CERITA STUDY DI OUM - TAK SANGKA LULUS SEMESTA PERTAMA

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 20 September 2012 0 comments
Cerita pertama Benjy study di OUM pun bermula. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Mungkin cerita kali ini agak membosankan anda .. Ya betul ! ... mana tidaknya, kali ini cerita Benjy agak peribadi sikit. Selepas berfikir 7-8 kali akhirnya Benjy membuat keputusan yang sungguh berisiko iaitu sambung belajar di OUM. Saudara Aziz Ali dalam bukunya bertajuk 'Jutawan dari planet Jupiter' ada menyebut bahawa salah satu pelaburan yang menguntungkan ia pendidikan. Benjy percaya juga hasil tulisannya itu namun selain daripada satu pelaburan, menyambung pelajaran juga disifatkan Benjy sebagai berani berhadapan dengan risiko. Ya betul ! ... ia satu risiko !... jika anda tidak setuju tak apa kerana setiap manusia mempunyai pendapat dan pandangannya sendiri.

Sumber Gambar : Google Search

Benjy mula berhadapan dengan risiko ini sejak Mei 2012 sebagai permulaan semesta Benjy. Cara pembelajaran OUM yang menggunakan pendekatan 'blended learning' ini memang sesuai bagi golongan bekerja seperti Benjy. Walaupun begitu kebekuan mental yang telah lama 'tidur' serta komitmen kepada kerja dan keluarga sedikit menjejaskan penerimaan ke atas pelajaran. 

Pejam celik, pejam celik dah habis pun semesta pertama, dan hari ini Benjy gembira kerana keputusan exam semesta pertama telah diumumkan dan secara keseluruhan Benjy berpuas hati dengan keputusan tersebut. Walaupun keputusan tidaklah setinggi gunung Kinabalu tetapi tidak juga serendah 'paras-paras hidung'. Korang lihatlah sendiri keputusannya di bawah.


Selepas melepasi exam semesta pertama ini rasanya tidaklah susah sangat pun menghadapi risiko belajar di OUM. Ya betul ! ... tak susah ... ! Rule no. 1 - Belajar Untuk Lulus ! Bukan Untuk Faham !... ha..ha..ha ..ha.. itulah adalah ungkapan sahabat sekerja Benjy yang sungguh kuat tertanam dalam minda Benjy. Nampaknya rule tersebut berkesan untuk Benjy setakat ini. Tetapi untuk semesta kedua belum tentu lagi.

Jika ada kesempatan Benjy akan kongsikan cara belajar paling malas dan paling sempoi tetapi lulus tidak cemerlang seperti Benjy ... ha..ha..ha..ha .... itupun  jika hati tergerak nak share. Kerana bagi Benjy teknik belajar ini sesuai bagi golongan yang bekerja. Keadah ini cukup berkesan dan memenuhi prinsip rule no. 1 di atas. Walaupun begitu, mungkin teknik ini hanya sesuai bagi yang study di OUM sahaja. Kerana teras utama pembelajaran di OUM adalah 'distance learning' dan 'online study', satu semesta 4 kali je hadir 'tutorial' hujung minggu. 

Oraight  Broo !, Oraight Babe !, ... Setakat ini sahaja coretan kali ini, sekadar melepaskan geram gembira terima exam result yang tidak seberapa. Akhir kata, "Saya sambung belajar bukan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik tetapi ..... "- Kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CERITA STUDY DI OUM - TAK SANGKA LULUS SEMESTA PERTAMA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/09/cerita-study-di-oum-tak-sangka-lulus.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.