KEPUTUSAN MALAYSIA VS FILIPINA 1 JUN 2012

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 1 Jun 2012 0 comments
Keputusan Malaysia vs Filipina 1 Jun 2012 perlawanan persahabatan antarabangsa berkesudahan dengan seri 0 - 0. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat bolasepak tanah air sekalian. Nampaknya Harimau Malaya belum mampu mengigit pasukan Filipina selepas terikat 1 - 1 pada 29 Feb 2012 yang lepas. Walaupun Benjy dan ramai peminat Harimau Malaya tidak berapa gembira dengan keputusan ini, ia sudah bagus daripada kalah. Walaupun hanya menonton melalui kacak TV tetapi, Benjy merasakan sokongan peminat Harimau Malaya semakin menurun, sorakan riuh rendah sudah semakin berkurangan. Mungkin ramai yang sudah gaji dan lebih suka shopping sini-sana daripada menonton di stadium. Ada banyak perkara yang akan Benjy sentuh mengenai perlawanan ini dan diharap Datuk K. Rajagobal tersesat ke blog Benjy dan terbaca artikel ini.
Sumber Gambar : Google Search


Secara keseluruhan pertemuan Malaysia vs Filipina 1 Jun 2012 ini sepatutnya berpihak kepada Harimau Malaya. Nasib agak baik kerana Harimau Malaya tidak dihukum selepas 45 saat bermain. Ini kerana kecuaian pemain pertahanan Harimau Malaya yang menolak bola ke belakang kepada Penjaga Gol nyaris-nyaris menghadiahkan gol pertama Filipina. Malaysia sepatutnya layak menang 3 - 0 perlawanan ini kerana ada 5 peluang yang disia-siakan oleh pemain-pemain Harimau Malaya. Peluang pertama hadir menerusi Safee Sali di separuh masa pertama dan 2 peluang melalui Shafiq Rahim, 1 peluang melalui Noor Sharul dan 1 lagi Chanturu di separuh masa kedua betul-betul amat mengecewakan. Hanya rembatan Safee Sali sahaja menepati sasaran sementara yang lainnya 'Off Target'. Pada Benjy standard merembat 'off target' ini sama juga standard nya dengan pemainan budak-budak sekolah rendah. Pelik juga mereka ni, hari-hari berlatih dan hari-hari sepak bola masih juga 'off target'. Kalau Benjy yang rembat 'off terget' munasabah juga sebab sudah 10 tahun tak sepak bola sedangkan mereka ini pemain bolasepak professional, ia sungguh memalukan.

Perlawanan Malaysia vs Filipina 1 Jun 2012 ini juga menampakkan Harimau Malaya masih tidak dapat mencorakkan permainan yang bermutu tinggi. Sepatutnya pemain yang berlatih setiap hari dan menyepak bola setiap hari menghasilkan permainan yang bermutu tinggi. Sehingga ke hari ini Benjy tak faham-faham lagi kenapa Datuk K. Rajagobal tidak menerapkan taktikal 1 - 2 passing. Sebenarnya taktikal ini amat mudah memecahkan benteng pertahanan lawan dan lebih berbahaya daripada melakukan crossing. Sejak melihat Harimau Malaya bermain 2 tahun kebelakangan ini Benjy belum nampak sekali pun mereka menggunakan taktikal yang mudah ini, Betul ! memang tiada langsung. Sepatutnya jika mereka melihat lain-lain taktikal kurang menjadi cuba terapkan teknik 1 - 2 passing pasti ada kelebihan di situ. "Harap-harap ia belum terlambat, masih ada masa sebelum tibanya Piala AFF 2012" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.    

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN MALAYSIA VS FILIPINA 1 JUN 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/keputusan-malaysia-vs-filipina-1-jun.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.