VIDEO INNOCENCE OF MUSLIM : HASIL CIPTAAN SYAITAN SAM BACILE

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 17 September 2012 1 comments
Video Innocence of Muslim adalah hasil ciptaan dan arahan syaitan yang bernama Sam Bacile. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Setiap manusia mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun adakah syaitan yang bernama Sam Bacile telah melakukan kesilapan ? atau mungkinkan syaitan Sam Bacile ini telah melakukan kesalahan ? Pada Benjy syaitan Sam Bacile tidak melakukan kesilapan mahupun kesalahan tetapi syaitan Sam Bacile telah melakukan bencana yang menyebabkan manusia berbunuhan dan jika keadaan ini tidak ditangani dengan baik ia akan menyebabkan Peperangan Dunia Ke-3 antara Islam dan Kristian.  

Sumber Gambar : Google Search

Selepas berfikir beberapa hari, Benjy pun tertanya-tanya apakah tujuan syaitan Sam Bacile menghasilkan video Innocence of Muslim ini. Adakah kerana syaitan Sam Bacile terlalu marah dengan Islam ? adakah syaitan Sam Bacile ingin menjadi popular ? Akhirnya Benjy sudah pun tahu apakah tujuan video Innocence of Muslim ini dihasilkan. Tidak lain dan tidak bukan, tujuan syaitan Sam Bacile menghasilkan video Innocence of Muslim ini adalah untuk membunuh penganut Kristian dan Judaism. Hasilnya beberapa orang yang tidak bersalah di kedutaan Amerika Syarikat Libya terbunuh pada 12 Sept 2012. Saya percaya lepas ini beberapa orang lagi warga negara Amerika Syarikat pasti akan dibunuh walaupun mereka tidak bersalah dalam hal ini.

Video Innocence of Muslim adalah bencana yang cukup bahaya mengatasi bahaya Kumpulan Al-Qaeda juga mengatasi bahaya radioaktif dan peluru perpandu nuklear ciptaan Korea Utara. Bencana ini juga berjaya menampakkan kesannya hanya dalam beberapa hari berbanding virus HIV yang hanya membunuh manusia dalam tempoh beberapa tahun. Nampaknya syaitan Sam Bacile telah berjaya mencipta satu senjata (Video Innocence of Muslim) yang tidak memerlukan modal yang banyak, tidak memerlukan senjata canggih, tidak memerlukan angkatan tentera yang ramai dan juga tidak memerlukannya menjadi ketua sebuah pertubuhan keganasan. Dengan hanya beberapa minit dan hanya menggunakan laman sosial Youtube ia cukup untuk membunuh manusia-manusia yang tidak berdosa.

Tindakan beberapa negara termasuk Malaysia yang bekerjasama dengan Google untuk memadamkan video Innocence of Muslim ini adalah wajar dan perlu diikuti oleh semua negara di seluruh dunia. PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) perlu memandang serius perkara ini jika tidak, lebih ramai manusia yang tidak bersalah dibunuh. Amerika Syarikat mesti mengambil tindakan segera untuk menangkap syaitan Sam Bacile dan hendaklah dikenakan hukuman bunuh kerana menghasilkan senjata (video Innocence of Muslim) yang telah membunuh orang-orang yang tidak bersalah. "Tiada maaf bagimu syaitan Sam Bacile" - Kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: VIDEO INNOCENCE OF MUSLIM : HASIL CIPTAAN SYAITAN SAM BACILE
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/09/video-innocence-of-muslim-hasil-ciptaan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.