31 OGOS - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 26 Ogos 2012 0 comments
Tarikh 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1963 merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, pada tahun ini iaitu 31 Ogos 2012 Persekutuan Tanah Melayu menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 dan Sabah (North Borneo) menyambut hari kemerdekaan ke-49. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca-pembaca dan pencinta sejarah tanah air. Benjy sungguh sedih apabila melihat iklan-iklan yang disiarkan di kaca television yang memaparkan dan menyatakan Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan ke-55 pada tahun 2012. Bagi Benjy Kementerian Penerangan perlulah menyatakan dengan jelas bahawa kemerdekaan ke-55 tahun telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu bukannya Negara Malaysia. Jika perkara ini berterusan ia akan melupuskan banyak sejarah silam yang penting dalam Negara Malaysia malah, memesongkan fakta sejarah yang sebenar.

Sumber Gambar : Google Search

Mungkin ramai yang akan marah dengan kenyataan ini namun, Benjy tidak takut dikritik kerana Benjy berada dalam kedudukan yang benar. Mari kita lihat kronologi sejarah Negara Malaysia secara ringkasnya :

1. 31 Ogos 1957 - Hari Kemerdekaan Tanah Melayu
2. 3 Jun 1959 - Hari Kemerdekaan Singapura
3. 22 Julai 1963 - Hari Kemerdekaan Sarawak
4. 31 Ogos 1963 - Hari Kemerdekaan Sabah (North Borneo)
5. 16 Septembar 1963 - Pembentukan Negara Malaysia yang disebut sebagai 'Malaysia Day' sebagaimanan Perkara II dalam perjanjian penubuhan Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 oleh wakil British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Memang tidak dapat dinafikan pembentukan Negara Malaysia mempercepatkan proses kemerdekaan Sarawak dan Sabah. Pada 1960 PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengarahkan semua negara-negara penjajah agar menyegerakan proses kemerdekaan tanah jajahan mereka dengan 3 syarat :

Syarat 1 - Jika tanah jajahan mereka menentang secara extreme (mengangkat senjata).
Syarat 2 - Jika tanah jajahan mereka dilihat sudah boleh memerintah sendiri.
Syarat 3 - Jika tanah jajahan mereka ingin bergabung dengan negara yang sudah merdeka.

Justru itu pemimpin Sarawak dan Sabah melihat syarat ke-3 PBB sangat sesuai untuk mempercepatkan kemerdekaan mereka maka mereka menerima pelawaan Persekutuan Tanah Melayu untuk bergabung membentuk Nagara Malaysia. Pihak British pun sangat bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia agar ia dapat mengurangkan tekanan PBB ke atas mereka.

Berdasarkan faktor sejarah, dokumen perjanjian penubuhan Malaysia dan dokumen-dokumen PBB, Benjy merasakan sepatutnya Malaysia hanya menyambut 'Malaysia Day' atau dikenali sebagai Hari Malaysia  pada 16 September setiap tahun sebagai sambutan nasional dan bukannya 2 sambutan termasuk 31 Ogos setiap tahun. Dengan cara ini ia akan menguatkan lagi integrasi nasional dalam 1Malaysia sebagaiman yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri.

"Selamat menyambut hari merdeka kepada Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah" - Kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


*PENJELASAN PENTING* Benjy bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua maklumat, dan gambar yang disiarkan dalam blog ini termasuk komen-komen daripada pembaca. Ini bertepatan dengan Seksyen 114A dalam Akta Keterangan 1950. Walaupun begitu, semua maklumat yang diambil daripada lain-lain sumber termasuk komen pembaca (yang bukan sumber asal atau komen Benjy) akan diletakkan rujukan agar memudahkan pihak berkuasa memanggil penerbit asal yang menerbitkan maklumat tersebut tanpa melibatkan Benjy jika ia dikehendaki sebagaimana keperluan Seksyen 2 dalam akta yang sama. Komen-komen pembaca yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Bahagian II Perkara 10 (2) akan dipadamkan daripada paparannya di dalam blog ini, harap maklum.

  
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: 31 OGOS - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/08/31-ogos-selamat-hari-kemerdekaan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.