HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 21 Ogos 2012 0 comments
"HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH"

Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca-pembaca dan para pemimpin Negara Malaysia. Sebelum Benjy menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk artikel di atas, Benjy ingin memaklumkan bahawa tujuan artikel ini ditulis sebagai pandangan peribadi Benjy berdasarkan fakta sejaran dan Perjanjian Penubuhan Malaysia pada 9 Julai 1963 di London. Jika ada yang tidak bersetuju dengan artikel ini, anda juga berhak menyuarakan pandangan anda di ruang komen di bawah.

Sumber Gambar : Google


Benjy mengatakan 'HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH' kerana penubuhan Negara Malaysia diistiharkan secara rasminya pada 16 September 1963 melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London oleh wakil Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara (Sabah), Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Singapura. Selapas pengistiharan tersebut NEGARA MALAYSIA tidak pernah dijajah dan jelas menunjukkan bahawa NEGARA MALAYSIA tidak pernah mencapai kemerdekaan kerana itulah 16 September 1963 di sebut sebagai HARI MALAYSIA sebagaimana PERKARA II dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia tersebut.

Benjy juga tidak bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa NEGARA MALAYSIA telah mencapai merdeka 55 tahun pada tahun 2012. Kerana nyata daripada fakta sejarah dan Perjanjian Penubuhan Malaysia, hanya Persekutuan Tanah Melayu sahaja yang telah mencapai kemerdekaan 55 tahun tetapi bukanlah NEGARA MALAYSIA.

Benjy juga agak sedih sedikit kerana sambutan 31 Ogos Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu setiap tahun disambut sungguh meriah berbanding 16 September HARI MALAYSIA setiap tahun. Benjy tidak menyalahkan mana-mana pihak terutamanya rakyat Malaysia di Semenanjung Malaysia jika mereka mengatakan "Kita tidak boleh lupa pada sejarah 31 Ogos 1957" namun kerajaan Malaysia perlu mengambil kira sejarah hari kemerdekaan Borneo Utara (Sabah) pada 31 Ogos 1963 dan Sarawak pada 22 Julai 1963 kerana 3 wilayah ini iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak (tidak termasuk Singapura) yang telah membentuk NEGARA MALAYSIA hari ini.

"Selamat Hari Merdeka kepada Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) dan Selamat Hari Merdeka juga kepada Sabah (Borneo Utara - 31 Ogos 1963)" - Kata Benjy 'Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza'.

*PENAFIAN PENTING* Artikal 'HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH' ini, adalah hanya pandangan peribadi Benjy dan tidak mewakili mana-mana pihak samaada Parti Politik ataupun badan-badan NGO. Artikel ini ditulis bersesuaian dengan :

1. Falsafah blog Benjy "Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza"
2. Artikel 'HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH' ini ditulis bukan berniat untuk menghasut atau mengapi-apikan mana-mana pihak dan Benjy tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan tulisan-tulisan di dalam artikel ini untuk menimbulkan kekecohan, penentangan atau apa-apa tindakan extreme kepada Kerajaan Malaysia.
3. Artikel 'HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH' ini mematuhi Bahagian II Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu, Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. 
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)- (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan- (a) ka atas hak yang diberikan kepada perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistemewahan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang peghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: HARI MALAYSIA - SEBENARNYA NEGARA MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/08/hari-malaysia-sebenarnya-negara.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Instead of using ads, I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.