KEPUTUSAN PIALA THOMAS 2012 - MALAYSIA VS AFRIKA SELATAN

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 21 Mei 2012 0 comments

Keputusan Piala Thomas 2012 pertemuan Malaysia vs Afrika Selatan menyaksikan Malaysia menang selesa 5-0 sepertimana yang dijangka. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Afrika Selatan bukanlah pasukan yang handal dan skuad Piala Thomas 2012 Malaysia menjadikan pertemuan ini sebagai latihan pemanas badan sebelum bertemu Denmark pada 22 Mei 2012. Pasukan Malaysia hanya memerlukan 1 jam 54 minit untuk mengutip 5 mata penuh dan kesemua pemain mencipta kemenangan kurang dari 30 minit. 

Logo Rasmi Piala Thomas 2012 Sumber : Google Search

Keputusan Piala Thomas 2012 Malaysia vs Afrika Selatan seperti berikut :



Perlawanan Pertama - Perseorangan Lelaki Pertama Datuk Lee Chong Wei mudah menundukkan pemain perseorangan Afrika Selatan Jacob Malieka 21-13, 21-10 bagi mengutip mata pertama Malaysia. Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 30 minit untuk mencipta kejayaan tersebut. Daripada statistik perlawanan Datuk Lee Chong Wei bolehlah dikatakan sebagai pakar bermain dijaring kerana 14 mata dikutip hasil kepakaran bermain di jaring.

Perlawanan Kedua - Perseorangan Lelaki Kedua Nampaknya Daren Lew tidak mempunyai masalah menumpaskan pemain perseorangan kedua Afrika Selatan Willem Viljoen dengan kemenangan 21-11, 21-9 hanya dalam 24 minit.

Perlawanan Ketiga - Perseorangan Lelaki Ketiga Muhammad Hafiz Hashim juga tidak menghadapi masalah untuk mencipta kejayaan menumpaskan pemain perseorangan lelaki ketiga Afrika Selatan Prakash Viyajanath 21-10, 21-8 hanya dalam masa 20 minit.

Perlawanan Keempat - Bergu Lelaki Pertama Bergu utama negara Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong juga seakan-akan memanaskan badan ketika berjaya menundukkan bergu daripada Afrika Selatan Dorian Lance James dan Willem Viljoen 21-8, 21-12 hanya dalam tempoh 21 minit sahaja.

Perlawanan Kelima - Bergu Lelaki Kedua Bergua kedua negara Lim Khim Wah dan Goh V Shem melengkapkan mata kelima negara selepas menumpaskan bergu kedua Afrika Selatan Jacob Malieka dan Prakash Viyajanath 21-11, 21-14 hanya dalam masa 19 minit sahaja.

Keputusan Piala Thomas 2012 Malaysia vs Afrika Selatan ini bukan menunjukkan keupayaan Malaysia yang sebenar. Pertemuan dengan Denmark adalah cabaran utama Malaysia bagi merebut juara kumpulan seterusnya mengelak daripada diundi pasukan terkuat di Suku Akhir nanti. "Tahniah kepada pasukan Malaysia atas kemenangan pembakar semangat ini" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PIALA THOMAS 2012 - MALAYSIA VS AFRIKA SELATAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/keputusan-piala-thomas-2012-malaysia-vs.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.