KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND 9 DIS 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012
Ahad, 9 Disember 2012
0
comments
Keputusan perlawana Malaysia vs Thailand pada 9 Dis 2012 separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 berkesudahan dengan seri 1 - 1. Perlawana penuh debaran 94 minit di Stadium Bukit Jalil disaksikan lebih 60 ribu penyokong Harimau Malaya nampaknya tidak menghampakan walaupun berkesudahan seri. Dalam perlawanan ini nampaknya taktikal Datuk K. Rajagobal menjadi menggunakan formasi 4-5-1 dengan meletakkan Norsharul sebagai penyerang solo sementara Safee Sali direhatkan. Walaupun kedudukan ini kurang selesa buat Malaysia namun peluang tetap ada untuk melangkah ke perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2012 yang mana perlawana timbal balik ke-2 di Bangkok 13 Dis 2012 menjadi penentunya.

Ulasan Ringkas Separuh Masa Pertama Malaysia vs Thailand 9 Dis 2012
Seawal minit pertama Harimau Malaya telah melancarkan serangan ke kubu Thailand menyebabkan barisan pertahanan Thailand tertekan. Walaupun begitu Thailand sempat sembuat sekali serangan balas pada minit ke-11 namun rembatan deras pemain Thailand dapat ditepis oleh Farizal Marlias. Peluang pertama Malaysia hadir pada minit ke-19 namun hantaran dari sebelah kiri kurang tepat ditanduk oleh Azamuddin Akhir walaupun peluang terbuka luas. Malaysia mula menggandakan asakan bermula pada minit ke-31 hantaran Mat Yo kepada Shafiq dikeluarkan pertahanan Thailand. Diikuti tendangan sudut minit ke-32 apabila sentuhan Badrul Bakhtiar terkena tiang gol Thailand. Asakan berterusan minit ke-33 apabila cubaan Shafiq ditepis penjaga gol Thailand. Peluang sekali lagi dimiliki oleh Malaysia pada minit ke-42 namun Azamuddin Akhil yang lambat membuat rembatan dan peluang terakhir separuh masa pertama hadir minit ke-45 apabila crossing Badrul Bahktiar sia-sia apabila tiada pemain Malaysia menyambutnya ditengah. Separum masa pertama Malaysia 0 Thailand 0.
Ulasan Ringkas Separuh Masa Kedua Malaysia vs Thailand 9 Dis 2012
Malaysia membuka jaringan pertama pada minit ke-48 menerusi tandukan Mat Yo hasil crossing overlaping Mahali Jasuli dari sebelah kanan. Selepas jaringan itu permainan agak seimbang ditengah padang. Thailand membuat cubaan merbahaya minit ke-65 namun Farizal Marlis sekali lagi cemerlang menepis rembatan itu. Thailand akhirnya menyamakan kedudukan minit ke-79 melalui tandukan cantik penyerang merbahaya mereka Terahsil betul-betul di sudut sukar sebelah kiri gawang Malaysia. Pada minit ke-80 jurulatih Thailand diarahkan duduk di luar ruang pemain kerana membantah keputusan pengadil. Di akhir-akhir perlawanan separuh masa kedua Malaysia menggandakan asakan bermula minit ke-87 apabila tandukan Safee Sali yang seakan-akan gol berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Thailand. Asakan Malaysia berterusan lagi minit ke-88 namun rembatan Gary Steven Robert tersasar di sebelah kanan gawang Thailand walaupun peluang itu adalah peluang baik untuk menghasilkan gol. Malaysia hampir pasti menang 2 - 1 pada minit ke-93 namun cubaan Mat Yo yang melepasi perangkap off side terkena kaki pertahanan Thailand dan bola tinggi melepasi palang. Kesudahan masa penuh perlawanan 1 - 1.
Pandangan Peribadi Benjy Pertemuan Malaysia vs Thailand 9 Dis 2012
Persembahan Malaysia sungguh meyakinkan dengan mempunyai lebih 10 peluang untuk menjaringkan gol berbanding pasukan Thailand. Walaupun begitu Malaysia tidak mempunyai finising yang hebat untuk menukar peluang kepada jaringan. Jika berdasarkan perlawana ini Malaysia masih mempunyai peluang untuk membenam Thailand pada 13 Dis 2012 separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Bangkok cuma jaringan awal amat diperlukan untuk memberi tekanan kepada Thailand. Saya rasa Rajagobal dan pemain Malaysia sudah pun dapat melihat pemain bolasepak dari susut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND 9 DIS 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/12/keputusan-perlawanan-malaysia-vs_9.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5