PUTUS CINTA ? JANGAN RISAU KITA SAMBUNGKAN CINTA ITU SEMULA

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 25 Mei 2012 0 comments
Anda putus cinta ? jangan risau kita sambungkan cinta itu semula kerana tiada yang mustahil untuk kebahagian anda. Jangan biarkan emosi menguasai anda kerana jika dibiarkan putus cinta boleh membunuh anda. Ketahuilah bahawa, anda bukan sendirian kerana ramai di luar sana boleh membantu anda. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan insan-insan yang tengah sedih kerana putus cinta. Beberapa minggu yang lalu Benjy ada menonton berita yang menyiarkan seorang lelaki cuba melompat dari atas jambatan Pulau Pinang kerana putus cinta. Aduhh ! ... Benjy terkejut juga kenapa boleh jadi macam tu ? Adakah cinta itu adalah segalanya sehinggakan anda sangup membunuh diri ? Walaupun Benjy bukanlah pakar juru runding bagi insan yang putus cinta, mungkin sedikit pandangan dan idea Benjy ini boleh di amalkan terutamanya yang betul-betul kecewa akibat putus cinta.

Sumber Gambar : Google Images

Apa yang Benjy risaukan ialah selalunya orang yang putus cinta ini akan melakukan sesuatu tidakan yang diluar kawalan, yang tidak terfikirkan pun oleh kita. Orang bila putus cinta mungkin mereka akan MEMBUNUH DIRI aduhh ! ... ini macam pun ada kah ? ... ada juga mengangap inilah KIAMAT bagi mereka ! .. wow ! .. wow ! .. wow ! .. sampai macam tu sekali ? ... Ada juga yang MENYOROK MACAM TIKUS malu pada kekasih lama dan rakan-rakan ... emmm ... malu biarlah bertempat beb, ... kadang-kadang tu berasa DIRI TIDAK BERGUNA ... aik ! ... biar betul ni ? ... ada juga yang TAK MAHU MAKAN konon-kononnya sedih benorlah tu ... nanti sakit baru tahu ... ha..ha..ha.. Jika boleh bagi yang putus cinta hindarkanlah semua ini. Apa kata kita mulakan hidup baru ceria dan menyeronokkan.
Bagi yang putus cinta, anda akan dapat mengembalikan keceriaan dan kegembiraan anda jika anda dapat mengawal emosi anda. Berfikirlah positif mungkin menonton siri Mr. Bean boleh membantu anda menghilangkan emosi sedih anda. Menonton Mr. Bean OK aperr ... Kawal emosi anda bila bertemu dengan bekas kekasih anda ... buat relex je macam tak kenal biar kekasih kita pula yang stress, baru padan muka dia. Tetapi ingat jika anda hari-hari terjumpa bekas kekasih bahaya juga tu ia boleh menyentuh balik perasaan anda dan menghancurkan hidup baru anda. Mungkin kisah mitos putus cinta tentang dewa dewi oleh seorang sahabat Benjy boleh membantu anda. Dan mungkin yang terakhir cuba kenali cinta yang sebenar dan apakah cinta yang sejati. Banyak buku-buku yang hebat menceritakan tip-tip menghadapi putus cinta. Benjy mengesorkan anda boleh membacanya INI kerana lepas membacanya anda bagaikan baru dilahirkan semula dan tidak takut bercinta lagi.

Ketahuilah bahawa putus cinta jika tidak ditangani dengan betul-betul ia bakal mengundang keresahan, kemurungan, kesedihan, perasaan malu, menganggu kesihatan dan apabila semakin serius akhirnya boleh mendorong anda untuk membunuh diri. "Mendekatkan diri kepada Tuhan mungkin jalan yang terakhir" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.   

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PUTUS CINTA ? JANGAN RISAU KITA SAMBUNGKAN CINTA ITU SEMULA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/putus-cinta-jangan-risau-kita.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.