BLOG SERIUS SANGAT KE ? CERIAKAN DENGAN PERISIAN HAPPY BLOG

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 8 Mei 2012 0 comments
Blog serius sangat ke ? Apa kata ceriakan blog anda dengan perisian Happy Blog. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Menulis kandungan blog yang terlalu serius kadangkala membosankan pembaca dan lama kelamaan anda akan kehilangan pembaca dan trafik yang singgah ke blog anda. Adalah sebaiknya sebagai penulis blog kita menghasilkan entry yang seimbang ada cerita yang serius, cerita yang lawak, cerita sedih dan berbagai-bagai lagi kategori agar pembaca tidak terasa bosan apabila membaca hasil tulisan kita. Bagi anda yang selalu menulis blog dengan kandungan yang serius mungkin, anda boleh mewujudkan keceriaan dalam hasil penulisan anda tanpa mengubah isi kandungan sebenar. Betul ! walaupun isi kandungan anda serius ia akan berubah secara automatik menjadi ceria selepas menggunakan perisian Happy Blog.

Sumber Gambar : Google Search


Jangan risau sebuah blog serius akan bertukar menjadi ceria dalam beberapa minit sahaja selepas anda menggunakan perisian Happy Blog. Jika theme blog anda membosankan, dalam beberapa klik sahaja  perisian ini di download ia akan berubah dengan sungguh ceria tanpa mengubah sidebar serta layout susunan blog anda. Jika entry anda tidak mempunyai gambar, dalam beberapa minit sahaja selepas di download secara automatik entry blog anda mempunyai gambar yang ceria bersesuaian dengan isi kandungan anda. Jangan risau perisian Happy Blog ini memahami bahasa melayu dan akan memberikan anda pilihan gambar yang ceria bersesuaian dengan keyword anda. Bukan itu sahaja, jika anda kekurangan idea untuk menaip isi kandungan berdasarkan kata kunci anda, perisian ini secara automatik akan memberikan beberapa pilihan ayat-ayat yang ceria mengikut kata kunci anda.

Jangan jadikan blog anda 'syok sendiri' kerana ia sebuah blog serius, sila gunakan perisian Happy Blog yang cukup menarik kerana mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Memberikan anda pilihan gambar ceria mengikut kata kunci isi kandungan blog anda.

2. Memberikan anda pilihan theme yang ceria tanpa mengubah susunan layout blog anda.

3. Memberikan anda pilihan ayat-ayat yang ceria berdasarkan keperluan kata kunci anda. Ia berguna bagi seseorang yang kekirangan idea untuk menulis blog.

4. Ia mudah di download tanpa menjejaskan storan hard disk ataupun thumb drive anda. Boleh dikatakan '0' MB.

5. Harga tidak terlalu mahal dari RM 2.00 ke RM 3.50 untuk sekali download.

6. Namun kelemahannya ialah, kadang-kadang laman web perisian ini tidak dapat di access dan hanya boleh di access di lokasi yang mempunyai capaian internet 10 GB sahaja.

Antara paparan antaramuka perisian Happy Blog ini adalah seperti di bawah :

Home Page Happy Blog

Anda Boleh Memilih Theme Yang Anda Minati

Ini Pula Pilihan Gambar Yang Ceria

Benjy Dah Rembat Perisian Happy Blog Dan Download Ke Dalam Perut

Untuk maklumat anda, 2 hari yang lepas Benjy telah download perisian Happy Blog ini ke dalam perut Benjy ketika keadaan panas terik. Hasilnya muka berkerut dan serius Benjy kerana panas terik bertukar menjadi ceria dan cool je rasanya. "Membaca blog serius menjadikan anda stress, apa kata gunakan perisian Happy Blog ini" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BLOG SERIUS SANGAT KE ? CERIAKAN DENGAN PERISIAN HAPPY BLOG
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/blog-serius-sangat-ke-ceriakan-dengan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.