KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA 8 JUN 2012

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 9 Jun 2012 0 comments
Keputusan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012 lagi episod mengecewakan Harimau Malaya apabila sekadar berpuas hati dengan seri 2-2 selepas tamat 90 minit perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya. Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh Datuk K. Rajagobal apabila Malaysia hanya mampu seri 2-2 menentang 'The Lion' selepas pasukan Singapura bangkit di minit-minit terakhir selepas ketinggalan 2-0. Bagi peminat Harimau Malaya mungkin ramai yang menyalahkan pengadil perlawanan dan permainan dianggap berat sebelah tetapi itu bukanlah alasannya kerana menyalahkan orang lain tidak mendatangkan apa-apa kebaikan berbanding melihat kesilapan diri sendiri.

Sumber Gambar : Google Search

Keputusan seri 2-2 Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012 ini juga memburukkan lagi rekod prestasi semasa Malaysia kerana pasukan 'The Lion' bukanlah pasukan hebat hanya menduduki rangking ke-157 FIFA berbanding Harimau Malaya di kedudukan ke-154 FIFA. Walaupun ranking FIFA hanya akan diupdate pada 4 Jul 2012 tetapi perkiraan kasar selepas perlawanan ini Malaysia jatuh di ranking ke-162 FIFA berbanding Singapura yang masih kekal di ranking ke-157 FIFA. Walaupun Malaysia menang 3-0 pun aksi di Stadium Shah Alam pada 12 Jun 2012 nanti Malaysia tetap akan jatuh juga ke kedudukan 159 dunia. Hakikatnya disini, adalah perlu bagi Malaysia bertemu pasukan yang mempunyai ranking FIFA yang lebih tinggi bagi menaikkan ranking FIFA Harimau Malaya.

Bagi Benjy, keputusan seri 2-2 Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012 menampakkan kelebihan dan kekurangan yang ketara kepada pasukan Harimau Malaya. Kelebihan yang dimiliki oleh pemain Malaysia ialah keupayaan menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang pada pendapat Benjy 90% boleh menghasilkan gol melalui rembatan terus Shafiq Rahim. Kelebihan kedua yang dimiliki oleh Malaysia ialah, penyerang muda Malaysia mula menampakkan kehebatan mereka ini diakui apabila Asamuddin Akhil menjaringkan gol pertama dan gol kedua dalam 3 penampilan antarabangsa bersama Malaysia. Namun terlalu banyak kelemahan yang ada sehingga Malaysia dilihat kurang konsisten dalam prestasi mereka. Pertama taktikal dan teknikal yang ketandusan idea, kelemahan 'mental strength' dan tidak dapat menghalang asakan bila telah dibolosi 1 gol dan kurang profesional dan terlalu emosional kerana tidak boleh menerima keputusan pengadil. Kelemahan-kelemahan ini jika tidak diatasi ia akan memberi kesan yang tidak baik semasa kempen Piala AFF 2012 nanti. "Ayuh Harimau Malaya, masih ada masa untuk memperbaiki semua kelemahan itu sebelum Piala AFF 2012" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.    

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA 8 JUN 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/keputusan-malaysia-vs-singapura-8-jun.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.