2015 - 6.40%
2016 - 5.70%


Berdasarkan rekod pulangan KWSP di atas, kita dapat membuat analisis kasar bahawa, pulangan dividen yang diberikan oleh KWSP kepada pencarumnya dalam purata sekitar 6.16% setahun. Pada pendapat saya ia adalah pulangan yang besar, lebih besar daripada Simpanan Tetap sebagaimana yang ditawarkan oleh kebanyakan Bank-Bank tempatan.  Bukan saja pulangan KWSP tu besar tetapi, ia juga sangat selamat kerana di jamin oleh kerajaan.  Habis tu, jika pulangan yang diberikan oleh KWSP sudah cukup baik dan selamat, kenapa perlu kita nak melaburkan caruman KWSP kita ke dalam Pelaburan Unit Trust ?

Sebelum saya menjawab persoalan di atas, saya ingin kongsikan info menarik, mengapa KWSP memperkenalkan skim Pelaburan KWSP ini. Nama rasmi skim ini adalah Skim Pelaburan Ahli KWSP tetapi, ia sangat mesra dipanggila Skim Pelaburan KWSP. Ia diperkenalkan oleh KWSP pada November 1996. Pada tahun atikel ini ditulis (2017), skim pelaburan ini sebenarnya sudah 21 tahun diperkenalkan kepada pencarum-pencarum KWSP. Tujuan KWSP memperkenalkan skim pelaburan ini adalah kerana, KWSP melihat trend pekerja swasta yang sudah bersara telah menghabiskan kesemua caruman KWSP mereka hanya dalam 3 tahun. Ia sesuatu yang amat menyedihkan kerana ada sebilangan persara terpaksa bekerja kembali dan ada juga taraf hidup mereka menjadi lebih teruk dari sebelum bersara.

Dengan memperkenalkan Skim Pelaburan KWSP ini, KWSP berharap pencarum-pencarum dapat mempelbagaikan potfolio pelaburan mereka melalui dana-dana yang ditawarkan dalam Pelaburan Unit Trust. KWSP juga berharap, dengan mempelbagaikan potfolio pelaburan, para pencarum dapat menggandakan caruman KWSP mereka dengan lebih cepat berbanding hanya mencarum di KWSP. Dengan ini, simpanan yang akan diperolehi oleh pencarum KWSP lebih banyak apabila bersara kelak.  Saya berharap, info menarik ini dapat menjawab persoalan di atas tadi. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk melaburkan sedikit caruman KWSP anda ke dalam Pelaburan Unit Trust ? Jika anda sudah bersedia, sila ikut panduan yang diberikan di bawah.

================================================
Step 1 - Adakah anda layak menyertai Skim Pelaburan KWSP ini ?
================================================

Ini merupakan perkara yang paling basic anda perlu faham. Kerana, untuk melabur dalam Skim Pelaburan KWSP anda perlu melepasi had kelayakan yang telah di tetapkan oleh KWSP.  Sila lihat jadual simpanan asas di bawah mengikut umur.

Jadual dipetik daripada : Laman Web Rasmi KWSP

Berdasarkan jadual di atas, anda perlu memilih umur anda dahulu. Saya bagi contoh, jika umur anda 30 tahun, simpanan asas yang perlu ada dalam Akaun 1 KWSP anda yang tidak boleh dilaburkan dalam Pelaburan Unit Trust adalah sebanyak RM 29,000. Ini bermaksud, jika anda ada RM 35,000 dalam Akaun 1 KWSP anda, jumlah yang boleh dilaburkan dalam Pelaburan KWSP adalah seperti formula pengiraan di bawah :

RM 35,000 - RM 29,000 = RM 6,000

RM 6,000 x 30% = RM 1,800

Hanya RM 1,800 sahaja yang boleh dilaburkan dalam Pelaburan Unit Trust

Jika anda layak syarat-syarat KWSP sebagaimana pengiraan di atas, Tahniah !, ia satu khabar gembira untuk anda. "OK, saya dah layak, so apa lagi saya perlu buat ?". Relex bro, relex ... sila ikut step ke 2 di bawah.

===============================
Step 2 - Pilih Syarikat Pelaburan Unit Trust
===============================   

Step ni tidak kurang pentingnya juga kerana, setiap syarikat Pelaburan Unit Trust mempunyai prestasi yang berbeza-beza. Fee ataupun cas pengurusan juga berbeza-beza. Untuk mengetahui syarikat-syarikat mana yang dilantik oleh KWSP dalam skim Pelaburan KWSP ini, anda boleh dapatkan maklumat di dalam laman web rasmi KWSP di SINI

>>> Tip Memilih Syarikat Pelaburan KWSP - Public Mutual Berhad menawarkan cas pengurusan yang murah berbanding lain-lain syarikat <<<

Jika anda dah tahu mana satu syarikat Pelaburan Unit Trust yang anda suka, anda boleh menghubungi bahagian perkhidmatan pelangga syarikat tersebut untuk mendapatkan lebih info. "Emm ... itu je ke ?" Ya, itu sahaja step-stepnya, mudahkan.

==================================
Step 3 - Express Step Untuk Melabur Unit Trust
==================================

Step ini diwujudkan bagi mereka yang dah tak sabar-sabar, sangat meluap-luap ingin melabur ke dalam Unit Trust dengan caruman KWSP mereka. Dengan memilih step ini, anda tidak perlu buang masa anda untuk menyemak satu per satu senarai syarikat Pelaburan Unit Trust yang sesuai dengan anda. Selain itu, dengan step ini juga, anda tak perlu buang masa dan wang ringgit anda untuk call bahagian khidmat pelanggan syarikat Unit Trust yang mana belum tentu boleh menjawab semua persoalan anda. Step ini adalah step Express All in One. Anda hanya perlu join whatsApp group seorang Perunding Unit Trust yang jujur dan amanah serta rajin di SINI untuk mendapatkan perkhidmatan Express All in One ini. Perkhidmatan Perunding Unit Trust ini adalah yang terbaik dan sangat memuaskan hati para pelabur setakat ini (selain handsome <- yang ni sudah melampau dah ni). Jadi jangan buang masa anda, kerana masa itu emas. Bertindak sekarang, jangan tunggu sehingga KWSP mengetatkan syarat-syarat barunya pula, nanti melepaslah pula. Join WhatsApp group sekatang atau SMS no 0122116934 (Benjy)

==================================
Jika anda rasa atikel ini sangat-sangat bermanfaat kepada anda dan orang lain, sila share kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak tahu berkenaan info Skim Pelaburan KWSP.
==================================

Terima kasih kepad anda semua
Terima kasih daun keladi.

#PELABURAN_KWSP
#PELABURAN_UNIT_TRUST
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PELABURAN UNIT TRUST DENGAN WANG CARUMAN KWSP
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2017/07/pelaburan-unit-trust-dengan-wang.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.