KEPUTUSAN HARI KE-3 GRAND PRIX GOLD BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 3 Mei 2012 0 comments


Kejohanan Grand Prix Gold Badminton Terbuka Malaysia 2012 membuka tirai sukan bulan Mei 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Selepas kegagalan skuad Badminton Malaysia dalam kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012, diharapkan medan GP Emas Badminton Terbuka Malaysia 2012 ini akan membuka ruang buat skuad Badminton Malaysia merangkul juara dalam beberapa kategori terutamanya Datuk Lee Chong Wei, bergu lelaki Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong serta bergu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Secara amnya kejohanan GP Emas Badminton Terbuka Malaysia 2012 ini diadakan di Johor Bahru bermula 01 - 06 Mei 2012 dengan menawarkan hadiah wang keseluruhan berjumlah USD 120,000.

Sumber Gambar : Google Search


Setelah 3 hari Kejohanan Grand Prix Gold Badminton Terbuka Malaysia 2012 ini berlansung, berikut adalah keputusan yang melibat pemain-pemain Badminton Malaysia :

Perseorangan Lelaki

Pilihan Utama Kejohanan Datuk Lee Chong Wei mara ke Suku Akhir dan akan bertemu rakan senegara  Chong Wei Feng. Manakala Muhammad Hafiz Hashim yang juga pilihan ke-6 kejohanan akan bertemu dengan pemain dari India Prannoy H.S. juga di Suku Akhir esok. Apa yang mengecewakan ialah kekalahan Daren Liew yang juga pilihan ke-4 kejohanan kepada pemain tidak ternama dari India Prannoy H. S. di pusingan ke-3, 21-18 dan 21-19.

Bergu Lelaki

Acara bergu lelaki pula menyaksikan pemain Malaysia layak di gelar 'jaguh kampung' apabila 7 daripada 8 slot diisi oleh bergu lelaki Malaysia di peringkat Suku Akhir. Antara bergu yang layak termasuklah bergu no. 1 negara dan Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari. Kekalahan mengejut berlaku kepada bergu nombor 2 negara Goh V Shem dan Lim Khim Wah apabila tewas kepada rakan senegara Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong di pusingan ke-2.

Perseorangan Wanita

Acara perseorangan wanita pula menyaksikan tiada wakil daripada Malaysia layak ke peringkat Suku Akhir. Keputusan terbaik adalah daripada Tee Jing Yi yang terkandas di pusingan ke-2 kepada pemain daripada Jepun Okuhara Nozomi, 21-17 dan 21-10.

Bergu Wanita

Laluan mudah bagi bergu pilihan ke-2 kejohanan Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty apabila terus bay ke Suku Akhir apabila lawannya daripada Thailand menarik diri di pusingan ke-2. Sementara satu lagi bergu wanita Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo akan bertemu bergu daripada Jepun Rei Ito dan Wakita Yu di peringkat Suku Akhir esok selepas menumbangkan bergu daripada Indonesia di pusingan ke-2.

Bergu Campuran

Seperti yang diramal pilihan pertama kejohanan bergu campuran daripada Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mudah mara ke Suku Akhir selepas mengenepikan bergu campuran daripada Switzerland dan Russia di pusingan ke-2. Mereka akan bertemu rakan sepasukan di Suku Akhir esok bergu campuran Ong Jian Guo dan Lim Yin Loo yang mengenepikan bergu campuran daripada Singapura di pusingan ke-2. Satu lagi bergu campuran daripada Malaysia Mohd Razif Abdul Latif dan Amelia Alicia Anscelly juga mara ke Suku Akhir selepas menewas bergu campuran daripada Indonesia di pusingan ke-2. Lawan mereka di Suku Akhir ialah bergu campuran daripada Indonesia.

Melihatkan keputusan hari ke-3 Kejohanan Grand Prix Gold Badminton Terbuka Malaysia 2012, semua acara boleh dikatakan pemain Malaysia berhak mendapat gelaran 'jaguh kampung' kecuali acara perseorangan wanita. Bagi Benjy kejohanan ini adalah ujian terakhir bagi skuad Piala Thomas 2012 Malaysia bersaing. Apapun keputusannya nanti diharapkan pemain yang mengalas cabaran ke Piala Thomas 2012 dapat tumpukan perhatian dalam sesi latihan sebelum 20 Mei 2012. "Gelaran 'jaguh kampung' inilah membawa Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah' kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.



TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN HARI KE-3 GRAND PRIX GOLD BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/keputusan-hari-ke-3-grand-prix-gold.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.