PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI : TAKTIK SERANGAN DAN BERTAHAN

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 23 September 2012 2 comments
Siapa kata pengurusan kewangan peribadi tidak mempunyai taktik ? Jika anda nak tahu pengurusan kewangan peribadi juga mempunyai taktik serangan dan bertahan. Ingat main bola je ke ada taktik-taktik ni ? zaman sekarang ni seseorang sukar untuk berjaya jika tidak mempunyai taktik dan strategi. Lainlah terjumpa wang RM 1 billion semasa mencari duit syiling 50 sen yang jatuh di dalam rumpunan lalang. Salam sabahat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Sebut je pasal kewangan peribadi ramai yang buat tak ambil peduli termasuk diri Benjy sendiri. Bagi golongan makan gaji, standardlah awal bulan senyum nak mampos tetapi selang seminggu muka kembali sedih macam kena lempang isteri ke-2 (bagi yang kahwin 2). Kenapa boleh jadi macam tu ? ... mungkin senyum juga memerlukan strategi dan taktik kot ...he..he..he..he..

Gambar terjumpa di Google search


Pada tahun 2004, ketika Benjy menghadiri kursus English di Port Dickson, Benjy masih ingat lagi seorang trainer bertanya soalan kepada kami semua "Ladies and gentleman, what is you concerned in your life ?". Maka ada seorang penuntut yang kepala straight forward pun jawab "Sir, I'm worried about thief" tidak kurang juga ada yang berkata "Sir, I concerned about my next exam, I'm worried I could't pass it". Hampir semua peserta kurus memberikan jawapan straight forward termasuklah Benjy. Tiba-tiba trainer itu pun membalas "I could't listen every of you concerned about your financial ? do you think it's not important ?". Semua student terdiam, tidak bersuara macamlah soalan tu soalan cepu emas pun. Bila dilihat betul-betul, bukan tak nak jawab tetapi, tidak berani jawab dalam English malu konon malu nanti tersalah sebut .. ha..ha..ha..ha..

Pengurusan kewangan peribadi sebenarnya penting kepada setiap individu tidak kira anda bergaji RM 5000 sebulan atau RM 1500 sebulan. Mungkin kita biasa dengar orang menasihatkan kita agar berbelanja mengikut kemampuan. Jika gaji RM 2000 perbelanjaan hendaklah kurang daripada RM 2000 dan jika lebih maka kita akan menanggung hutang. Namun ia bukanlah pengurusan kewangan peribadi yang sempurna (tiada yang sempurna di dunia ini). Mungkin pengunaan taktik serangan dan bertahan yang lazimnya digunakan dalam taktik permainan bolasepak boleh digunakan sebagai tambahan dalam pengurusan kewangan peribadi.

Aziz Ali dalam bukunya 'Jutawan dari planet Jupiter' ada menyebut tentang taktik serangan dan bertahan dalam pengurusan kewangan peribadi. Benjy melihat idea beliau ini adalah sebagai salah satu add-on kepada ungkapan 'Perbelanjaan Mengikut Kemampuan'. Beliau menyebut, taktik serangan dalam pengurusan kewangan peribadi adalah bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapat pendapat sebanyak yang mungkin. Namun taktik serangan untuk mendapatkan duit ini tidak berkesan dalam pengurusan kewangan peribadi jika hanya digandingkan dengan ungkapan 'Perbelanjaan Mengikut Kemampuan'. Ini kerana jika pendapatan kita RM 2000 sebulan mungkin kita akan membelanjakan RM 1950 sebulan mungkin juga RM 2000 bulat-bulat tanpa memikirkan emergency call. Ketika anda asyik bergurau-senda dengan isteri pertama tiba-tiba anda menerima emergency call yang memberitahu isteri pertama anda 'sudah jatuh ditimpa tangga' dan kini berada di ward ICU Kuala Kedah. Anda terkejut 'bework' dan bila seluk kocek kiri ada lighter je dan kotak rokok sementara kocek kanan pula telah dikontrol oleh isteri muda. Duit dalam bank yang 'free' daripada kawalan isteri pertama dan kedua adalah balance dalam RM 5.25 itupun sebab mesin ATM tak boleh keluarkan ringgit-ringgit dan sen, kalau tak lesap juga tu.

Itulah sebabnya taktik bertahan penting dalam dalam pengurusan kewangan peribadi. Taktik ini dalam bahasa mudahnya disebut sebagai membuat simpanan. Aziz Ali mensyorkan agar kita menyimpan kiri-kira 20% daripada pendapatan bulanan kita sebagai shield jika berlaku emergency call. Jika kita dapat menyimpan melebihi 20% lagi bagus tetapi jangan sampai kita mengikat perut dan badan menjadi sekeping papan pula. Apa yang penting simpanan kita konsisten setiap bulan dan jika tiada emergency call makan kita sudah mempunyai aset cair yang merupakan pertahanan yang baik dalam menghadapi emergency call di masa akan datang. "Jangan terkejut jika ada menyatakan bahawa taktik formasi 3-5-2 dalam pengurusan kewangan peribadi adalah yang terhebat masa kini" - kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.  
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI : TAKTIK SERANGAN DAN BERTAHAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/09/pengurusan-kewangan-peribadi-taktik.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.