UNDIAN PIALA THOMAS 2012 MEMIHAK KEPADA MALAYSIA
Isnin, 16 April 2012
0
comments
Undian Piala Thomas 2012 memihak kepada Malaysia. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Sebagaimana yang telah diketahui, Piala Thomas 2012 akan berlangsung di Wuhan, China bermula pada 20 - 27 Mei 2012. Pada 15 April 2012 telah berlangsung cabutan undian peringkat kumpulan di Wuhan, China menyaksikan Malaysia berada di Kumpulan C bersama-sama pasukan Denmark dan Afrika Selatan. Di atas kertas 100% Benjy berkeyakinan bahawa Malaysia akan layak ke peringkat kalah mati (suku akhir) 8 pasukan terbaik namun untuk melangkah ke peringkat seperuh akhir mungkin memerlukan Datuk Lee Chong Wei (DLCW) untuk mata pertama yang juga mata semangat kepada pemain-pemain yang lain.
Sumber Logo : Google Search
KEDUDUKAN KUMPULAN PIALA THOMAS 2012
Kumpulan A
1. China
2. Indonesia
3. England
Kumpulan B
1. Japan
2. Russia
3. New Zerland
Kumpulan C
1. Denmark
2. MALAYSIA
3. Afrika Selatan
Kumpulan D
1. Korea Selatan
2. Germany
3. USA
Setiap Juara dan Naib Juara kumpulan akan mara ke peringkat Suku Akhir dan di peringkat Suku Akhir pasukan Juara kumpulan akan bertemu Naib Juara kumpulan yang lain. Secara perkiraan kasar, jika Malaysia menjadi Juara kumpulan mungkin halangan terbesar di peringkat Suku Akhir ialah jika diundi bertemu pasukan Indonesia namun peluang untuk menang masih lagi 50-50 sementara, jika bertemua dengan lain-lain Naib Juara 100% akan memihak kepada Malaysia. Jika pasukan Malaysia berada di kedudukan Naib Juara kumpulan, Malaysia terpaksa berhadapan samaada China, Japan ataupun Korea Selatan di peringkat Suku Akhir Piala Thomas 2012 nanti. Rasa pilihan untuk menjadi Naib Juara kumpulan adalah risiko yang tinggi sekali.
Berdasarkan analisis yang ringkas ini, Benjy berharap BAM dapat menganalisis kekuatan semasa pasukan Malaysia dan pasukan lawan. BAM juga perlu merancang strategi percaturan pemain dan membuat keputusan yang tepat samaada ingin menurunkan DLCW ataupun merehatkannya untuk sasaran pingat emas pertama Malaysia di temasya Olimpik London 2012. "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak membuat keputusan bersedialah untuk di fire" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: UNDIAN PIALA THOMAS 2012 MEMIHAK KEPADA MALAYSIA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/undian-piala-thomas-2012-memihak-kepada.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5




