KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA 1 DIS 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 1 Disember 2012 0 comments
Keputusan perlawana Malaysia vs Indonesia 1 Dis 2012 dalam kempen Piala Suzuki AFF 2012 dimenangi oleh Malaysia dengan jaringan 2 - 0 mengatasi Indonesia. Harimau Malaya yang kehilangan sayap lincah S. Kunalan telah memasukkan Azammuddin Akhil nampaknya berjaya dan membawakan hasil apabila Azammuddin juga menghasilkan gol dalam perlawanan ini. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan Singapura berjaya mengatasi Laos dengan jaringan 4 - 3. Dengan ini pasukan Singapura dan pasukan Malaysia dari Kumpulan B layak ke Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2012. Kedudukan terakhir Kumpulan B menyaksikan Singapura didepan diikuti Malaysia, Indonesia dan Laos. Dengan tamatnya perlawanan terakhir Kumpulan B ini, maka lengkaplah 4 pasukan yang akan bertemu di Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2012. Pasukan Filipina akan menentang Singapura manakala pasukan Malaysia akan menentang pasukan Thailand. Jadual perlawanan Seperuh Akhir sila klik di SINI.

#AFF SUZUKU CUP 2012 photo PialaAFF2012.jpg

Ulasan Ringkas Separuh Masa Pertama Malaysia vs Indonesia 1 Dis 2012

20 minit separuh masa pertama nampak jelas penguasaan bola milik pasukan Indonesia. Corak permainan laju yang dipamerkan mereka jelas memporak perandakan pertahanan Malaysia. Namun bermula di minit ke-21 Harimau Malaya menunjukkan taring mereka yang sebenar. Jaringan pertama Harimau Malaya hadir pada minit ke-26 menerusi jaringan Azammuddin Akhil hasil hantaran Mahali Jasuli dari sebelah kanan. Mahali Jasuli bertindak cemerlang lagi apabila pada minit ke-29 berjaya menjaringkan gol ke-2 Malaysia selepas menerima hantaran pendek daripada Wan Zack yang berjaya memperdayakan pertahanan Indonesia. Kedudukan kekal 2-0 sehingga tiupan wisel separuh masa pertama. Malaysia berjaya mendapatkan 2 gol hasil daripada 4 serangan merbahaya sedangkan Garuda tidak berjaya menghasilkan gol walaupun melancarkan 7 serangan merbahaya.

Ulasan Ringkas Separuh Masa Kedua Malaysia vs Indonesia 1 Dis 2012

Bermula sahaja babak ke-2 nampaknya Garuda mengganas habis-habisan ini dibuktikan apabila mereka melancarkan 13 serangan merbahaya dengan Andik sering merisaukan barisan pertahanan Rajagobal. Malaysia pula hanya melancarkan serangan merbahaya sebanyak 9 kali namun tidak berjaya menghasilkan gol. Corak sedikit bertahan Harimau Malaya nampaknya menjadi apabila Malaysia kekal menang 2-0 sehingga tamat perlawanan.

Ulasan Peribadi Benjy Malaysia vs Indonesia 1 Dis 2012

Gandingan Wan Zack dan Mahali Jasuli disebelah kanan adalah memainkan peranan penting kepada kejayaan Harimau Malaya dalam perlawanan ini. Setakat ini mereka berdua masing-masing sudah menghasilkan 1 gol dan 1 assist. Gandingan mereka ini perlu dikekalkan bagi menghadapi Thailand di separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012. Rajagobal perlu melihat untuk menambah kekuatan disebalah kiri namun setakat ini belum ada gandingan sesuai. Zubir Azmi dilihat sangat sesuai untuk pertahanan kiri kerana mempunyai larian yang laju dan sekali sekala membuat overlaping namun ia perlulah lagi sefahaman dengan S.Kunalan ataupun siapa sahaja yang berada diposisi itu. Tahniah Harimau Malaya kerana anda melihat permainan bolsepak dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA 1 DIS 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/12/keputusan-perlawanan-malaysia-vs.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.