KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA - PIALA SUZUKI AFF 2012
Ahad, 25 November 2012
0
comments
Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Singapura dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2012, 25 Nov 2012 berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Singapura 3 - 0 ke atas Malaysia. Status Malaysia sebagai juara bertahan Piala AFF 2010 dan juga tuan rumah bersama nampaknya tidak memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya pada perlawanan pertama ini.

Ulasan Ringkas Separuh Masa Pertama Malaysia vs Singapura 25 Nov 2012
10 minit pertama separuh masa pertama permainan nampaknya dikuasai oleh Malaysia. Ini dapat dilihat daripada gerakan solo Norsharul di sebelah kanan yang hampir-hampir menjaringkan gol namun bola berjaya ditanpan oleh penjaga gol Singapura. Serangan counter attack di sebelah kiri oleh S.Kunalan juga nyaris-nyaris membuka ruang kepada Norsharul namun sepakannya melepasi palang di sebelah kanan gol Singapura.
Selepas sahaja gerakan yang sia-sia itu nyata Harimau Malaya hilang punca. Singapura mendapat gol pertama melalui ketua pasukan Sharil Ishak pada minit ke-31 yang mudah menolah masuk bola selepas menerima hantaran dari sebelah kiri. 6 minit selepas itu Malaysia dihukum lagi hasil kesilapan Khairul Fahmi yang lemah menumbuk bola. Pertahanan Malaysia Fazlishah cuba mengeluarkan bola tetapi tandukannya lemah di tengah disambar kemas oleh Sharil Isnak dengan mudah menanduk bola masuk pada minit ke-37. Sehingga tiupan wisel pertama Singapura selesa menguasai bola.
Ulasan Ringkas Separuh Masa Kedua Malaysia vs Singapura 25 Nov 2012
Malaysia cuba bangkit pada separuh masa kedua namun gerakan Wan Zack dan Mahali yang lincah disebelah kanan masih gagal membantu Malaysia mendapatkan gol. Akibat kelekaan pertahanan Malaysia, Aleksander Duric yang tidak dikawal mudah menanduk masuk bola yang dihantar dari sebalah kiri pada minit ke-74 menjadikan Singapura selesa mendahului 3-0.
Malaysia cuba mengubah taktikal dengan memasukkan Azamudin Akhil namun ia sekadar mengucar-kacirkan barisan pertahanan Singapura, taktikal itu belum cukup menghasilkan gol. S.Kunalan dan Shafiq Rahim masih juga gagal menguasai bahagian tengah dan kiri jika dibandingkan pemain tengah Singapura Haris yang banyak mengawal bola dan berjaya melorongkan bola dengan baik. Percubaan Aidil dari luar kotak penalti bolehlah dipuji namun bola tepat dalam dagapan penjaga gol Singapura. Pada minit ke-92, Norsharul yang merembat kencang selepas larian solo hampir-hampir menjaringkan gol tetapi bola terkena tiang kiri gawang Singapura. Keputusan penuh perlawanan, Singapura 3 Malaysia 0.
Singa berjaya melemaskan Harimau Belang di Stadium Bukit Jalil
Sumber Gambar : Google Search
Ulasan Peribadi Benjy Malaysia vs Singapura Piala Suzuki AFF 2012, 25 Nov 2012
Penguasaan bola 60% Singapura, 40% Malaysia. Taktikal Singapura lebih baik kerana mengamalkan hantaran-hantaran pendek ini memudahkan kawalan bola dengan baik berbanding Malaysia yang suka menghantar terus ke bahagian serangan. Pertahanan Singapura kental dengan close defense berbanding Malaysia open defense. Bahagian tengah dan serangan Malaysia sepatutnya menggunakan taktikal 1-2 passing untuk menembusi pertahanan Singapura tetapi ia tidak berlaku. Apa yang malangnya, Malaysia masih mengharapkan gerakan daripada sayap yang tidak berkesan untuk menghantar bola kepada Shafee Sali. Malaysia masih mempunyai peluang ke Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2012 tetapi K.Rajagobal perlu melihat permainan bolasepak dari sudut yang sungguh berbeza jika ingin kekal juara Asia Tenggara.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA - PIALA SUZUKI AFF 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/11/keputusan-perlawanan-malaysia-vs.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5