• Nikmatilah panoramah indah di Kolam Air Panas Poring Ranau hanya 2 KM daripada Rumah Penginapan Nampasan.
***

RUMAH PENGINAPAN DI KOLAM AIR PANAS PORING RANAU

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 10 Jun 2012 0 comments
Rumah penginapan untuk disewa berhampiran Kolam Air Panas Poring, Ranau. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan yang bercadang ingin bercuti di Kolam Air Panas Poring, Ranau. Menikmati percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan namun, halangan utama yang membataskan aktiviti tersebut adalah faktor budget ataupun kos. Namun ia dapat diatasi apabila sesuatu percutian dirancang dengan teliti agar ia dapat dinikmati dengan penuh keseronokan dan meninggalkan memori-memori yang indah bersama orang yang tersayang. Bagi yang ingin bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, Benjy mengsyorkan agar anda bercuti ke sebuah tempat yang cukup terkenal iaitu di Kolam Air Panas Poring, Ranau. Bukan saja dikelilingi dengan lokasi yang menarik seperti Taman Negara Gunung Kinabalu serta pusat membeli belah sayur-sayuran Kundasang tetapi, penduduk setempatnya juga menyediakan kemudahan rumah penginapan yang menarik dengan kos yang cukup rendah serendah RM 40.00 sehari.

Sekitar Pemandangan Kolam Air Panas Poring, Ranau

RUMAH PENGINAPAN NAMPASAN B'LOGDE BERHAMPIRAN DENGAN KOLAM AIR PANAS PORING, RANAU

Pekan Ranau terletak 102 KM daripada Kota Kinabalu dan mengambil masa selama 1 jam 34 minit masa perjalanan yang mana merentasi Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu. Sepanjang perjalanan, anda akan diiringi pemandangan menarik lereng Banjaran Crocker. Daripada Pekan Ranau anda hanya perlu meneruskan perjalanan sejauh 20 KM lagi untuk sampai ke Kolam Air Panas Poring yang hanya mengambil masa selama 36 minit daripada pekan Ranau.

Pandangan Hadapan Rumah Penginapan Nampasan B'Lodge

Ciri-ciri Rumah Penginapan Nampasan B'Lodge

1. Satu ruang tamu untuk bersantai lengkap dengan perabut dan kipas angin.
2. 4 bilik lengkap dengan katil, tilam, bantal dan kipas angin.
3. Dapur lengkap dengan peti sejuk dan peralatan memasak.
4. 1 tandas dan bilik mandi.
5. Diberbuat daripada kayu dan buloh cukup menarik dan berkonsep santai.

Sudut branda yang unik dengan dinding diperbuat daripada buloh

Kadar Sewa

1. Keseluruhan Rumah Penginapan boleh memuatkan 18-25 orang sesuai untuk rombongan yang besar kadar sewa RM 150.00 sehari.

2. 1 bilik sesuai 4- 6 orang (1 tilam king size + 1 single bed) - RM 75.00 sehari. (bilik ada 1 sahaja)

3. 1 bilik sesuai 4 - 6 orang (1 tilam king size) - RM 50.00 sehari. (bilik ada 2 sahaja)

4. 1 bilik single sesuai 1 - 3 orang - RM 40.00 sehari. (bilik ada 1 sahaja)

(Setiap tambahan 1 extra bed akan dikenakan bayaran RM 5.00)

Sudut pandangan bilik dengan tilam 'king koil' yang tebal untuk keselesaan anda

Lain-lain Perkhidmatan Yang Disediakan

1. Kemudahan pengangkutan disediakan dengan kos tambahan.
2. Menu makanan tradisional halal juga disediakan dengan kos tambahan.
3. Perkhidmatan mencuci pakaian dengan kadar 1 helai RM 1.00
4. Menyediakan BARBEQUE atas permintaan dengan kos tambahan. 

Kesesuaian Aktiviti

Jika anda menginap di Rumah Penginapan Nampasan B'Lodge anda boleh membuat aktiviti riadah di Kolam Air Panas Poring, yang jaraknya hanya 2 KM daripada rumah penginapan ini. Anda juga boleh menikmati masakan tradisional halal suku kaum Kadazan-Dusun di sini. Jika anda seorang pencinta alam dan peminat photographer Kolam Air Panas Poring, Ranau adalah salah satu lokasi yang perlu dan mesti anda kunjungi sebagai melengkapkan koleksi percutian Fotografi anda.

Pertanyaan Lanjut

Anda boleh berhubung terus dengan nombor telefon bimbit di atas untuk sebarang pertanyaan ataupun anda boleh  tinggalkan pertanyaan anda pada ruang komen di bawah. Sila tinggalkan alamat e-mail atau nombor telefon bimbit anda agar pihak kami mudah menghubungi anda semula.

Akhir kata Benjy suka meminjam kata-kata sebuah iklan yang berbunyi "Yang bagus tidak semestinya mahal dan yang mahal tidak semestinya bagus" semoga percutian anda menyeronoknya dan penuh dengan memori  indah bila menginap di Rumah Penginapan Nampasan B'Logde berhampiran dengan Kolam Air Panas Poring, Ranau. Terima kasih, jumpa anda disana.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: RUMAH PENGINAPAN DI KOLAM AIR PANAS PORING RANAU
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/06/homestay-di-kolam-air-panas-poring.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.