HARGA 1MALAYSIA PAD RM 999.00 - 1PAD

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 25 Mei 2012 0 comments
Wow ! harga 1Malaysia Pad (1Pad) RM 999.00 je ? pasti meletup ni beb ! Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat tablet sekalian. Tak kala ramai yang berebut-rebut membeli Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab 7, di tengah keriuhan orang ramai mengatakan kehebatan iPad Baru dan pelbagai telefon pintar yang seolah-olah bertindak sebagai tablet dan ditengah-tengah rakyat Malaysia membantu dan memberi sorakan pasukan kesukaan mereka dalam peperangan cyber final PRU Cup edisi ke-13 di antara BN dan PR muncul satu senjata baru serba moden yang bakal mengegarkan peperangan cyber menjelang final PRU Cup 13 - 2012. Senjata baru yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan 1Malaysia Pad atau nama glamournya 1Pad yang dilancarkan baru-baru ini.

Sumber Gambar : Google Images

Dengan harga yang competetif RM 999.00 kira senang cakap RM 1000.00 1Malaysia Pad (1Pad) dilihat mampu memberi saingan kepada tablet hebat seperti Siri Samsung Galaxy Tab dan iPad. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang tablet ini kerana ianya masih lagi baru dan masih ramai lagi yang belum menyentuh anak dara sunti ini. Benjy juga sebenarnya mengidam untuk 'beristerikan' sebuah tablet tetapi sehingga kini belum mampu lagi. Tetapi dengan harga RM 999.00 ini, mungkin hasrat Benjy untuk 'beristerikan' tablet anak dara sunti 1Malaysia Pad (1Pad) akan kesampaian dalam setahun dua lagi. Uikss ! kenapa perlu tungguh setahun dua lagi ? Biasalah ada kisah disebaliknya.


Sebenarnya Benjy ingin menungguh harga 1Malaysia Pad (1Pad) ini jatuh ke tahap paling bawah sekali. Benjy membuat spekulasi bahawa harga 1Malaysia Pad (1Pad) ini akan jatuh pada harga RM 500.00 iaitu tahap tepu kejatuhan harga sebuah tablet yang hebat. Benjy juga akan mengumpulkan 2 kali bonus daripada syarikat sehingga mencecah RM 500 untuk mendapatkan 1Malaysia Pad (1Pad) tersebut. Selain daripada itu tempoh 2 tahun juga sesuai untuk menilai sama ada tablet ini hebat atau mempunyai masalah. Jika OK mesti Benjy rembat punya nanti tetapi kalau tak OK mungkin Benjy beralih pada tablet jenama yang lain.

Walauapapun spekulasi tentang tablet 1Malaysia Pad (1Pad) ini, sememangnya ia satu langkah yang baik bagi menjadikan dan menambah bilangan rakyat Malaysia celik IT. "Tidak hairanlah satu hari nanti perkhidmatan WIFI boleh didapati percuma walaupun seseorang sedang menebang kayu balak di tengah-tengah hutan Pahang" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: HARGA 1MALAYSIA PAD RM 999.00 - 1PAD
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/harga-1malaysia-pad-rm-99900-1pad.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.