PENGUMUMAN DURIAN RUNTUH FELDA CETUS BERBAGAI PANDANGAN

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 9 Mei 2012 0 comments
Pengumuman 'durian runtuh' Felda oleh PM cetus berbagai-bagai pandangan berbeza. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan warga Felda sekalian. Ramai yang happy, ramai juga yang tak happy, ada yang relex je, ada yang termenung, ada yang berkerut dahi, ada yang menjerit 'YESSS !' macam jaring gol sepakan penalti terakhir, tidak kurang juga berkata dalam hati 'alamak !' ataupun 'ehelahhh !' itulah yang boleh Benjy gambarkan selepas membaca beberapa artikel di internet dan kome-komen di FB. Entah tetiba ada orang tanya "engkau macam mana Benjy, OK ke 'durian runtuh' tu ?" Pelik juga Benjy orang tanya soalan tu pada Benjy, macamlah Benjy ni warga Felda. Kalau Benjy jenis 'mata duitan' kira oklah tu kan ..ha..ha..ha..ha. Tetapi masa kat kampung Benjy sentiasa berdoa janganlah 'durian runtuh' kat bumbung rumah Benjy yang dah usang ... sah tembus bumbung tu ... he..he..he..

Sumber Gambar : Google Search


'Durian runtuh' warga Felda berjumlah RM 15,000 yang telah diumumkan oleh PM mendapar banyak reaksi terutamanya pihak pro-kerajaan dan anti-kerajaan. Pihak pembangkang berkata "Alahaii ! ... awat sikit sangat, sepatutnya sekurang-kurangnya RM 38,000 sekeluarga". Pihak kerajaan pula counter attack "Kalaulah dibandingkan dari dulu hingga sekarang, RM 15,000 adalah tertinggi kerana sebelum ini tak pernah lagi ada macam ni". 10 minit pertama perlawanan ini kira serilahkan, pembangkang score 1 dan kerajaan counter attack dan jaringkan gol penyamaan. Pada minit ke 35 pasukan pembangkang score lagi dengan mengatakan "Biasalahkan dah hampir-hampir pilihan raya baru nak bagi 'durian runtuh'" namun sebelum tamat 45 minit separuh masa pihak kerajaan membuat crossing dan menjaringkan gol pemyamaan  "Kalau tahun ni bukan pilihan raya pun kita akan bagi juga sebab ini bukan pasal pilihan raya tetapi penyenaraian FGVH di KLCI, ia tiada kena mengena dengan pilihan raya". Maka separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 2 - 2.

Tiupan wisel 'durian runtuh' untuk Felda bersambung pula di separuh masa kedua menyaksikan masing-masing berbalas serangan sehinggalah pada minti ke 80 pembangkang berjaya menjaringkan gol selepas menanduk bola sepakan penjuru "Buat malu je RM 15,000 ni, baik tak payah bagi macam tu". Namun seminit sebelum tiupan wisel pihak kerajaan merembat bola di jarak 45 meter bagi menyamakan kedudukan 3 - 3 "Kalau tak nak, jangan ambil biar keluarga yang memerlukan 'durian runtuh' Felda ni sahaja yang ambil". Nampaknya kedua-dua pasukan terpaksa bermain di masa tambahan bagi mencari pemenang Final Piala 'Durian Runtuh' Felda ini. Malangnya Benjy tidak dapat membuat liputan masa tambahan kerana sakit perut nak ke tandas, namun Benjy percaya saingan masa tambahan lagi rancak dan hebat. "Jika ada sesiapa melihat pertembungan kedua-dua pasukan ini dalam masa tambahan, mungkin anda boleh ceritakan kehangatan final tersebut" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PENGUMUMAN DURIAN RUNTUH FELDA CETUS BERBAGAI PANDANGAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/pengumuman-durian-runtuh-felda-cetus.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.