SELAMAT HARI MALAYSIA KE-49

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 14 September 2012 0 comments
Selamat Hari Malaysia ke-49 kepada semua blogger, rakan-rakan dan pembaca-pembaca rakyat Malaysia yang Benjy hormati. Hari Malaysia adalah hari yang amat bersejarah dan perlu diingati dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa Hari Malaysia nama NEGARA MALAYSIA tidak akan wujud di bumi. Ya betul !, tanpa Hari Malaysia nama NEGARA MALAYSIA tidak akan wujud dan ungkapan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib tidak akan berlaku. Justru itu, artikel Benjy ini lebih menjurus kepada pengertian sebenar Hari Malaysia.

Sumber Gambar : Google Search

Bercerita mengenai Hari Malaysia, seorang rakyat Malaysia perlulah mengetahui sejarah penubuhan Malaysia. Bukan hanya mengetahui kebenaran sejarah Malaysia ia sudah cukup tetapi, sebagai rakyat kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada generasi hari ini dan juga generasi akan datang sejarah sebenar pembentukan Malaysia.

Perjanjian Penubuhan Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London oleh wakil-wakil berikut :

1. Kerajaan United Kingdom 
    - Harold Macmillan
    - Ducan Sandys
    - Lansdowne

2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
    - Tunku Abdul Rahman
    - Tun Abdul Razak
    - Tan Siew Sin
    - V.T. Sambanthan
    - Ong Yohe Lin
    - S.A. Lim

3. Kerajaan Broneo Utara (Sabah)
    - Datu Mustapha bin Datu Harun
    - D.A. Stephens
    - W.K.H. Jones
    - Khoo Siak Chiew
    - W.S. Holley
    - G.S. Sundang

4. Kerajaan Sarawak
    - P.E.H. Pike
    - T. Jugah
    - Abang Haji Mustapha
    - Ling Beng Siew
    - Abang Haji Openg

5. Kerajaan Singapura
    - Lee Kuan Yew
    - Goh Keng Swee

Video Pembentukan Malaysia 16 Sept 1963

Semua wakil-wakil kerajaan yang terlibat telah bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963 dan di sebut sebagai 'HARI MALAYSIA'. Dengan termertainya perjanjian ini, Kerajaan United Kingdom telah memberi kemerdekaan awal kepada Kerajaan Sarawak iaitu pada 22 Julai 1963. Memandangkan penubuhan Malaysia tidak dapat dicapai pada 31 Ogos 1963 sebagaimana perjanjian awal, Kerajaan United Kingdom telah memberi kemerdekaan kepada Kerajaan Broneo Utara (Sabah) pada tarikh yang sama. Menanti hari-hari pembentukan Persekutuan Malaysia, NEGARA SABAH dan NEGARA SARAWAK menjalankan urustadbir negara masing-masing dengan adil dan saksama.

Selepas semua halangan dapat diatasi maka, pada 16 September 1963 terbentuklah sebuah negara baru yang diberi nama Malaysia hasil persetujuan dan gabungan NEGARA TANAH MELAYU, NEGARA SINGAPURA, NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK.

Walaupun HARI MALAYSIA merupakan hari yang paling bersejarah namun, sambutan HARI MALAYSIA hanya diistiharkan sebagai Perayaan Peringkat Nasional buat pertama kalinya pada tahun 2009 sedangkan ia telah berlalu 46 tahun pada tahun tersebut. Benjy amat berterima kasih kepada Datuk Sri Najib kerana semasa pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia sahajalah, beliau mengiktiraf sambutan HARI MALAYSIA ini sebagai perayaan peringkat nasional. 

Sebagai seorang rakyat yang cintakan Negara Malaysia, Benjy amat berharap agar Kementerian Penerangan melihat dan mengkaji kembali istilah "55 tahun Malaysia merdeka" pada tahun 2012. Sesungguhnya NEGARA MALAYSIA yang tercinta ini TIDAK PERNAH DIJAJAH oleh mana-mana kuasa asing. Ketahuilah bahawa British hanya pernah menjajah Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sahaja tetapi tidak bagi NEGARA MALAYSIA. Pembentukan NEGARA MALAYSIA adalah sungguh unik sekali.

Benjy berharap dan amat percaya kesilapan ini DAPAT DIPERBETULKAN semula mengikut fakta sebenar. Nama Negara Malaysia dan ungkapan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Sri Najib Perdana Menteri Malaysia tidak akan wujud tanpa perjanjian 9 Julai 1963. Perjanjian 9 Julai 1963 adalah perjanjian PEMBENTUKAN MALAYSIA, bukannya perjanjian Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Tanah Melayu sebagaimana yang didakwa sebelum ini. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan perjanjian penubuhan Malaysia ini sila layari http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Agreement_relating_to_Malaysia_(1963)_Malay_Texts.djvu&page=1 "Saya amat percaya pada kepimpinan Datuk Sri Najib yang berani menegakkan kebenaran" - Kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang berbeza.

Artikel ini BUKAN bersifat hasutan kerana ia memenuhi kehendak SEKSYEN 3.(2)(C)(i) AKTA 15 – AKTA HASUTAN 1946.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: SELAMAT HARI MALAYSIA KE-49
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/09/selamat-hari-malaysia-ke-49.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.