KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2012 - MALAYSIA VS CHINA

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 23 Mei 2012 0 comments
Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2012 pertemuan Malaysia vs China menyaksikan kekalahan Malaysia 0-3 kepada pasukan pilihan pertama tersebut. Seperti yang telah diduga, skuad badminton Malaysia belum lagi mampu melukakan skuad badminton China yang menang bergaya ketika bertemu di Suku Akhir. Daripada penelitian Benjy, Malaysia mungkin mara ke Separuh Akhir jika berjaya menundukkan Denmark ketika perlawanan akhir peringkat kumpulan 22 Mei 2012 yang lepas.
Logo Rasmi Piala Thomas 2012 Sumber : Google Search



Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2012 Malaysia vs China seperti di bawah :


Perlawanan Pertama. Perlawanan pertama Malaysia meletakkan Daren Liew bagi mengantikan Datuk Lee Chong Wei untuk menentang 'Super Dan'. Walaupun Daren Lew tewas namun dia berjaya menundukkan Lin Dan 21-17 di set pertama sebelum tumpas 21-9 dan 21-5 di set kedua dan ketiga.


Perlawanan Kedua. Harapan negara untuk melihat bergu utama Malaysia membuat kejutan tidak kesampaian apabila gandingan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas 17-21 dan 18-21 kepada bergua nombor 1 dunia Cai Yun dan Fu Haifeng hanya dalam tempoh 35 minit.


Perlawanan Ketiga. Melihat Muhammad Hafiz Hashim turun menentang Cheng Long bagaikan sudah tahu keputusannya walaupun tidak melihat mereka bermain. Muhammad Hafiz Hashim tewas 10-21 dan 11-21 ke atas pemain nombor 3 dunia tersebut sekaligus menyaksikan skuad badminton Malaysia balik awal dan gagal mencapai sasaran sehingga ke Separuh Akhir.


Daripada keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2012 Malaysia vs China ini, Benjy melihat skuad badminton Malaysia betul-betul ketandusan bakat bagi membawa Malaysia berdiri sama tinggi bukan sahaja dengan China malah dengan pasukan-pasukan seperti Korea, Jepun dan Indonesia. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan mungkin juga memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda boleh menaikkan nama Malaysia semula di arena sukan badminton dunia. "Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak tetapi perlu melihat dimana kesilapan kita bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

      

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2012 - MALAYSIA VS CHINA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/keputusan-suku-akhir-piala-thomas-2012.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Instead of using ads, I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.