CERITA DUIT DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 26 Ogos 2012 0 comments
Cerita pasal duit dan sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan topik hangat yang diperkatakan oleh rakan-rakan sekerja Benjy sebaik bermula kerja pada hari ini 27/8/2012. Salam sejahtera kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Benjy percaya kedua-dua topik pasal duit dan sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan topik hangat yang diperkatakan kebanyakan orang pada hari ini 27/8/2012 dan mungkin akan berpanjangan hingga ke hujung minggu ini. Sambil-sambil rancak bercerita pasal Hari Raya ada juga terselit cerita-cerita pasal kena saman trafik serta terkejut bila pihak PDRM memasang kamera DSLR di sepanjang jalan-jalan utama untuk 'memberi tunjuk ajar' kepada pengguna jalanraya bagaimana cara memandu yang sepatutnya. Benjy rasakan tahun ini agak baik sedikit kerana kurang terdengar berita-berita kemalangan maut sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekadar 'cium bontot' biasalah kemalangan ni sering berlaku kat mana-mana.
 
 
Sumber : www.kartunisubi.com


Walaupun cerita-cerita pasal Hari Raya dan kena saman trafik memang hangat diperkatakan di tempat kerja Benjy ketika ini tetapi, apabila sahaja buka cerita pasal duit ... haaaa ! ambik kau ! ... Ramai yang garu kepala. Ada sesetangah orang tu Benjy nengok muka dia macam menyesal je balik beraya. Ada pula orang bujang yang mengaku terpaksa pinjam duit sedara-mara untuk balik ke KL dan macam-macam lagi cerita yang kadang-kadang tidak pernah difikirkan oleh Benjy. Boleh dikatakan cerita pasal duit ini mengatasi semua cerita-cerita sambutan Hari Raya dan saman trafik. Apapun bagi yang bekerja swasta hari untuk menerima 'upah' semakin hampir .. he..he..he.. bolehlah tarik nafas sikit. Tetapi bagi yang bekerja kerajaan, Wowww ! ... lama lagi nak tunggu beb ! ... hujung bulan September OOOoo ! ...   
 
Walaupun Benjy tidak merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi 'hot' nya cerita pasal duit ini tetap dirasai oleh Benjy. Bulan ni kira Benjy pun teruk juga sikit, bermula daripada TV SONY 32' Benjy rosak memang patut pun rosak dah 8 tahun TV tu mungkin dah sampai hayatnya kot. Ronda-ronda kat Pasar Pudu rembat pula satu TV Toshiba LCD 24' kira oklah tu ... harap hayatnya boleh mencecah 10 tahun ++ ... he..he..he.. Lepas tu godak-godak 'walet' baru perasan 'road tax' motosikal tinggal seminggu lagi nak mampos ... alamakkk ! ... Akhirnya dengan izin isteri rantai emasnya terpaksalah digadaikan kerana 'kes emergency'. Apa pun Benjy dan keluarga tetap bersyukur masih mampu makan nasi untuk beberapa hari sehingga hari gaji. Ketika sesak-sesak begini baru rasa bertapa pentingnya menabung walaupun RM 50 sebulan.
 
Benjy berharap semoga bulan Sep 2012 cerita pasal duit tidak seteruk bulan Ogos 2012. "Walaupun kita mempunyai simpanan kecemasan, namun ada masanya kita akan tergolek juga" - Kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CERITA DUIT DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/08/cerita-duit-dan-sambutan-hari-raya.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.