MALAYSIA JUARA KEJOHANAN HOKI PIALA REMAJA ASIA KE-7 2012

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 13 Mei 2012 0 comments

Malaysia Juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-7 tahun 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan hoki tanah air. Selepas kejohanan ini diperkenalkan sejak tahun 1987, akhirnya pasukan Hoki Remaja Malaysia mencipta sejarah apabila memenanginya buat kali pertama edisi ke-7 tahun 2012 selepas menundukkan pasukan pilihan Pakistan 2 - 1 pada perlawanan akhir di Melaka. Ini merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah hoki Malaysia dimana menobatkan Malaysia sebagai pasukan hoki remaja gergasi di rantau Asia. Benjy banga sebagai rakyat Malaysia kerana seluruh Asia akhirnya tunduk kepada kehebatan pasukan hoki remaja Malaysia.

Sumber Gambar : Google Search

Keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Pasukan Hoki Remaja Malaysia dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-7 tahun 2012.

Peringkat Kumpulan
Malaysia vs Iran (6 - 1)
Malaysia vs Korea (6 - 3)
Japan vs  Malaysia  (1 - 3)

Separuh Akhir
Malaysia vs India (2 - 0)

Akhir
Malaysia vs Pakistan (2 - 1)

Berikut adalah rekod pasukan hoki remaja Malaysia sejak tahun 1987 :

1987 - Kedudukan ke-4/7
1992 - Naib Johan/10 (tewas kepada Pakistan di Final)
1996 - Kedudukan ke-5/10
2000 - Kedudukan ke-3/11
2004 - Kedudukan ke-4/10
2008 - Kedudukan ke-5/8
2012 - Juara/8

70 minit perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-7 2012 sungguh mendebarkan sehingga pengadil perlawanan melayangkan 3 kad kuning di separuh masa kedua. Separuh masa pertama Malaysia cemerlang dengan mendahului 1 - 0 seawal minit ke-2 melalui jaringan penalti sudut pendek yang disudahkan oleh Faizal Shaari. Malaysia mengandakan asakan dan pada minit ke-17 Malaysia menjarakkan kedudukan 2 - 0 hasil jaringan padang cantik oleh Syamin betul-betul di sudut kiri gol Pakistan hasil hantaran silang dari kiri. Namun sebaik bermula babak kedua, pasukan Pakistan pula yang banyak menguasai permainan dan berjaya merapatkan kedudukan 1 - 2 hasil jaringan padang oleh Iafran yang mudah menolak masuk hantaran lintang dari kanan gol malaysia. Jika pemain pertahanan tidak leka mungkin Pakistan tidak dapat menjaringkan gol ini. Dengan kejayaan ini pasukan Hoki Remaja Malaysia dapat menebus kekecewaan mereka yang kalah dalam kejohanan sama di Final 1992 kepada pasukan Pakistan semasa Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-2 yang pada masa itu diadakan di Ipoh. Berlanjutan dengan kejayaan tersebut Pasukan Hoki Remaja Malaysia juga layak ke Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2013 yang akan diadakan di India. "Syabas dan tahniah kepada Pasukan Hoki Remaja Malaysia" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: MALAYSIA JUARA KEJOHANAN HOKI PIALA REMAJA ASIA KE-7 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/malaysia-juara-kejohanan-hoki-piala.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.