JADUAL PERLAWANAN SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA BAWAH 22 TAHUN PERINGKAT KELAYAKAN KEJUARAAN AFC U-22 2013
Rabu, 20 Jun 2012
0
comments
Jadual perlawanan melibatkan Skuad Bolasepak Malaysia Bawah 22 tahun dalam kelayakan Kejuaraan AFC-U22 2013 dilihat positif oleh pemerahati bolasepak tempatan. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat bolasepak Malaysia. Walaupun dunia bolasepak diselubungi oleh kerancakan EURO 2012 namun, bagi Benjy yang juga peminat setia pasukan kebangsaan Malaysia tidak kira Harimau Malaya atau Harimau Muda tetap setia mengikut perkembangan peringkat kelayakan Kejuaraan AFC-U22 2013 melibatkan pasukan Malaysia Bawah 22 tahun. Selepas pasukan Hoki Remaja Malaysia menjuarai Hoki Remaja Asia 2012 sudah tiba masanya Pasukan Bolasepak remaja Malaysia pula membuktikan kepada Malaysia bahawa mereka juga sehebat pasukan remaja hoki kebangsaan.
Skuad Malaysia B-22 di letakkan dalam Kumpulan G bersama-sama pasukan pilihan Korea Selatan, tuan rumah Myanmar, Chinese Taipei, Filipina dan Vietnam. Jika dilihat keupayaan Malaysia pada Sukan SEA 2011, pasukan Malaysia mempunyai kelebihan mengatasi pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain namun, ia sukar bagi menghadapi pasukan Korea Selatan. Jika dilihat 2 perlawanan persahabatan sebelum ini keupayaan Malaysia semakin meningkat terutamanya menundukkan Qatar-U22 dengan jaringan 2-0 di Stadium Shah Alam baru-baru ini. Apapun Benjy percaya, dalam bolasepak sebuah pasukan berada masih dalam risiko sehinggalah pengadil meniup wisel penamat.
JADUAL PERLAWANAN SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA BAWAH 22 TAHUN DALAM KELAYAKAN KEJUARAAN AFC-U22 2013
Benjy mengharapkan Skuad Malaysia B-22 menduduki tangga kedua dibelakang Korea Selatan. Apa yang penting semua pasukan fokus dalam saingan ini. Mudah-mudahan ASTRO ARENA menyiarkan siaran langsung kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia B-22 ini. "Kekasaran sikit-sikit adat bolasepak, apa yang penting jangan berfikir emosional tetapi berfikirlah cara professional" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: JADUAL PERLAWANAN SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA BAWAH 22 TAHUN PERINGKAT KELAYAKAN KEJUARAAN AFC U-22 2013
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/jadual-perlawanan-skuad-bolasepak.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5