KEDUDUKAN RANKING FIFA MALAYSIA JATUH KEMBALI

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 6 Jun 2012 0 comments
Kedudukan Ranking FIFA Malaysia terkini jatuh kembali ke kedudukan 154 daripada 153 yang tidak sampai 2 bulan pun bertahan. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya sekalian. Keadaan ini memang sudah diduga oleh Benjy awal-awal lagi selepas Malaysia seri 0 - 0 dengan pasukan Filipina tempoh hari. Sementara itu dalam perkembangan berlainan, selepas Filipina menjinakkan Malaysia 0 - 0, mereka pula berjaya menjinakkan Indonesia 2 - 2 dalam perlawanan persahabatan pada 5 Jun 2012. Nampaknya Malaysia masih lagi tercari-cari rentak permainan selepas menjuarai Piala AFF 2010 yang lalu. Keadaan ini sedikit sebanyak merisaukan peminat Harimau Malaya yang kurang yakin dengan kemampuan Malaysia untuk mengulangi juara Piala AFF 2012.
Sumber : Google Search


Apa yang memelikkan Benjy ialah, Datuk K. Rajagobal masih merasa selamat walaupun kedudukan Ranking FIFA Malaysia sudah jatuh merundum. Benjy rasa hairan kerana Datuk K. Rajagobal tidak melihat ini sebagai tanda-tanda awal Malaysia akan terlepas Piala AFF 2012. Bolasepak sekarang bukan macam dahulu lagi, zaman sekarang ini keupayaan sesuatu pasukan tertumpu kepada Ketua Jurulatih pasukan bukan hanya pemain semata-mata. Benjy merasakan corak permainan Malaysia masih lagi sama macam dulu. Tiada peningkatan dari segi taktikal mahupun teknikal yang mampu membawa Malaysia satu tapak di hadapan berbanding lain-lain pasukan di rantau Asia Tenggara. Benjy melihatkan serangan Malaysia semakin ketandusan idea untuk menghasilkan gol.

Jika diimbas kejayaan Harimau Malaya 2010 dalam Piala AFF, Safee Sali bolehlah di ibaratkan penjaring paling dashyat yang pernah lahir di Malaysia tetapi kini, Safee Sali bagai terkena sumpahan langsung tidak dapat menjaringkan gol bukan sebab dia tidak bagus tetapi seakan-akan hukum alam. Ini juga adalah satu tanda kemungkinan Safee Sali sudah berada di hujung perjuangan bersama pasukan Malaysia. Namun tidak dapat dinafikan ia cemerlang di Pelita Jaya setakat ini. Datuk K. Rajagobal perlulah melihat lain-lain pemain yang bakal menggantikan Safee Sali. Dulu Michael Owen pun hebat bersama Liverpool dan England tetapi semakin hari prestasi semakin menurun. Benjy juga amat percaya kejayaan Malaysia merangkul Piala AFF 2010 yang lepas adalah 50% datangnya daripada Safee Sali, kerana tanpa jaringan-jaringan beliau Malaysia tidak mampu mengalahkan Indonesia di Final Piala AFF 2010.

Ranking FIFA Malaysia bukanlah saja-saja bahan jenak daripada FIFA sebagaiman yang difikirkan oleh Datuk K. Rajagobal tetapi adalah perkiraan yang hampir tepat tentang prestasi semasa pasukan Harimau Malaya. Benjy juga percaya perkiraan satu-satu kedudukan Ranking FIFA ini bukan dibuat oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bandar Sungai Long, Kajang tetapi telah dinilai dan diteliti oleh pakar-pakar bolasepak seluruh dunia dan melalui satu proses yang cukup komplex  sebelum ianya dijadikan satu standard diguna pakai di seluruh dunia. Diharap ada peningkatan dalam pertemuan dengan pasukan Singapura pada 8 Jun 2012 nanti. "Pasukan terbaik dunia menilai keupayaan mereka berdasarkan Ranking FIFA, Datuk K. Rajagobal pula melinai pasukan Malaysia dengan kejayaan juara Piala AFF 2010, pelikkan ?" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEDUDUKAN RANKING FIFA MALAYSIA JATUH KEMBALI
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/kedudukan-ranking-fifa-malaysia-jatuh.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.