CERITA DUIT DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Isnin, 27 Ogos 2012
0
comments
Cerita pasal duit dan sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan topik hangat yang diperkatakan oleh rakan-rakan sekerja Benjy sebaik bermula kerja pada hari ini 27/8/2012. Salam sejahtera kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Benjy percaya kedua-dua topik pasal duit dan sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan topik hangat yang diperkatakan kebanyakan orang pada hari ini 27/8/2012 dan mungkin akan berpanjangan hingga ke hujung minggu ini. Sambil-sambil rancak bercerita pasal Hari Raya ada juga terselit cerita-cerita pasal kena saman trafik serta terkejut bila pihak PDRM memasang kamera DSLR di sepanjang jalan-jalan utama untuk 'memberi tunjuk ajar' kepada pengguna jalanraya bagaimana cara memandu yang sepatutnya. Benjy rasakan tahun ini agak baik sedikit kerana kurang terdengar berita-berita kemalangan maut sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekadar 'cium bontot' biasalah kemalangan ni sering berlaku kat mana-mana.
Sumber : www.kartunisubi.com
Baca Selengkapnya ....