PROJEK PERUMAHAN PERCUMA - GEMBIRA TERPILIH

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 28 Mei 2012 0 comments
Projek perumahan percuma yang telah dirancang setahun yang lalu akhirnya dapat diilhamkan sepenuhnya tahun ini. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Dua hari yang lepas Benjy ada menerima sepucuk surat kiriman pos laju dan hati berdebar-debar melihat logo surat itu kerana ia mengingatkan Benjy kepada permohonan Benjy untuk menyertai satu projek. Selepas sampul dibuka, Benjy terus membaca perenggan yang paling akhir sekali dan tercatat "tahnian anda diterima menyertai projek perumahan percuma bagi syarikat ..dot..dot..dot... Jika anda bersetuju dengan tawaran ini sila tandatangan dan kirimkan semula ke alamat tertera" Fuhhh ! .... gembira nak mampos rasa dihati tidak terhingga, akhirnya hasrat menyertai projek perumahan percuma tercapai juga.

Sumber Gambar : Google Search


Jangan salah faham, Benjy bukan ditawarkan sebuah rumah daripada projek perumahan PPRT tetapi terpilih menyertai tim projek untuk membangunkan projek perumahan percuma sebuah syarikat pemaju perumahan. Sebagai salah satu tim projek, tugas Benjy adalah untuk membuat beberapa kertas projek sokongan kepada projek utama. Mengikut surat tawaran, projek ini akan dilaksanakan selama 6 tahun di mana setiap tahun syarikat utama dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 3 projek perumahan percuma. Sekiranya syarikat dapat menyiapkan projek tersebut lebih awal daripada rancangan asal, kemungkinan profit akan bertambah dan semua tim projek akan terasa juga tempiasnya.

Projek sokongan yang akan dikendalikan oleh Benjy bukanlah besar sangat, dan kertas kerja projek yang akan  dibuat oleh Benjy mungkin adalah nilai yang paling rendah diantara lain-lain projek sokongan dalam syarikat ini. Mana tidaknya kertas projek Benjy hanya bernilai RM 25,000++ untuk 5 tahun. Ia akan dibayar berperingkat-peringkat mengikut peratus jumlah keseluruhan projek utama yang telah siap. Kira OKlah tu 25K ++ dalam tempoh 5 tahun bak kata pepatah "Tiada rotan, akar pun berguna". Apa yang menarik, Benjy boleh memohon pengeluaran 10% pendahuluan daripada jumlah asal projek sokongan ini. Mungkin selepas ini Benjy akan sibuk dengan kertas projek ini dan mengabaikan blog Benjy sekejap bagaikan anak yang terbuang. walaubagaimana pun Benjy akan cuba sedaya upaya untuk mengupdate blog jika ada masa kelapangan dan membuat blogwalking ke blog rakan-rakan. "Bersyukur dengan projek perumahan percuma yang ditawarkan" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.  

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PROJEK PERUMAHAN PERCUMA - GEMBIRA TERPILIH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/projek-perumahan-percuma-gembira.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.