KELANTAN JUARA PIALA FA 2012 BUAT KALI PERTAMA
Sabtu, 19 Mei 2012
0
comments
Kelantan juara Piala FA 2012 setelah 3 kali beraksi di final. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat bolasepak tanah air. Pertemuan mendebarkan Kelantan vs Sime Darby 94 minit telah menjawab semua persoalan dan sememangnya Kelantan menepati ramalan sebagai pasukan pilihan. Secara peribadi Benjy, keseluruhan perlawanan akhir Piala FA 2012 sungguh meriah dengan kehadiran lebih kurang 85 ribu kedua-dua penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun begitu bagi Benjy mutu permainan cuma ditahap sederhana sahaja dan masih banyak ruang yang masih boleh diperbaiki oleh kedua-dua pasukan.
KELANTAN (1 - 0) SIME DARBY FC
Kelantan juara Piala FA 2012 selepas berjaya menumpaskan pasukan Sime Darby FC 1 - 0 hasil sepakan penalti penyerang daripada Lubnan Muhammad Gaddar pada minit ke-57 selepas pemain pertahanan Kelantan di kasari dalam petak penalti. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Muhammad Gaddar tenang merembat masuk bola ke sebelah kiri penjaga gol Sime Darby FC yang menyangka bola ke sebelah kanannya. Di akhir babak perlawanan Kelantan mempunyai banyak peluang tetapi gagal disudahkan oleh pemain-pemain serangan Kelantan. Akhirnya penantian Kelantan berakhir selepas pengadil meniupkan wisel pada minit ke 94.
"Tahniah kepada pasukan Kelantan" daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KELANTAN JUARA PIALA FA 2012 BUAT KALI PERTAMA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/kelantan-juara-piala-fa-2012-buat-kali.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5