JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN PENUH EURO 2012

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 8 Jun 2012 0 comments
Jadual perlawanan dan keputusan penuh EURO 2012 akan dikemaskini dari masa ke semasa dalam blog ini sebagai sumber maklumat lengkap kepada peminat-peminat bolasepak di Malaysia dan serata dunia. Selain itu ia juga dijadikan koleksi informasi sukan dalam blog Benjy. Semoga informasi ini berguna kepada anda sebagai salah satu sumber rujukan lengkap tanpa perlu mengakses banyak laman blog dan laman web. "So enjoy the EURO 2012".

Sumber Logo : Google Search

JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN PENUH EURO 2012

Kumpulan A
1. Rep. Czech - P3 - M2 - K1 - J4 - B5 - MT6 (-1)
2. Greece - P3 - M1 - S1 - K1 - J3 - B3 - MT4 (0)
3. Russia - P3 - M1 - S1 - K1 - J5 - B3 - MT4 (+2)
4. Poland - P3 - M0 - S2 - K1 - J2 - B3 - MT2 (-1)
P-perlawanan, M-menang, S-seri, K-kalah, J-jaringan, B-bolos, MT-mata
Pasukan berhuruf biru layak ke Suku Akhir

9 Jun 2012

Masa 12.30 am, Poland vs Greece (1-1) - Poland membuka jaringan melalui tandukan Lewandowski pada minit ke17 dan Greece menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian pada minit ke51 melalui rembatan Salpingidis selepas berlaku kekeliruan daripada penjaga gol Poland.

Masa 2.30 am, Russia vs Rep. Czech (4-1) - Russia membuka kempen EURO 2012 dengan kemenangan bergaya 4-1 dengan Dzagoev menjaringkan 2 gol pada minit ke15 dan minit ke79. Dua lagi jaringan dijaringkan oleh Shirokov pada minit ke24 dan Pavlyuchenko minit ke82. Gol saguhati Rep. Czech dijaringkan oleh Pilar pada minit ke52. Dengan kemenangan ini Russia memimpin Kumpulan A sebagai pendahulu apabila mengumpul 3 mata penuh.

13 Jun 2012

Masa 12.30 am, Greece vs Rep. Czech (1-2) - Kemenangan Rep. Czech ke atas Greece membuka ruang mereka semula untuk bersaing layak ke pusingan kalah mati. Taktikal Rep. Czech yang membuat tekanan di awal permainan menjadi apabila mendahului 2-0 seawal minit ke-6 sedikit sebanyak menjatuhkan moral pasukan Greece. Rep. Czech membuka jaringan pertama pada minit ke-3 melalui Petr Jairacek dan menanbah lagi satu jaringan pada minit ke-6 melalui Vaclav Pilar. Greece nampaknya tidak mahu mengaku kalah dan mereka berjaya merapatkan kedudukan 2-1 apabila pemain gantian Fanis Gekas menjaringkan gol pada minit ke-53. Greece juga masih mempunyai peluang jika mereka menang ke atas Russia pada perlawanan terakhir mereka.

Masa 2.30 am, Poland vs Russia (1-1) - Dzagoev membuktikan dia bakal bersaing untuk perebutan gelaran penjaring terbanyak EURO 2012 apabila berjaya menjaringkan gol pertama ketika menentang tuan rumah bersama Poland pada minit ke-37. Kini Dzagoev mendahului senarai penjaring terbanyak EURO 2012 dengan 3 jaringan setakat ini. Namun Poland tidak mudah mengalah, apabila mereka bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-57 melalui jaringan Balszczykowski dan mengikat Russia 1-1 sehingga tamat perlawanan.

17 Jun 2012

Masa 2.30 am, Greece vs Russia (1-0) - Semangat 2004 membolehkan Greece menewaskan pasukan pilihan Russia sekaligus membawa mereka ke Suku Akhir. Gol tunggal dan gol kemenangan Greece hadir pada masa kecederaan separum masa pertama iaitu minit ke-47 hasil jaringan Ketua Pasukan Karagounis. Walaupun mengikut jaringan Russia mempunyai kelebihan tetapi mereka terpaksa akur dengan peraturan UEFA berdasarkan pemenangan pertemuan dalam kumpulan sekiranya kedudukan mata terakhir seri antara kedua-dua pasukan.

Masa 2.30 am, Rep. Czech vs Poland (1-0) - Rep. Czech meranapkan harapan tuan rumah bersama Poland untuk layak ke Suku Akhir seteursnya menepati ramalan pasukan pilihan Kumpulan A. Gol tunggal yang juga gol kemenangan Rep. Czech diperolehi pada minit ke-72 melalui Jirecek. Walaupun Poland mempunyai beberapa peluang namun mereka terpaksa akur bahawa mereka belum mempunyai cukup kualiti untuk layak ke Suku Akhir EURO 2012 kali ini.

Kumpulan B
1. German - P3 - M3 - S0 - K0 - J5 - B2 - MT9 (+3)
2. Portugal - P3 - M2 - S0 - K1 - J5 - B4 - MT6 (+1)
3. Denmark - P3 - M1 - S0 - K2 - J4 - B5 - MT3 (-1)
4. Holland - P3 - M0 - S0 - K3 - J2 - B5 - MT0 (-3)
P-perlawanan, M-menang, S-seri, K-kalah, J-jaringan, B-bolos, MT-mata
Pasukan berhuruf biru layak ke Suku Akhir

10 Jun 2012

Masa 12.30 am, Holland vs Denmark (0-1) - Reputasi Holland sebagai salah satu pasukan pilihan sempena EURO 2012 ini tercalar apabila pasukan bukan pilihan Denmark menewaskan mereka hasil jaringan penyerang Denmark Michael Khron-Dehli pada minit ke-24 sekaligus mencuri 3 mata penuh. Holland yang tersentak dengan kekalah ini terpaksa berusaha keras untuk perlawanan kedua menentang German pasukan yang cukup konsisten dan lebih kuat daripada Denmark.

Masa 2.30 am, German vs Portugal (1-0) - German yang diramal menjadi juara bagi EURO 2012 menepati ramalan setakat ini walaupun hanya menang tipis dengan pasukan Portugal. Gol kemenangan German dijaringkan oleh Mario Gomez pada minit ke-72 yang menanduk kemas ke kanan pintu gol Portugal selepas menerima hantaran lintang rakan sepasukan dari sebelah kanan. Mungkin misi mengutip mata penuh agak sukar pada perlawanan kedua apabila bertemu Holland memerlukan kemenangan selepas tewas dengan Denmark.

14 Jun 2012

Masa 12.30 am, Holland vs German (1-2) - Pertembungan 2 pasukan gergasi Eropah Holland dan German akhirnya terjawab apabila German melaungkan amaran bahawa mereka serius untuk menjadi juara EURO 2012 ini. Penyerang sensasi German Mario Gomez menjaringkan 2 gol separuh masa iaitu pada minit ke-24 dan minit ke-38 menjadikan dia salah seorang pencabar gelaran kasut emas yang kini mendahului bersama pemain Russia Dzagoev dengan jaringan 3 gol. Holland walaupun menguasai 52% permainan hanya mampu merapatkan jaringan melalui Van Persie pada minit ke-73 namun mereka masih ada peluang kerana ia bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir nanti.

Masa 2.30 am, Denmark vs Portugal (2-3) - Portugal bernafas kembali untuk melangkah ke Suku Akhir dengan kemenangan melalui jaringan diminit-minit akhir pemain gantian Varela yang dimasukan pada minit ke-85. Portugal mendahului 2-0 seawal minit ke-36 melalui jaringan Pepe minit ke-24 dan Helder Postiga pada minit ke-36 namun Denmark merapatkan jurang melalui jaringan Bendtner pada minit ke-41. Separum masa kedua Bendtner cemerlang lagi dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 namun ia tidak kekal lama apabila Varela menjaringkan gol kemenangan Portugal pada minit ke-87 selepas 2 minit dia dimasukkan. Kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang untuk mara ke Suku Akhir dan ia bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir pada 18 Jun 2012 nanti.  

18 Jun 2012

Masa 2.30 am, Portugal vs Holland (2-1) - C.Ronaldo bermain cemerlang apabila menjaringkan 2 gol untuk membantu Portugal mengatasi Holland dalam saingan terakhir Kumpulan B EURO 2012. Walaubagaimana pun Holland terlebihi dahulu membuka jaringan pada minit ke-11 melalui rembatan cantik Van der Vaart dari luar kotak penalti. Namun Portugal menyamakan kedudukan pada minit ke-28. C. Ronaldo menutup mulut pengkritik sebelum ini apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74. Portugal akan bertemu pasukan Rep. Czech pada perlawanan Suku Akhir pertama yang dijadualkan pada 22 Jun 2012 jam 2.30 am.

Masa 2.30 am, Denmark vs German (1-2) - Seperti yang dijangka, German tidak menghadapi masalah besar menewaskan Denmark pada perlawanan terakhir mereka. German membuka jaringan pada minit ke-19 melalui Podolski bagaimanapun Denmark berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24 melalui Krohn-Dehli. Sejurus separuh masa kedua bermula, German mengandakan asakan dan berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-80 menerusi Bendar yang juga gol kemenangan mereka. German akan bertemu pasukan Greece pada perlawanan Suku Akhir yang dijadualkan pada 23 Jun 2012 jam 2.30 am.

JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN PENUH EURO 2012

Kumpulan C
1. Sepanyol - P3 - M2 - S1 - K0 - J6 - B1 - MT7 (+5)
2. Itali - P3 - M1 - S2 - K0 - J4 - B2 - MT5 (+2)
3. Croatia - P3 - M1 - S1 - K1 - J4 - B3 - MT4 (+1)
4. Ireland - P3 - M0 - S0 - K3 - J1 - B8 - MT0 (-7)
P-perlawanan, M-menang, S-seri, K-kalah, J-jaringan, B-bolos, MT-mata
Pasukan berhuruf biru layak ke Suku Akhir

11 Jun 2012

Masa 12.30 am, Sepanyol vs Itali (1-1) - Juara bertahan Sepanyol terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Itali namun, Itali dahulu di depan pada minit ke-61 hasil jaringan pemain gantian Di Natale yang masuk menggantikan Mario Baloteli minit ke-56. Melihat keadaan itu Sepanyol mengandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 3 minit selepas itu melalui jaringan bintang Barcelona Cesc Fabregas. Walaupun selepas itu kedua-dua pasukan saling melakukan serangan namun tiada lagi gol diperolehi sehinggalah ke wisel penamat.

Masa 2.30 am, Ireland vs Croatia (1-3) - Mandzukic menjadi hero Croatia apabila menjaringkan 2 gol untuk membantu Croatia mengatasi Ireland sekaligus berkongsi selaku penjaring terbanyak setakat ini bersama pemain Russia Dzagoev dengan 2 gol. Coratia di depan seawal minit ke-3 melalui jaringan Mandzukic sebelum Ireland menyamakan kedudukan pada minit ke-19 menerusi St Ledger dan 2 minit sebelum separuh masa tamat Croatia kembali di depan melalui jaringan Jelavic. Croatia terus mendomasi perlawanan pada separum masa kedua dan berjaya menambah satu lagi jaringan menerusi Mandzukic pada minit ke-49.

15 Jun 2012

Masa 12.30 am, Itali vs Croatia (1-1) - Pemain veteran Itali Andera Pirlo membayar kepercayaan pengurusnya apabila membuka tirai jaringan ketika pertemuan dengan Croatia melalui sepakan percuma cantik ke sebelah kanan gawang gol Croatia pada minit ke-39. Sehingga tamat seperuh masa kedudukan memihak kepada pasukan Azzuri itu. Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua bermula, Croatia mengandakan asakan ke kubu Itali ianya berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-72 melalui jaringan Mandzukic sekaligus meletakkan namanya sebaris dengan pemain Russia Dzagoev dan pemain German Gomez mendahului senarai penjaring terbanyak 3 gol setakat ini. Walaupun penguasaan bola memihak kepada pasukan Azzuri 52% namun keputusan kekal 1-1 sehingga tamat permainan.

Masa 2.30 am, Sepanyol vs Ireland (4-0) - Selepas La-Rojas dikritik ketika seri dengan Itali, mereka bangkin bergaya dengan kemenangan besar ke atas Ireland seterusnya memberi amaran mereka juga sehebat pasukan pilihan utama German. Selepas aksi mengecewakan ketika menentang Azzuri, Fernando Tores membuktikan kepada dunia dia masih lagi penyerang berbisa selepas menjaringkan 2 gol pada minit ke-4 dan minit ke-70. Silva juga meletakkan namanya sebagai penjaring apabila menyumbat gol mudah pada minit ke-49 dan La-Rojas terus mendominasi permainan dengan jaringan keempat Fabregas pada minit ke-83. Dengan penguasaan bola 66% daripada pasukan Sepanyol, tak ada apa yang boleh dibuat oleh pasukan Ireland melainkan hanya bertahan.  

19 Jun 2012

Masa 2.30 am, Croatia vs Sepanyol (0-1) - Sepenyol yang juga pasukan pilihan kejohanan memberi amaran kepada saingan tersekat mereka German apabila menumpaskan Croatia seterusnya menjurai Kumpulan C EURO 2012. Ketika permainan seakan-akan berkesudahan dengan seri 0-0, Jesus Navas menghadiahkan gol kemenangan kepada pasukan La Rojas itu apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-88 seterusnya meranapkan harapan Croatia untuk layak ke Suku Akhir. Menanti La Rojas di Suku Akhir ialah Naib Juara Kumpulan D EURO 2012.

Masa 2.30 am, Itali vs Ireland (2-0) - Jaringan Cassano dan Baloteli membawa Azzuri ke Suku Akhir EURO 2012. Keseluruhan perlawanan di dominasi oleh Itali dan gol pertama hadir pada minit ke-35 melalui jaringan Cassano hasil sepakan penjuru dari kiri gawang gol Ireland. Walaupun gol itu cukup membawa Azzuri ke pusingan seterusnya namun mereka berjaya menambah satu lagi gol pada minit-minit terakhir iaitu minit ke-90 melalui penyerangan sensesi Manchester City Mario Baloteli. Ireland bukan saja tersingkir tetapi tidak memungut sebarang mata dalam saingan Kumpulan C.  

Kumpulan D
1. England - P3 - M2 - S1 - K0 - J5 - B3 - MT7 (+2)
2. France - P3 - M1 - S1 - K1 - J3 - B3 - MT4 (0)
3. Ukraine - P3 - M1 - S0 - K2 - J2 - B4 - MT3 (-2)
4. Sweden - P3 - M1 - S0 - K2 - J5 - B5 - MT3 (0)
P-perlawanan, M-menang, S-seri, K-kalah, J-jaringan, B-bolos, MT-mata
Pasukan berhuruf biru layak ke Suku Akhir

12 Jun 2012

Masa12.30 am, France vs England (1-1) - Ramai yang berkata France akan memenangi perlawanan ini namun, ia adalah perlawanan yang seimbang. England dahulu di depan pada minit ke-30 apabila Joleon Lescott menanduk masuk sepakan percuma Steven Gerrad. Tersentak dengan itu France mengatur serangan dan berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-39 hasil rembatan cantik Samir Nasri di luar kotak penalty. Secara keseluruhan perlawanan, permainan dikuasai oleh pasukan France namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila terpaksa akur berkongsi 1 mata dengan England.

Masa 2.30 am, Ukraine vs Sweden (2-1) - Bekas bintang AC Milan dan Chelsea, Andriy Shevchenko menjadi wira tuan rumah bersama Ukraine apabila menjaringkan 2 gol bagi mengutip 3 mata penuh seterusnya menerajuhi Kumpulan D. Walaubagaimana pun Sweden terlebihi dahulu menjaringkan gol pada minit ke-52 hasil sentuhan Zlatan Ibrahimovic namun, Shevchenko membuktikan dia masih berbisa walaupun sudah berusia 35 tahun apabila berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minti ke-55 dan tandukan gol kemenangan pada minit ke-61. Laluan Sweden bertambah sukar selepas ini kerana terpaksa bertemu 2 pasukan hebat England dan France. 

16 Jun 2012

Masa 12.30 am, Ukraine vs France (0-2) - Seperti yang diramal, Les Bluse menang mudah ke atas Ukraine. Secara keseluruhannya France mengusai permainan dengan 52% penguasaan bola. France di depan minit ke-53 menerusi jaringan Jeremy Menez dan gol kedua tiga minit kemudian menerusi jaringan Yohan Cabaye. Dijangka France tidak mempunyai masalah apabila bertemua pasukan Sweden pada perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan D.

Masa 2.30 am, Sweden vs England (2-3) - Dikritik bermain secara bertahan pada perlawanan pertama menentnag Les Bluse, The Three Lion bangkit mencipta kemenangan tipis ke atas Sweden bagi membuka peluang mereka ke Suku Akhir. England di depan minit ke-23 menerusi jaringan bintang Liverpool Andy Carroll. Hasil kesilapan dengan gol sendiri Glen Johnson, Sweden menyamakan kedudukan pada minit ke-49. Pada minit ke-59 Sweden pula mendahului hasil jaringan Olof Mellberg namun England menyamakan kedudukan semula pada minit ke-64 menerusi pemain gantian Theo Walcott. Danny Welback menjadi wira England apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78. 

20 Jun 2012

Masa 2.30 am, England vs Ukraine (1-0) - The Three Lion memadamkan spekulasi ramai sebelum ini yang mengatakan pasukan Les Bluse akan menjuarai Kumpulan D apabila menang tipis dengan tuan rumah bersama Ukraine seterusnya memimpin Kumpulan D selaku juara. Penampilan semula Rooney selepas digantung adalah moral yang paling tinggi bagi England dan beliau juga membuktikan The Three Lion memang memerlukannya apabila menjaringkan gol tunggal dan juga gol kemenangan Englang pada minit ke-48. England bernasib baik kerana jaringan gol penyamaan Ukraine tidak dikira oleh pengadil dan juga keputusan kontrovosi besar sepanjang EURO 2012. England akan bertemu pasukan Azzurri di Suku Akhir dan pastinya The Three Lion sekali lagi mengharapkan Rooney boleh mambuat sesuatu untuk perlawanan tersebut.

Masa 2.30 am, Sweden vs France (2-0) - Walaupun Sweden sudah terkeluar daripada saingan namun pertemuan dengan Les Blues adalah pertarungan maruah dan mereka berjaya merampas hak France untuk menjuarai Kumpulan D EURO 2012. Tiada jaringan di separuh masa pertama dan gol pertama sweden hadir pada minit ke-54 melalui ayam tambatan mereka Ibrahimovic. Walaupun Les Bluse menguasai 57% permainan namun mereka gagal mengatasi Sweden dan France bertambah derita apabila gol kedua Sweden hadir pada lewat masa permainan iaitu minit ke-91 menerusi jaringan Sebastian Larsson. Les Blues akan berhadapan perlawanan sukar di Suku Akhir apabila bertemu juara bertahan La Rojas sebagai laluan mereka ke Separuh Akhir.

PERINGKAT SUKU AKHIR EURO 2012

22 Jun 2012 Masa 2.45 am (SU-1)

Rep. Czech vs Portugal (0-1) - Portugal menepati ramalan layak ke Separuh Akhir EURO 2012 dengan persembahan yang meyakinkan. Secara keseluruhannya Portugal menguasai 56% permainan dan mendominasi perlawanan. Rep. Czech hanya mampu bertahan 79 minit sebelum C. Ronaldo menanduk bola masuk untuk jaringan tunggal yang juga gol kemenangan seterusnya membawa Portugal ke Separuh Akhir. Kini C. Ronaldo berkongsi senarai penjaringan terbanyak setakat ini dengan 3 gol bersama-sama Mario Gomez daripada German, Dzagoev daripada Russia dan Mandzukic daripada Croatia. Portugal menunggu pemenang antara Sepanyol dan France di Separuh Akhir nanti.

23 Jun 2012 Masa 2.45 am (SU-2)

Greece vs German (2-4) - Bagai langit dengan bumi itulah diibaratkan German dengan Greece dan German tidak mempunyai masalah besar menumpaskan Greece seterusnya melayakkan mereka ke Separuh Akhir EURO 2012. German membuka jaringan pada minit ke-39 melalui P.Lahm. Greece berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 hasil jaringan Samaras. Selepas itu German seolah-olah tiada belas kasihan apabila menambah 3 lagi gol hasil jaringan Khedira minit ke-61, Klose minit ke-68 dan Reus minit ke-74. Ketika permainan seakan-akan berkesudahan 4-1, Greece dihadiahkan sepakan penalti minit ke-89 dan berjaya disudahkan oleh Salpingidis untuk kedudukan terakhir 4-2. German menunggu sama ada Itali atau England di Separuh Akhir nanti.

24 Jun 2012 Masa 2.45 am (SU-3)

Sepanyol vs France (2-0) - Dengan 55% penguasaan bola Sepanyol memang layak memenangi perlawanan tersebut. Sepanyol mendapat gol pertama pada minit ke-19 hasil tandukan menarik Xabi Alonso dan separuh masa pertama berkesudahan dengan Sepanyol mendahului France 1-0. Secara keseluruhannya corak permainan La Roja tenang dengan hantaran-hantaran 'ground ball' yang tepat dan laju membataskan penguasaan Les Bluse sekadar hanya mampu melihat namun sukar merampas bola daripada La Roja. Ketika perlawanan hampir tamat Sepanyol dihadiahkan penalti pada minit ke-91 dan Xabi Alonso sekali lagi berjaya menyudahkannya. Sepanyol akan menentang Portugal di Separuh Akhir nanti. 

25 Jun 2012 Masa 2.45 am (SU-4)


Itali vs England (0-0) (pen 4-2) - England akur tewas kepada Itali melalui sepakan penalti. 120 minit permainan menyaksikan penguasaan bola di pihak Azzurri dengan melakukan 20 percubaan tepat berbanding The Three Lion hanya 4 percubaan tepat. Selain itu pemain tengah berpengalaman Andrea Pirlo dipilih sebagai 'Man of the Match' yang menguasai bahagian tengah dengan cukup efektif. Baloteli membuka jaringan untuk sepakan penalti dan Gerrard menyamakan kedudukan selepas itu. Sepakan penalti kedua menyaksikan The Three Lion didepan apabila Montolivo gagal menjaringkan gol dan Rooney berjaya menyempurnakannya. Sepakan ketiga kedua-dua pasukan kembali seri apabila Pirlo berjaya manakala A. Young gagal menyepak masuk. Sepakan keempat Azzurri pula di depan apabila Nocerion berjaya dan tidak bagi A. Cole. Sepakan terakhir oleh Diamanti yang berjaya mencecah gawang membawa Azzurri ke Separuh Akhir untuk bertemu German

PERINGKAT SEPARUH AKHIR EURO 2012

28 Jun 2012 Masa 2.45 am (SE-1)


Portugal vs Sepanyol (0-0) (Pen 2-4). Ini merupakan perlawanan yang penuh dengan dramatik apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga 120 minit masa perlawanan. Walaupun Sepanyol bermain dengan cemerlang dengan 57% penguasaan bola namun La Roja gagal membenam Portugal dalam masa perlawanan biasa sehingga penentuan sepakan penalti. Sepakan pertama pelanti menyaksikan sepakan Xabi Alonso dan Joao Mouthino tidak menemui sasaran. Sepakan kedua kedua-dua pasukan seri apabila Iniesta dan Pepe masing-masing menjaringkan gol. Sepakan ketiga juga berakhir dengan seri hasil jaringan Pique dan Nani tetapi sepakan ketiga La Roja berada didepan apabila Sergio Ramos berjaya menjaringkan gol dan Bruno Alves sebaliknya. Fabregas menjadi wira La Roja apabila menjaringkan gol kemenangan seterusnya membawa La Roja ke perlawanan akhir.

29 Jun 2012 Masa 2.45 am (SE-2)


German vs Itali (1-2). Dua gol jaringan Mario Bolateli membantu Azzurri ke perlawanan akhir sekaligus meranapkan impian pasukan pilihan EURO 2012 German untuk melangkah ke perlawanan akhir. 2 gol jaringan Bolateli pada minit ke-20 dan minit ke-36 sudah cukup membawa Azzurri bertemu pasukan No. 1 dunia La Roja. German mendapat jaringan saguhati melelui Ozil apabila dihadiahkan penalti pada minit ke-92. Ramai pemerhati bolasepak berpendapat ini adalah kejutan terbesar buat pasukan Azzurri kerana mereka tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan sebelum ini. 

PERLAWANAN AKHIR EURO 2012

2 Jul 2012 Masa 2.45 am

 Sumber Gambar : Google Search

Sepanyol vs Itali (4-0). Apabila Azzurri melangak ke perlawanan akhir menundukkan pasukan pilihan German, ramai pemerhati bolasepak melihat pertembungan perlawanan akhir pasti sengit lebih-lebih lagi Azzurri seri dengan La Roja semasa perlawanan peringkat kumpulan. Namun La Roja tidak memberi belas kasihan kepada Azzurri apabila membelasah 4-0 seterusnya menjadi sejarah jaringan terbanyak kejohanan Eropan. La Roja mendahului separuh masa pertama 2-0 melalui jaringan Silva minit ke-14 dan jaringan menarik Jordi Alba minit ke-41. Kebangkitan pasukan Azzurri pada masa kedua gagal memecah benteng La Roja tetapi La Roja menambah 2 gol lagi pada melalui Torres minit ke-84 dan Juan Mata minit ke-88. Bagi peminat-peminat Itali mereka berpuas hati walaupun pasukan mereka tewas namun apa yang menarik di sini ialah corak permainan La Roja yang digelas 'Tiki Taka' merupakan taktikal yang cukup hebat seperti pasukan samba Brazil 1970 dahulu. 

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN PENUH EURO 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/jadual-perlawanan-dan-keputusan-penuh.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.