KEPUTUSAN PERLAWANA MALAYSIA VS LAOS 28 NOV 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 28 November 2012 0 comments
Perlawana kedua pasukan Malaysia bertemu Laos 28 Nov 2012 dalam saingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 berkesudahan dengan kemenangan kepada Malaysia 4 - 1 ke atas Laos. Malaysia yang turun dengan misi mesti menang telah membuat 4 pertukaran pemain berbanding perlawanan pertama dengan memasukkan Wan Zack, Mohd Sakir, Mahali dan penjaga gol Farizal Marlias nampaknya menjadi. Sebelum itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan pasukan Indonesia berjaya menjinakkan Singapura 1 - 0 menjadikan pasukan Indonesia mendahului Kumpulan B dengan 4 mata diikuti pasukan Singapura, Malaysia dan Laos. Malaysia masih lagi mempunyai harapan untuk mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 tetapi perlu menang ke atas Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, jika seri peluang bergantung kepada perlawanan antara Singapura dengan Laos.

#AFF SUZUKU CUP 2012 photo PialaAFF2012.jpg



Ulasan Ringkas Separuh Masa Pertama Malaysia vs Laos 28 Nov 2012

Bermula sepak mula perlawanan menyaksikan Malaysia terus menguasai permainan. Mengamalkan ground ball pasing memang sesuai untuk menguasai padang dan pada minit ke-10 Safee Sali mensia-siakan peluang 'satu-satu' dengan pengaja gol Laos apabila rembatan kaki kirinya lemah dan off gol. Pada minit ke-13 Malaysia dihadiakan sepakan percuma apabila Norsharul dijatuhkan betul-betul dihadapan gawang gol Laos. Shafiq Rahim yang mengambil sepakan tersebut berjaya menjaringkan gol cantik di penjuru kanan gol Laos pada minit ke-15 menjadikan Malaysia berada di depan.

Peluang ketiga Malaysia pula hadir pada minit ke-28 apabila Norsharul nyaris-nyaris meletakkan Harimau Malaya 2 - 0 namun rembatannya tersasar di sebelah kiri tiang gol Laos. Malaysia terus kehampaan apabila peluang minit ke-32 hasil rembatan kencang Safee Sali tersasar sedikit disebelah kiri gawang gol Laos. Malaysia terus mengandakan asakan namun masih juga gagal menambah jaringan. Pada minit ke-38 entah semenah-menah Laos berjaya menjaringkan gol penyamaan apabila bola yang dihalang Aidil melambung masuk ke gawang Malaysia mengelirukan Farizal Marlias. Kedudukan seri kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Ulasan Ringkas Separuh Masa Kedua Malaysia vs Laos 28 Nov 2012

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan penuh Harimau Malaya. Walaupun 10 minit pertama penguasaan jelas milik Laos namun selepas Wan Zack hampir-hampir menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-59 Harimau Malaya terus bangkit dan bangkit. Akhirnya Safee Sali menjaringkan gol kedua  selepas menerima hantaran cantik daripada Wan Zack pada minit ke-66. Wan Zack menambah duka Laos apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-75 melalui tandukan selepas menerima hantaran lintang daripada S.Kunalan dari sebelah kiri. Khairil Muhaimeen melengkapkan kemenangan bergaya Malayasia 4-1 selepas menjaringkan gol minit ke-79 selepas 2 minit berada di padang mengantikan Safee Sali.

Ulasan Peribadi Benjy pertemuan Malaysia vs Laos 28 Nov 2012

Walaupun menang, pasukan Malaysia masih mempunyai kelemahan terutamanya bahagian pertahanan ketika 10 minit pertama separuh masa kedua. Lain-lain no komen dan diharapkan Harimau Malaya akan memenangan perlawanan terakhir menentang Indonesia pada 1 Dis 2012. Pandangan Benjy, Wan Zack sebagai Man of the Match dalam perlawanan ini kerana  beliau menghasilkan 1 gol dan 1 assist. Tahniah kepada Datuk K.Rajagobal kerana dalam perlawanan Malaysia vs Laos Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012, beliau serta pemain yang lain dapat melihat permainan bolasepak dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PERLAWANA MALAYSIA VS LAOS 28 NOV 2012 - PIALA SUZUKI AFF 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/11/keputusan-perlawana-malaysia-vs-laos-28.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.