CHELSEA JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012
Ahad, 20 Mei 2012
0
comments
Akhirnya Chelsea juara UEFA Champions League 2012 buat pertama kali dalam sejarah selepas menumpaskan Bayern Munich melalui sepakan penalti 4-3 apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sehingga tamat masa 120 minit. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat bolasepak sekalian. Pertemuan Chelsea vs Bayern Munich di final UEFA Champions League 2012 menyaksikan tumpuan atau pilihan utama diletakkan kepada kelab Jerman tersebut lebih-lebih lagi bermain sebagai tuan rumah. Namun, akhirnya The Blues yang belum pernah lagi menjuarai gelaran ini mencuri tumpuan selepas mengenepikan semua kritikan terhadap mereka sebelum ini dengan membawa pulang Trofi UEFA Champions League 2012 ke Stamford Bridge.
Sumber Gambar : Google Search
Keseluruhan perlawanan akhir UEFA Champions League ini di kuasai oleh Bayern Munich dengan kelebihan 55% penguasan bola dan sentiasa mengasak dan melancarkan serangan ke kubu pasukan Chelsea. Statistik perlawanan seperti berikut :
Pertemuan Chelsea vs Bayern Munich semakin panas hanya bermula pada minit ke-81 apabila A. Cole mendapat kad kuning. Akhirnya Thomas Muller memecah kebuntuhan dengan meletakkan Bayern Munich di hadapan dengan menjaringkan gol pada minit ke-83. Berbaki 7 minit melihat Bayern Munich mampu menjadi juara tetapi ia meleset apabila D. Drogba menyamakan kedudukan pada minit ke-88 akhirnya membawa permainan diheret ke masa tambahan. Bayangan Chelsea bakal juara UEFA Champions League 2012 muncul apabila A. Robben gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-95 sehinggalah perlawanan tamat 120 minit. Akhirnya penentuan sepakan penalti memihak kepada Chelsea selepas sepakan terakhir D. Drogba mencecah gawang dengan kelebihan 4-3 kepada pasukan Chelsea.
"Tahniah Chelase selaku juara UEFA Champions League 2012 buat kali pertama dalam sejarah" daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CHELSEA JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/chelsea-juara-uefa-champions-league.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5