20 PERKARA TUNTUTAN RAKYAT SABAH SEBENARNYA TERKANDUNG DALAM PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA 9 JULAI 1963

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 19 Ogos 2012 0 comments
Sebenarnya [fakta], 20 perkara yang dituntut oleh rakyat Sabah melalui perjuangan Parti STAR terkandung di dalam 11 PERKARA perjanjian penubuhan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 di London yang juga dikenali sebagai Akta Malaysia 1963. Mungkin ada yang menyangka artikel Benjy kali ini berbau politik setelah sekian lama menyepi dalam penulisan blog. Namun Benjy ingin menjelaskan bahawa, artikel ini hanyalah sebagai pandangan peribadi Benjy mengikut fakta dan juga pengetahuan am sejarah Malaysia. Sebagai rakyat Sabah dan Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Benjy berkongsi pendapat yang menjadi persoalan kebanyakan rakyat Sabah menjelang PRU 13 nanti.

 Sumber Gambar : Google Search

Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca-pembaca dan pejuang-pejuang serta penyokong-penyokong parti politik di Sabah samada Parti Kerajaan ataupun Pembangkang. Dikesempatan ini juga Benjy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia di mana juga anda berada, semoga perayaan tahun ini amat bermakna bagi anda sekeluarga.

Sebelum Benjy menghuraikan panjang lebar pendapat peribadi berkenaan 20 Perkara yang dituntut oleh rakyat Sabah, berikut adalah beberapa persoalan yang sering dilemparkan oleh sesetangah pihak berkaitan isu 20 Perkara tuntutan rakyat Sabah, antaranya :

1. Adakah DOKUMEN BERTULIS BERTAJUK "20 PERKARA TUNTUTAN RAKYAT SABAH" ini wujud dalam perjanjian penubuhan Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 ?

2. Jika DOKUMEN BERTULIS TERSEBUT ADA, dimanakah dan siapakah yang menyimpan DOKUMEN ASAL tersebut ? adakah ia relevant digunapakai pada masa ini ? dan adakah ia SAH mengikut undang-undang ?

3. Jika DOKUMEN BERTULIS INI TIADA, mengapakah ia diada-adakan ? dan adakah ia relevant sebagai asas tuntutan rakyat Sabah hari ini ? Bagaimanapula dari segi undang-undang ?

(Perkataan DOKUMEN BERTULIS yang dimaksudkan oleh Benjy di sini hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut, "Sumber satu-satu kenyataan atau perjanjian yang ditulis di atas kertas dan ditandatangani oleh orang-orang yang terlibat dengan menyatakan nama mereka yang terlibat dalam membuat dokumen tersebut, tempat mereka membuatnya, tarikh dan tahun ia dibuat")  

Ini adalah jawapan peribadi Benjy :

Jawapan soalan pertama : "Dokumen bertulis bertajuk '20 Perkara Tuntutan Rakyat Sabah' tidak wujud dalam bentuk dokumen bertulis sama ada berbentuk satu perjanjian atau dokumen bertulis berbentuk memorandum sebagaimana yang dinyatakan sesetengah pemimpin, kerana ia tidak menepati ciri-ciri dokumen bertulis yang Benjy nyatakan di atas".

Soalan kedua sudah tidap perlu dijawab oleh Benjy.

Jawapan soalan ketiga : "Benjy berpendapat, mungkin ia diada-adakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu hanya untuk menyatakan dan memudahkan rakyat mengetahui dan memahami isi-isi penting yang terkandung di dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 tanpa perlu membaca keseluruhan tulisan-tulisan perjanjian tersebut yang mengandungi sebanyak 5 muka surat bagi asas perjanjian, sebanyak 230 muka surat Lampiran A, B, C, D, E, F, G, H, I, J dan K kepada asas perjanjian tersebut dan sebanyak 26 muka surat Bab III dan lampiranya iaitu Lampiran A dan B Laporan IGC 1962"."Adalah sukar untuk rakyat membaca dan memahami keseluruhan 261 muka surat Perjanjian Penuh Penubuhan Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 yang mana boleh dikatakan 99% dalam bahasa Inggeris". "Ia sama juga maksudnya dalam menghasilkan Batu Sumpah untuk menjelaskan kepada penduduk pedalaman Borneo Utara (Sabah), jaminan kepada kepentingan mereka jika Borneo Utara (Sabah) bersama-sama menubuhkan Malaysia". "Memandangkan 20 perkara ini terkandung di dalam perjanjian pembentukan Malaysia, maka ia relevant digunapakai sehingga ke hari ini dan juga sah dari segi undang-undang"

Pada pendapat Benjy, jika rakyat Sabah tak menuntut hak rakyat Sabah sebagaimana yang terkandung dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia yang popular disebut '20 Perkara' daripada BN-UMNO ? siapa lagi nak tuntut ? jika bukan sekarang ? bila lagi ? Bah ! ini kali lah !.  Untuk seluruh rakyat Sabah "Boleh bah kalau kau ! " - Kata Benjy, melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

Artikel akan datang Benjy akan membawa anda melihat dan memahami, di manakah kedudukan '20 Perkara' tersebut dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: 20 PERKARA TUNTUTAN RAKYAT SABAH SEBENARNYA TERKANDUNG DALAM PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA 9 JULAI 1963
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/08/20-perkara-tuntutan-rakyat-sabah.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.