7 ORANG BLOGGER LULUS UJIAN (KDBB) APRIL 2012

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 9 Mei 2012 0 comments
Hanya 7 orang blogger lulus ujian KDBB bagi bulan April 2012 daripada 56 blogger yang mengambil ujian tersebut. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Keputusan ujian KDBB telah pun dikeluarkan pada 9 April 2012 dan bagi blogger-blogger yang telah mengambil ujian tersebut bolehlah menyemaknya mulai dari tarikh tersebut. Walaupun Benjy tidak mengambil ujian tersebut, tetapi Benjy tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada blogger-blogger yang lulus sebagaimana nama yang telah diumumkan. Bukan senang nak jadi blogger yang hebat, bukan senang nak dapat iklan berbayar mungkin, dengan lulusnya ujian KDBB ini syarikat-syarikat diluar sana akan mengiklankan produk mereka secara berbayar di dalam blog anda.

Sumber Gambar : Google Search

Secara amnya ujian KDBB bagi April 2012 ini adalah berbentuk subjektif di mana setiap blogger yang mengambil ujian ini perlu menjawab sekurang-kurangnya 20 daripada 50 soalan subjektif untuk di kira sebagai lulus ujian KDBB. Berikut adalah keputusan ujian KDBB (Komen Di Blog Benjyblogger) dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan benjyblogger[dot]com pada 9 April 2012 :

1. Suri (44/50 = 88%)
2. Akubiomed (35/50 = 70%)
3. Hafizmohd (34/50 = 68%)
4. Chii (32/50 = 64%)
5. Tehr (30/50 = 60%)
6. Rahman (25/50 = 50%)
7. Yastro (24/50 = 48%)

Disebabkan ketujuh-tujuh blogger ini mendapat keputusan lulus dalam ujian KDBB April 2012, maka pihak Majlis Peperiksaan benjyblogger[dot]com mengecualikan semua pembayaran yuran bagi 10 semesta yang akan datang kepada mereka yang lulus. Senarai nama ke tujuh blogger cemerlang ini juga akan dipahat dengan seorang tukang pahat terkenal yang didatangkan khas dari Belgium untuk memahatkan nama mereka di pintu masuk ke dewan kuliah, kecuali blogger Tehr kerana namanya suda terpahat di pintu gerbang Majlis Peperiksaan sebagai blogger sponsor trafik terbaik bagi bulan April 2012. "Semoga pengecualian bayaran 10 bulan yuran semesta akan memberi dorongan kepada lain-lain blogger untuk lulus ujian KDBB bagi bulan Mei 2012" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: 7 ORANG BLOGGER LULUS UJIAN (KDBB) APRIL 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/05/7-orang-blogger-lulus-ujian-kdbb-april.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.