RANKING FIFA MALAYSIA UPDATE 11 MEI 2012

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 10 Mei 2012 0 comments
Ranking FIFA Malaysia naik 3 tangga pada last update 11 Mei 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya sekalian. Selepas mendapat kritikan yang bertubi-tubi daripada penyokong Malaysia kerana Ranking FIFA yang jatuh ke tangga 156, pasukan Harimau Malaya akhirnya menunjukkan sedikit taringnya dengan menewaskan Sri Lanka 6 - 0 pada 28 April 2012 yang lalu. Dengan kemenangan tersebut Ranking FIFA Malaysia naik 3 tangga daripada kedudukan 156 ke kedudukan 153 pada 9 Mei 2012. 

Sumber Gambar : Google Search


Adakah pasukan Malaysia sudah berpuas hati dengan Ranking FIFA Malaysia terkini di kedudukan 153 ? Pada pendapat Benjy, kedudukan ini adalah masih dikategorikan sebagai kedudukan tercorot bagi sebuah negara yang mempunyai liga professional. Ini kerana ketika saingan liga Malaysia bergelar 'Liga Semi-Pro' kedudukan Ranking FIFA Malaysia lebih baik daripada sekarang. Mengikut rekod FIFA, kedudukan terbaik Ranking FIFA Malaysia ialah kedudukan ke-75 pada Ogos 1993 sedangkan pada masa itu taraf liga Malaysia bukan seperti sekarang ini. Apa yang peliknya ketika taraf bolasepak Malaysia semakin baik prestasi bolasepak Malaysia pula semakin menurun tak tahu dimana silapnya.

Sumber : FIFA.Com

Berikut adalah Ranking FIFA Malaysia dan juga ranking di Asia dan Asia Tenggara.

1. Ranking Fifa Malaysia - 153
2. Ranking di Asia - 26
3. Ranking Asia Tenggara (Piala AFF) - 5

Berikut adala analisis pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam Piala AFF 2012 mengikut ranking di Asia Tenggara :

1. Vietnam (ranking FIFA 97)
2. Thailand (ranking FIFA 141)
3. Filipina (ranking FIFA 148)
4. Indonesia (ranking FIFA 151)
5. Malaysia (ranking FIFA 153)
6. Singapura (ranking FIFA 158)
7. Laos (ranking FIFA 173)
8. Kemboja (ranking FIFA 175)
9. Myanmar (ranking FIFA 176)
10. Brunei (ranking FIFA 201)
11. Timor-Leste (ranking FIFA 204) 

Selepas ini cabaran utama Malaysia ialah menentang pasukan Filipina, iaitu pasukan yang menduduki ranking ke 148 dunia. Mampukan Malaysia menewaskan Filipina sebagaimana yang dilakukan ketika menentang pasukan Sri Lanka tempoh hari. "Diharapkan pemain muda yang beraksi cemerlang tempoh hari diturunkan dalam perlawanan persahabatan ini" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: RANKING FIFA MALAYSIA UPDATE 11 MEI 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/ranking-fifa-malaysia-update-11-mei.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.