HARGA PETROL NAIK - BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPINYA

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 31 Mac 2012 0 comments
Harga petrol naik akan melanda Malaysia tidak lama lagi, apa yang penting kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy rasa semua sudah membaca di suratkhabar dan menonton berita melalui TV bahawa beberapa negara di Asia dan Eropah telah menaikkan harga petrol di dalam pasaran mereka. Maklumat tidak rasmi yang Benjy perolehi daripada http://www.oil-price.net/ mendapati harga minyak mentah dipasaran dunia adalah USD 102.93 setong hari ini dan secara logiknya jika minyak mentah ini diproses menjadi petrol maka berlipat kali gandalah harga  seliter petrol.

Gambar Terjumpa Di Google Search

Baca Selengkapnya ....

ENTRY BLOG KE-70

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 30 Mac 2012 0 comments
Entry blog benjyblogger[dot]com kini mencapai postnya yang ke-70. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Sebagai seorang blogger part time yang masih mentah nampaknya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari oleh Benjy untuk maju dan sebaris dengan blogger-blogger yang hebat. Pendapat peribadi Benjy ada juga persamaan dengan pendapat blogger Md. Anif yang menyatakan menulis blog sebagai terapi pada diri seseorang. Secara peribadi juga Benjy dapat merasakan perubahan pada pemikiran Benjy sejak menulis blog setahun yang lalu. Post ke-70 ini tidak termasuk blog lama Benjy iaitu benjystanis[dot]co[dot]cc yang telah Benjy abaikan walaupun blog tersebut mempunyai kedudukan Alexa Ranking dan Google PR yang agak baik. Mungkin jika digabungkan kedua-duanya, banyak juga artikel yang telah Benjy hasilkan. 

Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

LELAKI KACAK ADA JUGA YANG MISKIN

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 29 Mac 2012 0 comments
Lelaki kacak ada juga yang miskin. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Entry ini ditujukan khas kepada saudara Titan 'the handsome boy' nak bagi tahu ini adalah entry Benjy yang ke-5 untuk menyahut cabaran SEO beliau. Entry ke-5 ini Benjy tak nak masuk bertanding tetapi nak jadi pengacau je he..he..he.. diharapkan tak ada orang marah yer. Sebenarnya Benjy seronok join contest SEO Titan ini bukan apa, seronok belajar SEO je. Buat Entry Pertama tak masuk senarai page 1 hingga page 5. Punyalah hampa nak mampos. Cuba korang tengok screen shot kat bawah ni kat mana kedudukannya.

Entry Pertama Di Carian Google Search

Baca Selengkapnya ....

AYAT POWER, KATA-KATA DAN AYAT-AYAT CINTA

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 28 Mac 2012 0 comments
Ayat power mungkinkah sama ertinya dengan kata-kata dan ayat-ayat cinta. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Pada satu ketika dulu semesa Benjy masih berajar dalam tingkatan 4 dan 5 boleh dikatakan Benjy ni kacak juga sikit-sikit cuma gedempol sedikit .. ha..ha..ha..ha.. Pada masa itu Benjy tidak mempunyai perasaan untuk mencari couple dengan mana-mana student wanita mungkin, perasaan kebudak-budakan Benjy masih menebal dalam diri. Masa tu Benjy masih gemar menonton kartun dan membaca majalah komik Juara Wira, Pedang Setiawan dan Lingkaran Terkunci. Pada masa tu minda masih berimaginasi menjadi hero-hero dalam komik tersebut sehingga tidak terlintas langsung mengorat mana-mana student wanita yang cun-cun dan gebu-gebu. Selepas sekolah Benjy banyak habiskan aktiviti di sebelah petang bermain bola sepak dengan rakan-rakan. Pada sebelah malam pula Benjy banyak habiskan masa bermain gitar dan melalak seorang-sorang dalam bilik. Boleh dikatakan bab-bab nak mengorat pompuan ni jauh panggang dari apilah katakan.

Sekadar Gambar Hiasan
Sumber : Google Search


Baca Selengkapnya ....

WORDLESS WEDNESDAY - SENYUMANMU AMATLAH BERMAKNA

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 27 Mac 2012 0 comments
Wordless Wednesday - Senyumanmu amatlah bermakna. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. This is my 1st Wordless Wednesday Entry, enjoy it.


Anda boleh melihat lain-lain gambar menarik seumpama ini di blog --->  http://butwearenotalone.blogspot.com "Perkongsian positif menjana pemikiran yang positif dan senyum selalu" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


Baca Selengkapnya ....

MENCARI JODOH YANG SESUAI

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Adakah anda masih mencari jodoh yang sesuai ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy percaya ramai di luar sana tidak kira lelaki dan wanita masih tercari-cari pasangan hidup yang sesuai untuk mereka. Adakah anda risau jika tidak bertemu pasangan yang sesuai ? atau itu perkara biasa bagi diri anda ? Ramai percaya bahawa bertemu pasangan hidup adalah di tangan Tuhan namun, adakah itu bermakna bahawa anda hanya perlu berdiam dan mengharapkan ianya datang bergolek ? mungkin 'Ya' mungkin juga 'Tidak'. Sehubungan dengan itu entry ini ditulis khas oleh Benjy untuk membantu anda yang masih tercari-cari 'pasangan merpati sejoli' dan seterusnya memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Sumber Gambar : Google Search


Baca Selengkapnya ....

JAWATAN KOSONG 2012 TERKINI - PADINI HOLDINGS BERHAD

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 25 Mac 2012 1 comments
Jawatan kosong 2012 terkini 25 Mac 2012 kembali lagi di entry Benjy dan kini pasaran kerja di buka untuk syarikat Padini Holdings Berhad. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pencari kerja sekalian. Jika anda berminat bekerja dalam syarikat yang mempunyai jenama pakaian terkenal Padini, inilah peluang anda. Semoga maklumat ini dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang anda minati. Terima kasih.

[Semak Penyata KWSP Anda Secara Online Di SINI]

Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

FORMULA 1 [F1] 2012 - FERNANDO ALONSO JUARA DI LITAR SEPANG, KL, MALAYSIA

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Perlumbaan ke-2 Formula 1 [F1] 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia menyaksikan pemandu Ferrari Fernando Alonso daripada Sepanyol menjuarai perlumbaan yang penuh dengan dramatik. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan peminat F1 semua. Benjy menyifatkan perlumbaan kali ini sungguh dramatik dan penuh dengan kejutan berikutan hujan lebat yang memaksa perlumbaan dihentikan hampir 1 jam. Itulah sukan Formula 1, tidak semestinya pemandu yang berada dipetak pertama akan menjuarai perlumbaan kerana berbagai halangan yang tidak dijangkakan akan berlaku sehingga pusingan terakhir.

[Keputusan Formula 1 [F1] 2012 - Litar Albert Park, Melbourne, Australia klik SINI]

 
Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

PADINI HOLDINGS BERHAD - DARI KACA MATA BENJY

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 24 Mac 2012 0 comments
Benjy bangga sebagai warga Padini Holdings Berhad. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Walaupun baru bekerja 10 bulan pada entry ini ditaip, secara peribadinya Benjy dapat merasakan suatu kelainan dalam syarikat ini. Sebagai seorang pesara tentera, suasana pekerjaan selama 12 tahun dalam perkhidmatan tentera memang sukar dihakis dalam diri Benjy. Selapas bersara daripada tentera, Benjy pernah bekerja di beberapa syarikat seperti Nationwide Express Courier Services Berhad dan Super Force Security Services Sdn. Bhd. tetapi di Padini Dot Com Sdn. Bhd. (salah satu anak syarikat Padini Holdings Berhad) ia betul-betul berbeza daripada sebelum ini.


Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

FORMULA 1 [F1] 2012 - RAMALAN JUARA DI LITAR SEPANG, KL, MALAYSIA

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Perlumbaan ke-2 Formula 1 [F1] 2012 kembali menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan peminat F1 semua. Selepas kejayaan pemandu Jenson Button daripada pasukan Mclaren-Mercedes di Litar Albert Park, Melbourne, Australia, agaknya siapakah yang bakal dinobatkan juara di Litar Sepang. Jika dilihat juara 2011 ia adalah kepunyaan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing - Renault. Mampukan Sebastian Vettel mengekalkan kejuaraan tersebut atau Jenson Button sekali lagi menunjukkan kemahirannya untuk menjualang trophy tersebut.

[Keputusan Formula 1 [F1] 2012 - Di Litar Sepang, KL, Malaysia klik SINI]
[Keputusan Formula 1 [F1] 2012 - Di Litar Albert Park, Melbourne, Australia klik SINI]

 
Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

HALA TUJU LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG KURANG CEMERLANG

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 22 Mac 2012 0 comments
Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ke manakah hala tuju anda selepas ini ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca terutamanya para lepasan SPM semua. Bagi yang mencapai keputusan cemerlang rasanaya ia agak mudah kerana kekuatan cemerlang itu membuka banyak ruang kepadanya. Ke mana sahaja permohonan yang dihantar pasti kabar positif yang didengar. Bagaimana pula yang kurang cemerlang ? adakah anda rasa anda sudah tewas dalam perjuangan hidup ? Rileks dulu Broo ... sebenarnya perjuangan anda baru bermula percayalah.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

TERIMA KASIH BUSUK [DOT] ORG - ARTIKEL PILIHAN BUSUK

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 21 Mac 2012 0 comments
Disenarai dalam artikel pilihan sebuah laman web 'ping' seperti busuk.org merupakan satu kepuasan bagi seorang blogger. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy sukar mempercayai bahawa entry Benjy bertajuk 'Rahsiah SEO Di Engine Carian Google' dipilih oleh http://www.busuk.org sebagai Artikel Pilihan Busuk pada 20 Mac 2012. Bagi Benjy entry tersebut bukanlah hebat sangat tetapi sekadar menunjukkan bukti rahsian SEO di google yang mungkin kurang diperhatikan oleh para blogger. Benjy mengucapkan terima kepada webmaster atau admin busuk.org kerana menghargai pandangan Benjy.

Screen Shot Daripada : busuk.org

Baca Selengkapnya ....

KENAPA SAYA MENULIS BLOG

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 20 Mac 2012 0 comments
Kenapa saya menulis blog ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy merasakan ini adalah topik umum yang ramai orang melihat dari berbagai sudut dan pespektif yang berbeza. Benjy berpendapat bahawa, jawapan anda itu sebenarnya akan mempengaruhi sejauh mana atau berapa lama konsisten anda dalam penulisan blog. Jika ada blogger yang tidak setuju tidak mengapa. Ini hanyalah pendapat dan pespektif peribadi Benjy sendiri. Benjy merasakan, hanya blogger yang mempunyai sebab yang kukuh sahaja akan berjaya bertahan lama. Bagi yang ada syndrome 'SIK' atau nama penuhnya 'Saya Ikut Kawan' selang beberapa bulan sahaja maka lenyaplah ia bersama blognya yang hanya ada kurang 20 aktikal.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

RAHSIA SEO DI ENGINE CARIAN GOOGLE

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 19 Mac 2012 0 comments
Ini adalah rahsia SEO sebuah blog ataupun laman web di dalam engine carian google yang mungkin ramai tidak perasan. Benjy ada bukti yang kukuh untuk menyatakan bahawa semua atikel berkaitan SEO yang pernah Benjy baca di dalam e-book atau laman web tidak lengkap kerana mereka tidak pernah membuat analisis yang dibuat oleh Benjy. Benjy bukanlah pakar SEO tetapi dapat mengesan rahsiah engine carian google.com.my yang bakal mengejutkan semua kelak. Tidak percaya ? OK ... cuba buka engine carian google.com.my sekarang dan taipkan keyword 'lelaki kacak', adakah anda menjumpai blog Benjy dalam page 1 google ? Mungkin ada yang kata 'ada' mungkin juga ada yang kata 'tiada'. Jangan terkejut kerana silap mata google ini akan Benjy rungkaikan dengan seringkasnya agar anda faham.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

FORMULA 1 [F1] 2012 - JENSON BUTTON JUARA LITAR ALBERT PARK, MELBOURNE, AUSTRALIA

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Pembukaan tirai Formula 1 [F1] 2012 di litar Albert Park, Melbourne, Australia menyaksikan Jenson Button pemandu daripada pasukan Mclaren-Mercedes berasal daripada British itu menaiki podium selaku juara mengenepikan penyandang juara litar tersebut tahun lepas Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing-Renault di kedudukan ke-2. Seorang lagi pemandu pasukan Mclaren-Mercedes Lewis Hamilton juga menaiki podium di kedudukan ke-3.

[Keputusan Formula 1 [F1] 2012 - Litar Sepang, KL, Malaysia klik SINI]

Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

SWISS OPEN 2012 - ADA PENINGKATAN MENUJU PIALA THOMAS 2012

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 18 Mac 2012 0 comments
Kejohanan Badminton Swiss Open 2012 sekali lagi menjadi batu pengukur kepada Skuad Badminton Malaysia menghadapi Kejohanan Piala Thomas 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Dikala BAM sibuk memperkatakan ingin mencapai sasaran untuk mendapat pingat emas pertama negara menerusi acara badminton perseorang dalam Olimpik London 2012, tanpa disedari ada beberapa pemain Skuad Badminton Malaysia menunjukkan prestasi positif dalam Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2012 bagi menghadapi Thomas Cup 2012.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

LELAKI KACAK KECEWA TERSINGKIR KE OLIMPIK LONDON 2012

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Sekumpulan lelaki kacak kecewa tersingkir ke Olimpik London 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan tanah air. Itulah ungkapan yang Benjy gambarkan kepada Skuad Hoki Olimpik 2012 Malaysia apabila tersingkir dalam saingan kelayakan hoki Olimpik 2012 apabila dipaksa seri dengan pasukan Ireland 1 - 1. Walaupun berjaya membelasah Rusia 6 - 1 dalam perebutan kedudukan ke-3 dan ke-4 namun ia tidak membawa apa-apa makna. Nampaknya Skuad Hoki Olimpik 2012 Malaysia tidak bernasib baik tahun ini walaupun mempunyai barisan yang cukup kental dan hebat.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

JAWATAN KOSONG 2012 TERKINI | 18 MAC 2012

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 17 Mac 2012 0 comments
Jawatan kosong 2012 terkini bertarikh 18 Mac 2012 kembali lagi membuka pasaran pekerjaan untuk kawasan Lembah Klang. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua terutama yang masih mencari pekerjaan ataupun yang ingin bertukar kerja. Kali ini fokus Benjy Blogger masih lagi kepada jawatan-jawatan di sektor swasta/GLC yang mungkin menarik minat anda untuk memohonnya. Semoga paparan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan dalam jangka pendek ataupun panjang, terima kasih.


Sumber Gambar : google.com

Baca Selengkapnya ....

LELAKI KACAK DALAM CERITA LUCAH

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Betul ke lelaki kacak selalu dikaitkan dengan filem dan cerita lucah ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Jangan salah faham, Benjy bukanlah pengemar cerita-cerita lucah jauh sekali filem lucah. Namun ada kabar-kabar angin yang Benjy dengar kononnya jejaka-jejaka kacak ada juga daripada Malaysia terlibat dalam pembikinan filem-filem lucah ? betul ke tu ? Sejauh mana kebenarannya Benjy tidak pasti, nama pun kabar angin yer tak ?. Bagi mencari kebenarannya, Benjy telah membuat beberapa spekulasi dan andaian Benjy sendiri mengapa, jantan-jantan kacak ini selalu diambil berlakun dalam filem-filem lucah.


Sumber Gambar : Google.com.my


Baca Selengkapnya ....

KRAFTANGAN DAN AKU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 16 Mac 2012 0 comments
Falsafah 'kraftangan dan aku tidak boleh dipisahkan' mungkin kurang sesuai bagi seorang insan biasa. Namun bagi pencinta warisan seni negara itu ia seakan-akan menjadi 'darah daging' dalam kehidupan mereka. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy mula mengenal kraftangan ketika darjah satu, masa tu cikgu pendidikan seni mengajar kami menganyam kertas warna. Biasalah masih budak ingusan lagi masa tu anyaman memang lintang pukang coraknya dan diakhirnya ia menjadi satu anyaman yang abstrak.
Sumber Gambar : Google Search


Baca Selengkapnya ....

SKUAD HOKI MALAYSIA KEKAL LELAKI KACAK

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Kekal sebagai lelaki kacak walaupun tumpas 2-3 kepada pasukan Hoki Korea Selatan. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Skuad Hoki Malaysia tetap mempunyai peluang layak ke Olimpik London 2012 walaupun mereka tewas 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan kelayakan Olimpik yang diadakan di Dublin, Ireland. Selepas 4 perlawanan Skuad Hoki Malaysia berada dalam kedudukan ke-3 dibelakang Korea Selatan dan Ireland. Walaubagaimanapun, Skuad Hoki Malaysia berpeluang berentap untuk kedudukan 1 dan 2 jika berjaya menewaskan Ireland dalam perlawanan terakhir yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac 2012 jam 9.00 pm waktu Malaysia.
Sumber Gambar : Google Search


Baca Selengkapnya ....

LELAKI KACAK TEST POWER PERTAMA

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 15 Mac 2012 0 comments
Bukan semua lelaki kacak berani test power dan bukan semua yang berani test power tu kacak, betul tak ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Orang kata jantan memang pantang dicabar, sejauh mana kebenarannya Benjy pun tak tahu. Tetapi apa yang pasti entry ini adalah entry untuk test power yang pertama untuk menyahut cabaran SEO seorang blogger berstatus lelaki kacak. Korang tahu ke siapa dia tu ? Siapa tak kenal dengan si Titan tu, seorang blogger yang pakar mencari duit sehingga ke lubang cacing menggunakan blognya bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi banyak. Nak tahu berapa banyak blog dia, korang tanyalah dia sendiri. Tetapi kalau anda nak tahu juga Benjy hanya boleh agak je jumlah blog Titan. Benjy agak blog titan mungkin 15 buah, kalau tidak pun 20 buah blog.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

CARA MENYEMAK PENYATA BAKI PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 14 Mac 2012 0 comments
Panduan Cara Menyemak Penyata Baki Pinjaman PTPTN Secara Online. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bagi yang telah membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), isu membayar balik pinjaman merupakan satu beban bagi graduan jika tidak merancangnya dengan betul. Sehubungan itu entry ini adalah bertujuan untuk mengingatkan anda balik tentang pinjaman anda. Pada masa yang sama, entry ini juga memberi anda panduan bagaimana menyemak baki pinjaman anda secara online, ianya mudah hanya dihujung jari.
Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

PEMERIKSAAN KESIHATAN PENTING UNTUK KITA

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 13 Mac 2012 0 comments
Hari ini pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia di syarikat tempat Benjy bekerja iaitu Padini Holdings Berhad percuma kepada 100 staff Padini dan Benjy juga tersenarai dalam program tersebut. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. bila kali terakhir anda membuat medical check-up ? setahun yang lepas ? 6 bulan yang lepas ? 3 bulan yang lepas ? atau tidak pernah langsung ? Sebenarnya Benjy pun dah 2-3 tahun tak buat dan di kesempatan ini dapatlah membuat pemeriksaan yang untungnya, ia adalah percuma. Sebelum Benjy teruskan lagi entry ini cuba fikir sejenak, apakah perkara utama yang dititik beratkan dalam pemeriksaan ini ?

Sumber Logo : Google Search


Baca Selengkapnya ....

SENARAI PASUKAN YANG BAKAL BERENTAP DALAM PIALA THOMAS 2012

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 12 Mac 2012 0 comments
Gelangang Piala Thomas 2012 bakal di buka bermula 20 hingga 27 Mei 2012 di Wuhan, China bakal menyaksikan 12 pasukan bertanding untuk merebut piala yang cukup berprestage itu. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan pencinta Badminton Malaysia. Kurang 3 bulan daripada sekarang semua pasukan yang telah layak nampaknya sudah dapat mengcongkak peluang masing-masing serta membuat persiapan terperinci bagi menghadapi kejohanan terbesar itu. Bagi Benjy kejohanan ini betul-betul mengukur kekuatan badminton sesebuah negara kerana ia dimainkan secara perpasukan dan pada pendapat Benjy lebih mencabar berbanding acara badminton dalam kejohanan Olimpik. Entry kali ini, Benjy ingin membawa anda mengenali 12 pasukan yang bakal berentap dalam kejohanan Piala Thomas 2012.



Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA DALAM SAINGAN ALL ENGLAND 2012

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 11 Mac 2012 0 comments
Saingan All England 2012 bolehlah dijadikan pengukur kepada Skuad Badminton Malaysia. Apa pun ia kurang meyakinkan apabila hanya pemain perseorangan Malaysia Dato' Lee Chong Wei yang juga pemain No. 1 Dunia sahaja yang mara ke Final manakala dalam acara yang lain tidak menampakkan kebangkitan. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bagi Benjy kekuatan Malaysia boleh dinilai dalam kejohanan ini bagi menghadapi Piala Thomas yang bakal diadakan pada May 2012 di China.



Sumber Gambar : Google Search


Baca Selengkapnya ....

JAWATAN KOSONG 2012 | TERKINI 10 MAC 2012

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 10 Mac 2012 0 comments


Jawatan Kosong 2012 kembali lagi memaparkan Jawatan kosong terkini 10 Mac 2012 bagi memberi maklumat pasaran kerja di dalam sektor swasta. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Pada paparan kali ini Benjy akan memilih pasaran kerja daripada syarikat-syarikat yang agak terkenal mudah-mudahan anda yang mencari pekerjaan bertemu jodoh di sini. Semoga berjaya.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

SEBAGAI SUAMI ISTERI SIAPA YANG SELALU JADI MANGSA

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 9 Mac 2012 0 comments
Kopi Power
Sebagai suami isteri, siapakah yang selalu jadi mangsa ? isteri ke suami ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy selalu merenung kehidupan manusia, sebagai makhluk yang paling bijak dimuka bumi kadang kala tindakan yang kita lakukan adalah salah tetapi kita tidak sedari.
Photobucket
Sering kali kita cuba menegakkan benang yang basah (tetapi dulu Benjy pernah cuba sekali,  benang tu boleh tegak 2-3 saat OOooo). Kesilapan-kesilapan manusia selalu menjadikan alam sekitar sebagai mangsa 'rogol' tanpa kerelaannya. Tunggu sebentar ini bukan kisah pasal rogol-merogol tetapi ini hanyalah kisah rumahtangga. Satu ketika dulu Benjy pernah terbaca satu aktikal bertajuk 'suami rogol isteri' pelik bila baca tajuk tu tetapi, Benjy tidak pernah pula dengar cerita pasal 'isteri rogol suami'. Maaf terover pula, kita lupakan cerita tu kerana Benjy ingin bertanya, dalam rumahtangga siapakah yang selalu jadi mangsa ?

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN KINI LEBIH MUDAH

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 8 Mac 2012 0 comments
Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan kini lebih mudah hanya di hujung jari. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bagi kakitangan kerajaan yang ada membuat pinjaman kerajaan untuk membeli rumah, sudahkah anda menunaikan kewajipan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut ? Bagi yang masih bekerja dengan kerajaan rasanya ia di potong secara automatik daripada gaji bulanan kita tetapi bagi yang telah pencen macam Benjy, adakah momentum untuk membayar balik diuruskan secara berdisiplin ? Memang betul banyak alasan diberi contohnya tak ada masa, tempat membayar jauh dan bila surat saman dah sampai daripada BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) barulah berusaha menegakkan benang yang basah. Kini alasan tersebut sudah tidak boleh dipakai kerana sekarang lebih mudah hanya di hujung jari sahaja.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

WAHAI PENGUNDI SEKALIAN UNDI ANDA BUKAN LAGI RAHSIAH

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 7 Mac 2012 0 comments
Wahai pengundi sekalian, undi anda bukan lagi rahsiah. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ramai berkata undi anda adalah rahsiah tetapi Benjy mengatakan bahawa undi anda sebenarnya bukan rahsiah. Terkejut ! jangan terkejut kerana Benjy akan membongkar rahsiah yang selama ini terselindung disebalik ayat-ayat power seorang pengarang blog. Power sangat ke ayat-ayat dalam blog orang tu ? mungkin, mungkin juga tidak. Bukalah mata anda, pasangkan telinga anda kerana pendedahan ini tidak pernah dibongkar oleh mana-mana orang sebelum ini.
Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

CERITA LUCAH MELAYU DAN CERITA SEKS MELAYU

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 6 Mac 2012 0 comments
Kopi Power


Sedap, ahhh !! ... sedapnya, memang tidak boleh tahan bila Cerita lucah melayu dan cerita seks melayu di terjemahkan kepada video dan ia betul-betul buat ramai lelaki tidak kurang juga wanita merasa 'panas' dan mulalah menjeling sesama sendiri, entah apa yang difikirkan. Bila lelaki dan wanita berpandangan sama sendiri, mulalah tangan merayap sedikit demi sedikit. Bila adengan cerita itu sampai ke kemuncaknya, apa lagi bukan dah tangan yang merayap tetapi badan yang merayap. Tanpa disedari 'latihan senaman' pun bermula untuk menguatkan otot-otot .. dot .. dot .. dot .. dan ia berjaya membakar lemak di beberapa bahagian badan. Apa yang menyeronokkan ialah di akhir 'latihan senaman' tersebut satu kepuasan dan kecerian yang tergambar di wajah lelaki dan wanita itu.



Baca Selengkapnya ....

HARIMAU MUDA B DALAM PIALA SULTAN HASSANAL BOLKIAH 2012

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 5 Mac 2012 0 comments
Pencapaian Harimau Muda B dalam Piala Sultan Hassanal Bolkiah 2012 nampaknya kurang memberansangkan jika dibandingkan pencapaian tahun 2007 layak ke separuh akhir. Dalam edisi 2012 pasukan Harimau Muda B yang rata-rata diwakili pemain B-19 hanya mampu menduduki tangga ke-4 Kumpulan B di belakang pasukan Vietnam, Brunei, Timor-Leste manakala Kemboja menduduki tangga tercorot. Faktor keletihan boleh juga dijadikan sebab utama kerana Harimau Muda B juga bermain untuk Liga Perdana Malaysia 2012.

Sumber Logo : Google Search

Baca Selengkapnya ....

CARA MENGURUSKAN DUIT ANDA BUKAN 'KEDEKUT TAHI HIDUNG MASIN' YER

Posted by Benjy Bloggerman 1 comments
Cara menguruskan duit anda mungkin agak ketat mungkin juga agak longar, ada yang kata disiplin kena kuat untuk menguruskan duit sendiri, mungki betul juga tu. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ada orang berkata mengurus duit terlalu ketat adalah seorang kedekut ? betul ke tu ? Ada orang kata kedekut dan berjimat perkara yang sama ? Tak kisahlah apa pun istilahnya tetapi istilah 'kedekut tahi hidung masin' sampai sekarang Benjy tak tahu maksud sebenarnya. Benjy tak faham kenapa tahi hidung masin dikaitkan dengan kedekut, puas fikir 5-6 minit tadi tak juga dapat jawapannya. Mungkin anda boleh tolong Benjy memberikan jawapannya.

Gambar Terjumpa di Google Search

Baca Selengkapnya ....

MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 3 Mac 2012 0 comments
Malaysia dan Thailand sah tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012 yang akan dilangsungkan pada 24 Nov 2012 hingga 22 Dis 2012. Sebelum itu pada 17 Dis 2010 Filipina menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012 tetapi kesatuan AFF yang bersidang pada 19 Feb 2011 memilih Malaysia dan Thailand sebagai tuan rumah peringkat kumpulan. [Maklumat Wikipedia]

Sumber Gambar : http://www.affsuzukicup.com

Baca Selengkapnya ....

JAWATAN KOSONG 2012 | TERKINI 4 MAC 2012

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
[Jawatan Kosong 2012 Terkini 25 Mac 2012 di SINI]


[Semak Penyata KWSP Secara Online di SINI]

JAWATAN KOSONG 2012 TERKINI 4 MAC 2012 di buka kepada pasaran pekerjaan bagi yang masih mencari pekerjaan. Semoga ruangan ini dapat dimanfatkan kepada golongan-golongan sasaran yang masih tercari-cari perkerjaan dan diharapkan anda bertemu jodoh kerja anda di sini.

Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

LIVERPOOL VS ARSENAL LIVE STREAMING 3 MAC 2012

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 2 Mac 2012 0 comments
Liverpool vs Arsenal Live Streaming 3 Mac 2012 merupakan pertembungan panas pasukan elite EPL memasuki perlawanan ke-26 bagi Liverpool dan perlawanan ke-27 pasukan Arsenal. Salam sahabat blogger, rakan-rakan, pembaca dan fan Liverpool-Arsenal. Apakah ramalan anda ? Benjy sebagai peminat Liverpool amat mengharapkan 'The Reds' mampu menewaskan 'The Gunners' bagi membuka peluang untuk mengisi slot 4 pasukan terbaik EPL di akhir musim. Bagi Benjy Liverpool boleh memperolehi 3 mata malam ini kerana disokong kejayaan Curling Cup seminggu yang lepas serta bermain di Anfield menjadikan motivasi pemain-pemain Liverpool berada ditahap yang tinggi. Anda boleh menyaksinya pertembungan panas ini melalui online live streaming link di bawah.


Sumber Gambar : Google Search


Baca Selengkapnya ....

TOP 20 REFERRAL AT BENJY BLOGGER - FEB 2012

Posted by Benjy Bloggerman 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Tidak lengkap blog Benjy Blogger jika tidak membuat entry penghargaan kepada rakan blogger yang menyumbang trafik ke blog Benjy sepanjang bulan Feb 2012. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang tersenarai dalam Top 20 referral trafik ke blog Benjy tidak lupa juga kepada lain-lain rakan blogger yang tidak tersenarai blog mereka di sini anda juga adalah sahabat sejati, terima kasih.

Baca Selengkapnya ....

KPI - KEY PERFORMANCE INDICATOR | PRESTASI BULAN FEBRUARI BENJY BLOGGER

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 1 Mac 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Penilaian KPI (Key Performance Indicator) prestasi blog Benjy Blogger setiap bulan adalah entry wajib yang perlu dibentangkan oleh Benjy kepada semua terutamanya rakan-rakan blogger. Tujuan Benjy membentangkan laporan KPI ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai satu motivasi diri untuk terus meningkatkan keupayaan hobi kegemaran Benjy ini. Benjy juga mengharapkan pembentangan KPI ini sebagai ruang untuk terus belajar dan juga mengharapkan rakan-rakan blogger yang lain membantu menyumbangkan tip-tip berguna kepada Benjy. Semoga rakan blogger yang lain membuat kaji selidik ke atas blog masing-masing agar kita sama-sama dapat meningkatkan keupayaan blog bagi tujuan yang baik.
Sumber Gambar : Google Search

Baca Selengkapnya ....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.