KEJOHANAN GRAND PRIX GOLD BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012 - 9 PEMAIN MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 4 Mei 2012 0 comments

9 pemain Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Grand Prix Gold Badminton Terbuka Malaysia 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Nampaknya pemain badminton Malaysia telah kena sumpahan 'jaguh kampung' apabila 9 daripada 20 slot seperuh akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 diisi oleh Skuad Badminton Malaysia. Walau pun begitu ini tidak bermaksud pemain-pemain Malaysia sudah hebat kerana, negara-negara terkuat seperti China, Korea dan Denmark tidak menghantar penyertaan mereka. Indonesia juga hanya menghantar pemain muda mereka sahaja jadi kejohanan ini tidak boleh menilai kekuatan sebenar Skuad Badminton Malaysia.

Sumber Gambar : Google Search

Memasuki hari ke-5 Kejohanan Grand Prix Gold Badminton Terbuka Malaysia 2012, berikut adalah senarai pemain dan bergu Malaysia yang layak ke Separuh Akhir kejohanan :

Perseorangan Lelaki


Datuk Lee Chong Wei akan bertemu Tommy Sugiarto (Indonesia), 5 rekod pertemuan sebelum ini berpihak kepada Chong Wei. Benjy rasakan ia lawan mudah Chong Wei. Manakala Muhammad Hafiz Hashim pula akan bertemu Sony Dwi Kuncoro (Indonesia), 8 rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada Sony Dwi Kuncoro 5 kemenangan dan Hafiz Hashim 3 kemenangan. Diharapkan Hafiz Hashim dapat menewaskan lawannya ini bagi mengekalkan status 'jaguh kampung' seterusnya bertemua Chong Wei di Final nanti.

Bergu Lelaki


Acara ini memang betul-betul 'jaguh kampung' mana tidaknya keempat-empat slot diisi bergu Malaysia. Bergu No 1 Malaysia Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong akan bertemu Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari sementara satu lagi pertemuan Gan Teik Chai dan Hon Soon Hock akan menentang Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han. Apa yang pasti juara adalah daripada Malaysia.

Bergu Wanita


Bergu wanita negara gandingan Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo akan menentang Shinta Mulia Sari dan Yao Lei daripada Singapura yang juga pilihan pertama kejohanan. Mengikut rekod 2 pertemua sebelum ini , ia memihak kepada bergu daripada Singapura tersebut. Sementara satu lagi separuh akhir pertemuan  bergu negara yang juga pilihan kedua kejohanan Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty akan bertemu Yuki Fukushima dan Yui Miyauchi daripada Jepun. Kedua-dua bergu ini belum pernah bertemu sebelum ini, diharapkan juga kedua-dua bergu wanita Malaysia akan bertemu di Final nanti.

Bergu Campuran


Bergu campuran No. 7 dunia yang juga pilihan pertama kejohanan daripada Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan bertemu Riky Widianto dan Puspita Richi Dili daripada Indonesia.Kedua-dua bergu belum pernah bertemu sebelum ini tetapi diharapkan bergu campuran daripada Malaysia mudah mara ke final nanti.

Diharapkan Skuad Badminton Malaysia dapat merangkul juara bagi empat acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Grand Prix Gold Badminton Terbuka Malaysia 2012 ini. "Tiada yang mustahil jika bermain sebagai 'jaguh kampung' rasanya" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEJOHANAN GRAND PRIX GOLD BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012 - 9 PEMAIN MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/kejohanan-grand-prix-gold-badminton.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.