PELABURAN BITCOIN PELABURAN ALTERNATIF YANG MENGUNTUNGKAN

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 18 September 2016 0 comments
Secara peribadi BenjyBlogger lebih mengemari pelaburan berbanding dengan berniaga. Antara sebab-sebab kenapa BenjyBlogger kurang berminat untuk berniaga kerana pertama, BenjyBlogger tidak pandai berniaga dengan betul. BenjyBlogger pernah berniaga satu ketika dahulu di pasar malam tetapi apa yang BenjyBlogger dapat hanyalah penat dan tak balik modal.

Image result for BITCOIN
Gambar daripada : Google Images

Perkara kedua kenapa BenjyBlogger tidak suka berkenaan berniaga ialah susahnya untuk mencari pasaran dan pelanggan yang tetap. Memang tidak dapat dinafikan untuk mencari pelanggan tetap memang susah lebih-lebih lagi jika kita berniaga bermula daripada 'ZERO'. Ini berbeza jika kita mengambilalih sebuah perniagaan yang memang sudah sedia ada pelanggan tetap.

Perkara ketiga tentulah modal untuk berniaga. Jika kita betul-betul hendak berniaga, kita memerlukan modal. Berniaga tanpa modal mungkin tidak mustahil sebagai contoh berniaga 'Drop ship' melalui online tetapi jika kita hendak mengembangkan perniagaan kita, kita perlukan modal. Jika tiada modal kita hanya berada di tahap biasa-biasa sahaja sebagai seorang peniaga.

Rasanya cukuplah tiga perkara tu sahaja yang BenjyBlogger kongsikan kenapa BenjyBlogger kurang berminat untuk berniaga, lagi pun skill berniaga BenjyBlogger pun tiada. Walaupun kita tidak berminat berniaga namun kita masih boleh gandakan wang yang kita ada tidak kira berapa besar atau kecil wang yang kita ada, tidak kira RM 1000 ke atau RM 100 ke mahupun RM 10 kita tetap boleh gandakan wang kita dengan cara melabur. Melabur apa ? macam-macam kita boleh melabur tetapi ingat, jangan kita terjerbak dalam pelaburan cepat kaya yang berisiko tinggi.

Disini BenjyBlogger ingin kongsikan salah satu pelaburan Alternatif yang semakin mendapat tempat bagi kebanyakan orang yang telah mengenalinya. Mungkin anda pernah mendengar perkataan Bitcoin. Bagi BenjyBlogger melabur dalam Bitcoin merupakan salah satu pelaburan alternatif yang terbaik zaman kini. Kalau BenjyBlogger nak cerita apa itu Bitcoin rasanya boleh sampai 2, 3 artikel panjangnya. Mungkin untuk post akan datang BenjyBlogger akan ceritakan apakah itu Bitcoin mengikut kefahaman BenjyBlogger. Walaupun begitu anda masih boleh mendapatkan info mengenai Bitcoin melalui link --> INI.  

Secara ringkasnya konsep melabur dalam Bitcoin sama juga dengan konsep kita melabur dalam Emas. Dimana kita membeli Emas semasa harga rendah dan menjualnya semula pada harga tinggi. Ataupun kita membeli Emas pada harga sekarang dengan harap harga Emas akan meningkat pada masa hadapan. 100% konsep pelaburan dalam Bitcoin sama macam konsep kita melabur dalam Emas. Namun apa yang membezakan Emas dengan Bitcoin adalah, Emas kita boleh pegang dalam bentul fizikal tetapi Bitcoin hanya dalam bentuk vitual (alam maya - internat).

Perbandingan RM dengan Bitcoin adalah seperti kadar pertukaran di bawah iaitu
1 Bitcoin bersamaan dengan
bitcoin price

Setakan ini sahaja yang dapat BenjyBlogger kongsikan kepada anda dan untuk artikel-artikel BenjyBlogger yang akan datang, BenjyBlogger akan mengupas dengan lebih lanjut tentang keunikan Bitcoin dan apa yang menariknya tentang Bitcoin mengikut kaca mata BenjyBlogger. Apa yang BenjyBlogger kongsikan di artikel ini hanya secubit infomasi berkenaan Bitcoin kerana BenjyBlogger sering melihat Bitcoin dari sudut yang berbeza.

Sekian.

Baca Selengkapnya ....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.