KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA 12 JUN 2021

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 12 Jun 2012 0 comments
Keputusan pertemuan Malaysia vs Singapura pada 12 Jun 2012 di Stadium Shah Alam memihak kepada Harimau Malaya dengan kemenangan 2-0. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya sekalian. Kini harapan dan sokongan peminat Harimau Malaya kembali bersinar hasil daripada kemenangan ini sekaligus menutup mulut yang mengkritik Datuk K. Rajagobal (termasuk Benjy) bahawa taktikal dan teknikal Datuk K. Rajagobal masih lagi hebat seperti 2 tahun lalu ketika menjuarai Piala AFF 2010. Mutu permainan juga semakin meningkat dengan mengandakan serangan ke kubu Singapura akhirnya berbaloi dengan kemenangan.

Sumber Gambar : Google Search


Hasil kemenangan 2-0 Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012 ini amat diperlukan bukan sahaja pemain malah penyokong Harimau Malaya di mana ia mengubati kekecewaan ketika kalah dengan Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014. Datuk K. Rajagobal juga membuat keputusan bijak apabila memasukkan Sakir Ali mengantikan tugas utama Safee Sali bergandingan dengan Noor Sharul di bahagian serangan dan hasilnya Sakir Ali menjaringan gol pertama cantik menerusi tandukan 'Pleasing Head' untuk menewaskan penjaga gol Singapura pada minit ke19. Walaupun Safee Sali dimasukkan pada separuh masa kedua namun ketajamannya di bahagian serangan Harimau Malaya semakin hilang mungkin, penyesuaian dengan Noor Sharul sudah lama terpisah. Keadaan ini memberi sedikit persoalan adakah hero Harimau Malaya 2010 akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk perlawanan persahabatan akan datang.

Kemenangan 2-0 Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012 jika dilihat banyak dipengaruhi oleh kehebatan skill ketua pasukan Shafiq Rahim. Skill membuat percubaan terus menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti belum ada tandingannya lagi dari lain-lain pemain Harimau Malaya setakat ini. Shafiq Rahim adalah senjata berharga Harimau Malaya jika diberikan sepakan percuma berhampiran kotak penalti. Dua perlawanan terakhir Malaysia 8 dan 12 Jun 2012 membuktikan Shafiq Rahim perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama sukad K. Rajagobal. Jaringan kedua Malaysia terhasil pada minit ke62 melalui sepakan percuma Shafiq Rahim yang menarik. Tidak keterlaluan jika Benjy menyatakan Shafiq Rahim boleh menghasilkan gol dengan skill ini sehingga 95% jaringan gol. Namun semangat pemain juga banyak dimotivasikan secara tidak sengaja apabila Khairul Fahmi Che Mat diletakkan sebagai penjaga gol utama. "Walaupun menang masih ada kelemahan yang perlu dibaiki" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.  

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA 12 JUN 2021
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/keputusan-malaysia-vs-singapura-12-jun.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Instead of using ads, I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.