KEPUTUSAN PIALA THOMAS 2012 - MALAYSIA VS DENMARK

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 22 Mei 2012 0 comments


Keputusan Piala Thomas 2012 pertemuan Malaysia vs Denmark menyaksikan Malaysia tewas 3-2 dan menduduki naib johan Kumpulan C di belakang Denmark. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Seperti yang dijangka kebanyakan penganalisis badminton Malaysia menjangkakan pasukan badminton Malaysia belum boleh bersaingan untuk merebut Piala Thomas 2012. Masin betul mulut mereka ni, bukan sahaja tewas 2-3 kepada Denmark tetapi Datuk Lee Chong Wei mengalami kecederaan pergelangan kaki dan menarik diri dari perlawanan ketika mendahului 2-0 di set pertama kepada pemain Denmark Peter Hoeg Gade.
Logo Rasmi Piala Thomas 2012 Sumber : Google Search


Keputusan Perlawanan Piala Thomas 2012 Malaysia vs Denmark seperti berikut :


Semuanya tidak menjadi bagi Malaysia bermula mata percuma Denmark akibat kecederaan Datuk Lee Chong Wei di ikuti kekalahan bergu lelaki pertama gandingan Tan Boon Heong dan pemain muda Hoon Thien How tewas kepada bergu pertama Denmark Carsten Mogensen dan Mathias Boe 21-17, 21-23 dan 21-11 membolehkan Denmark mengutip mata ke-2. Namun pemain perseorangan kedua negara Daren Lew bermain cemerlang menumpaskan Jan O Jorgensen 21-15, 21-13 walaupun dari segi ranking ia berada di kedudukan 33 dunia berbanding lawannya di kedudukan ke 13 dunia.

Taktikal memecahkan gandingan utama Malaysia Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat dalam Piala Thomas 2012 ketika Malaysia vs Denmark nampaknya satu kesilapan apabila kehebatan Daren Lew tidak dapat diteruskan oleh gandingan kedua Koo Kien Keat dan Goh V Shem apabila mereka tewas ke atas gandingan Denmark Jonas Rasmussen dan Joachim Fischer Nielsen 21-18, 21-15 seterusnya memberi mata kemenangan kepada Denmark. Walaupun kemunculan Muhammad Hafiz Hashim dalam perlawanan terakhir tidak memberi apa-apa makna namun dia tetap bertindak cemerlang menumpaskan Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 17-21 dan 19-21 bagi merapatkan defisit mata 2-3 Malaysia ke atas Denmark.

"Kecederaan serius Datuk Lee Chong Wei betul-betul di luar jangkaan" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PIALA THOMAS 2012 - MALAYSIA VS DENMARK
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/keputusan-piala-thomas-2012-malaysia-vs_22.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.