SEMAK ONLINE ATAUPUN SMS DAN CARA MENDAFTAR PENGUNDI DI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 7 April 2012 0 comments
Sila semak online ataupun SMS dan cara mendaftar pengundi di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Jika anda rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, anda hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Kini parti-parti politik sedang rancak mengatur strategi untuk menarik hati rakyat agar mengundi parti mereka. Sebagai seorang rakyat yang bijak sepatutnya kita jangan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan-rakan kita tetapi biarlah kita mengundi atas pilihan kita berdasarkan penilaian realistik kita sendiri. Dengan melihat perkembangan politik kini nampaknya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir. Jadi untuk tidak membuang masa sila ;

1.  Semak maklumat syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pengundi di SINI.

2. Semak cara-cara mendaftar sebagai pengundi di SINI.

3. Semak tempat untuk mendaftar sebagai pengundi di SINI.

4. Semak secara online daftar pemilih anda di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di SINI.

5. Semak daftar pemillih dengan SMS [lihat panduan di bawah]

Sumber Gambar : http://www.spr.gov.my/


AWAS !
Selama ini Benjy tidak pernah mendaftar dengan SPR untuk menjadi seorang pengundi. Baru-baru ini Benjy telah menyemak nama daftar pemilih secara online dan apa yang mengejutkan adalah Benjy telah pun didaftarkan sebagai pengundi. Benjy cukup terkejut dan tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku. Keadaan ini menimbulkan keraguan kepada ketelusan SPR dalam isu ini.  Memang niat Benjy tahun ini untuk mendaftar tetapi persoalannya adalah, sebagai sebuah Suruhanjaya kerajaan, ia sepatutnya tidak berlaku dan ia amat memalukan. Benjy percaya mungkin ada ramai lagi rakyat Malaysia yang senasib dengan Benjy. Ada beberapa sebab kenapa perkara ini berlaku dan yang pastinya ia melibatkan kepentingan sesebuah parti politik. Ini menyebabkan keinginan Benjy untuk membuang undi menurun kerana kurang senang dengan keadaan ini.


Sumber Gambar : Google Search


Benjy amat mengharapkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mencari siapakah dalang dalam mewujudkan kekeliruan ini. Jika perkara ini tidak dibendung kepercayaan rakyat akan hilang dan SPR akan dilebalkan menerima rahsuah dan tidak telus. "1000 kebaikan yang telah kita lakukan selama ini hilang sekelip mata hanya dengan 1 kesilapan yang bodoh" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: SEMAK ONLINE ATAUPUN SMS DAN CARA MENDAFTAR PENGUNDI DI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/semak-online-ataupun-sms-dan-cara.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.