PENDAFTARAN DARJAH SATU SECARA ONLINE SATU PENINGKATAN IT YANG MENARIK

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 12 Mei 2012 0 comments
Kini pendaftaran memasuki persekolahan Darjah 1 secara online dilaksanakan dan ia merupakan satu peningkatan pengunaan IT yang cukup menarik. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. 2 hari yang lepas Benjy meluangkan masa ke SK Taman Rakan, Kajang untuk membuat pendaftaran Darjah 1 untuk anak kedua Benjy yang akan memulakan persekolahan Darjah 1 pada tahun 2014.

Ketika sampai ke kaunter perkhidmatan sekolah SK Taman Rakan tersebut, kerani yang bertugas dikaunter berkata "Maaf encik, sekarang ni pendaftaran memasuki sekolah Darjah 1 hendaklah dibuat secara online". Terkejut Benjy sekejap. "Oh ! yer ke ?" hanya itu sahaja kata-kata terkeluar dari mulut Benjy. "Kalau macam tu, boleh ke minta alamat URL untuk mendaftar tu ?" Mohon Benjy kepada petugas kaunter tersebut. Petugas kaunter tersebut pun memberikan kertas kecil yang mempunyai alamat URL tempat membuat pendaftaran.

Sumber Gambar : Google Search

Benjy rasa pendaftaran Darjah 1 secara online ini mungkin telah dilaksanakan 1-2 tahun yang lepas cuma Benjy sahaja tak tahu tentang prosedur tersebut. Secara positif ia adalah satu perkembangan yang menarik dalam pengunaan IT seperti yang dikatakan 'dunia di hujung jari' dan 'dunia tanpa sempadan'. Walaubagaimana pun selepas melayari laman web tersebut ia hanyalah untuk sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Selangor. Namun Benjy percaya prosedur ini juga ada digunakan di lain-lain negeri selain daripada Selangor.


Bagi yang tinggal di negeri Selangor dan ingin membuat pendaftaran Darjah 1 secara online bagi kemasukan tahun 2014, Anda boleh membuat pendaftaran di http://apps.moe.gov.my/esppsel. Bagi memudahkan anda, sila pilih menu berikut :

1. Pengenalan kepada sistem Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPPSel) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online) sila klik SINI

2. Tatacara dan panduan memohon secara online sila klik SINI

3. Pendaftaran terus secara online sila klik SINI

PERINGATAN ! Ibubapa/Penjaga perlulah memastikan sekolah yang dipohon adalah betul.

Walaubagaimana pun, bagi Ibubapa/Penjaga yang tidak mempunyai komputer dan sambungan internet di rumah, mereka boleh meminta bantuan petugas sekolah yang dipohon untuk membantu membuat pendaftaran Darjah 1 secara online di sekolah yang dipilih. "Hebatlah sekarang ni semuanya online OOOoo" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.




TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PENDAFTARAN DARJAH SATU SECARA ONLINE SATU PENINGKATAN IT YANG MENARIK
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/pendaftaran-darjah-satu-secara-online.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.