CERITA SKANDAL SEKS PEMIMPIN PARTI POLITIK BAIK PUNYA
Isnin, 7 Mei 2012
0
comments
Nak tahu ke ? ada cerita skandal seks baik punya telah didedahkan melibatkan beberapa pemimpin parti politik. Cerita ini memang tengah hot sekarang ni sehinggakan nama pemimpin tersebut telah tersohor kerana skandal-skandal seksnya yang agak luar biasa. Namun ada orang berkata pemimpin ni kalau kat depan orang ramai pijak semut, semut pun tak mati, betapa baik dan bersopan santunnya beliau. Nampaknya semut yang dipijaknya belum sampai ajal lagi tetapi kalau dah ajal jangankan dipijak, ditiup angin pun mati semut tu. Maaflah pembukaan cerita ni agak sensitif sikit namun itulah yang terjadi sejak kebelakangan ini. Benjy pun pelik kenapa cerita-cerita sebegini cukup senang mendapat tempat dikalangan rakyat jelata berbanding isu-isu positif yang lebih berfaedah. Mungkin, Benjy hanya berkata mungkin sahaja ... mungkin rakyat Malaysia gila seks kot ... ha..ha..ha..ha.. (sorylah gurauan yang agak kasar sikit).
Sebenarnya Benjy bukan nak cerita pasal skandal seks pemimpin parti politik yang baik punya kerana cerita-ceritu itu sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebenarnya Benjy menulis entry ini kerana agak hairan, mengapa ramai rakyat Malaysia amat tertarik dengan cerita-cerita sebegini. Sekarang ni lebih hebat maklumlah dekat-dekat pilihan raya PRU 13, maka cerita inilah menjadi senjata pemimpin-pemimpin yang bertanding untuk counter attack lawan mereka. Persoalan Benjy adalah mengapa perkara ini dibesar-besarkan terpampang sini, terpampang sana, terhebo sini, terhebo sana tetapi mereka tidak sedar generasi-generasi Z yang tengah membesar kini secara tidak langsung disuntik dengan info-info sampah yang bakal mempengaruhi mereka bila dewasa kelak. Generasi-generasi Z yang ada sekarang jika satu hari nanti rosak kerana gejala seks, Benjy akan berkata salah satu sebab dari 1000 sebab adalah kerana isu skandal seks pemimpin politik yang baik punya hari ini didedahkan kepada mereka.
Hasil pemerhatian Benjy, berikut adalah cerita-cerita yang menduduki Top 5 ranking di Malaysia :
1. Cerita seks dan lucah baik punya termasuklah skandal seks pemimpin parti politik.
2. Berita-berita rogol terutamanya ayah rogol anak.
3. Cerita-cerita sensasi dunia artis yang penuh dengan glamour.
4. Dunia hiburan terutamanya rancangan realiti TV.
5. Cerita cinta-cinta, berkasih sayang dan ringan-ringan.
Ini hanyalah pemerhatian Benjy sahaja ia bukanlah fakta malah jauh sekali membuat survey kepada rakyat Malaysia. Namun jika tekaan Benjy ini betul maka jangan hairanlah jika 80% rakyat Malaysia sebenarnya menuju ke arah benda-benda yang menyeronokkan, kebebasan, seks, joli katak dan macam-macam lagi. "Agaknya perkara-perkara kerohanian, agama dan pembangunan insan jatuh nombor berapa yer ?" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CERITA SKANDAL SEKS PEMIMPIN PARTI POLITIK BAIK PUNYA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/cerita-skandal-seks-pemimpin-parti.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5