RANKING FIFA MALAYSIA - DATUK K.RAJAGOPAL 'SYOK SENDIRI'

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 20 April 2012 0 comments
Apabila diajukan soalan mengenai ranking FIFA Malaysia, Datuk K.Rajagopal mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengecewakan. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya. Benjy sungguh terkejut apabila seorang yang cukup arif dengan bolasepak mengatakan ranking FIFA tidak memberikan apa-apa makna kepada bolasepak Malaysia kerana Malaysia adalah jaguh Asia Tenggara. Kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau yang disiarkan dalam Berita Sukan Buletin Utama TV 3 pada 20 Apr 2012. Sebagai seorang peminat bolasepak, Benjy mengatakan kenyataan Datuk K. Rajagopal ini seperti 'katak di bawah tempurung' atau bahasa pasarnya 'hanya syok sediri'.

Datuk K. Rajagopal - Hanya Syok Sendiri
Sumber Gambar : Google Search

Sebelum itu dalam berita sukan yang sama juga Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah menyatakan nada kecewa kerana ranking FIFA Malaysia sepatutnya berada di bawah daripada kedudukan ke-100 agar pemain-pemain Malaysia boleh menarik minat kelab-kelab Eropah untuk mendapatkan khidmat mereka bermain dipentas yang lebih tinggi. Benjy menyokong penuh kenyataan Tengku Abdullah tersebut kerana ia adalah pandangan professional sebagai seorang tokoh bolasepak sebenar dan memandang bolasepak jauh ke depan. Benjy melihat kenyataan Tengku Abdullah juga sebagai seorang yang betul-betul ingin memajukan sukan bolasepak di Malaysia.

Tengku Abdullah Sultah Ahmad Shah - Tokoh Bolasepak Berpandangan Jauh
Sumber Gambar : Google Search

Berbalik kepada Datuk K. Rajagopal, memang beliau boleh berbangga membawa Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 tetapi Benjy nak tanya Datuk K. Rajagopal, kenapa Malaysia tidak boleh menundukkan Singapura semasa kelayakan Piala Dunia ? Singapura bukan pasukan Asia Barat atau Eropah, mereka juga adalah negara dalam kelompok Piala AFF. Benjy tidak tahu apakah sasaran beliau membimbing pasukan Malaysia ? adakah sekadar untuk Piala AFF sahaja ? patutlah beliau tidak ada perasaan atau bahasa pasarnya 'selamba rock' sahaja bila Malaysia di landa sindrom 'KSKS' (kalah-seri, kalah-seri) kebelakangan ini. Bagi Benjy sebagai seorang yang professional, Datuk K.Rajagopal hendaklah menetapkan sasaran yang lebih 'reasonable' agar moral pemain dan peminat 'maintain' di tahap membangakan.

Jika Datuk K. Rajagopal tersesat dan terbaca artikel ini, Benjy ingin sarankan standard jangka panjang seperti berikut kepada beliau :

1. Ranking FIFA Malaysia di bawah kedudukan 100. Ini bertujuan memberikan daya tarikan kelab-kelab Eropah ke atas pemain-pemain daripada Malaysia.

2. Ranking AFC di kedudukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan-pasukan Liga Super layak bermain dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC bukannya Piala AFC sepertimana Kelantan dan Terengganu sekarang.

3. Mengekalkan ranking Malaysia dalam kedudukan ke-3 terbaik Asia Tenggara bagi mengekalkan suasana rasa gerun, takut dan segan di tahap maksimum bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan AFF.

Benjy percaya jika Datuk K. Rajagopal boleh menerima saranan Benjy ini untuk sasaran jangka panjang tidak mustahil Malaysia boleh layak bermain di kejohanan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung di Australia dan di Kejohanan Piala Dunia 2018 di Russia. Mungkin ada berkata Benjy ini hanya pandai bercakap sahaja, tetapi kalau nak test tidak ada masalah. Apa kata serahkan sahaja pada Benjy untuk membimbing Harimau Malaya, pasti satu kelainan yang tidak pernah dibayangkan oleh anda sebelum ini akan berlaku, percayalah ! (Fuhh ! ... berlagak nak mampos si Benjy ni, sepak bola pun tak reti ada hati nak bimbing Harimau Malaya .... hahahaha) "Harimau Malaya tidak akan pergi jauh jika hanya mensasarkan Piala AFF semata-mata" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: RANKING FIFA MALAYSIA - DATUK K.RAJAGOPAL 'SYOK SENDIRI'
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/ranking-fifa-malaysia-datuk-krajagopal.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.