MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR SAH MILIK SC BEIRA-MAR

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 22 Mei 2012 0 comments
Muhammad Nazmi Faiz Mansor sah milik SC Beira-Mar selepas pemain muda Malaysia itu menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Division 1 Portugal tersebut. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat bolasepak tanah air. Jika satu ketika dahulu penyerang sensasi negara Safee Sali bergelar jutawan selepas menyambung kontrak dengan Pelita Jaya FC kini Muhammad Nazmi Faiz Mansor pula mencipta rekod pemain Malaysia pertama bermain di liga Eropah. Sememangnya Nazmi layak bermain dengan pasukan SC Beira-Mar kerana dia masih muda dan mempunyai bakat yang tidak dimiliki oleh lain-lain pemain seumur dengannya.

Sumber : Google Search


Ketika terbang ke Portugal menghadiri sesi pemilihan, kisah Muhammad Nazmi Faiz Mansor menjadi topik hangat media sukan di Malaysia dan Singapura. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah media sukan di Portugal juga hangat menceritakan kehebatan Nazmi. Sebelum itu, Benjy masih ingat ketika Safee Sali membuat pemilihan di Cardiff City, media sukan disana mengelarnya 'Bechkam Malaysia' namun segalanya musnah kerana Liga Inggeris mengenakan syarat Visa bagi negara yang menduduki ranking FIFA terbaik dunia sahaja. Walaupun standard di Portugal agak longar, ini tidak bermakna liga Portugal kelas bawahan berbanding dengan Liga Inggeris kerana pasukan seperti Benfica, Porto dan Sporting Lisbon juga hebat di pentas Eropah.

Benjy rasa faktor Muhammad Nazmi Faiz Mansor diterima oleh SC Beira-Mar kerana faktor umurnya yang masih muda berbanding Safee Sali. Mengikut penelitian Benjy, kelab-kelab Eropah di Portugal, Peranchis, Belanda dan lain-lain negara yang bukan bersandarkan kepada komesial seperti Englang, Itali dan Sepanyol, kebanyakan kelab di negara-negara ini mencari pemain-pemain muda berbakat di seluruh dunia untuk dilatih menjadi hebat berbanding pemain-pemain bintang kerana pemain muda selalunya mempunyai nilai kontrak yang rendah berbanding pemain-pemain bintang. Justru itulah Benjy tidak hairan jika Nazmi terpilih menyertai SC Beira-Mar kerana berbakat dan faktor umur. Jika Muhammad Nazmi Faiz Mansor dapat mengembangkan bakatnya tidak hairanlah satu hari nanti dia akan dipancing oleh kelab-kelab dalam EPL Inggeris, Series A Itali dan La Liga Sepanyol. "Lepas ni nak beli jersey Nazmi dalam kelab SC Beira-Mar sebagai koleksi, ingat ! beli yang original OK !" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.   

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR SAH MILIK SC BEIRA-MAR
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/muhammad-nazmi-faiz-mansor-sah-milik-sc.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.