PIALA THOMAS 2012 - PELUANG SKUAD BADMINTON MALAYSIA

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 11 April 2012 0 comments
Piala Thomas 2012 semakin hampir dan skuad Badminton Malaysia sudah boleh mencongak siapakah lawan mereka dalam peringkat kumpulan nanti. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air sekalian. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman web mereka telah pun mengumumkan ranking pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini mengikut ranking dunia berakhir 1 Mac 2012. Benjy merasakan skuad Badminton Malaysia dapat melihat dimanakah kedudukan mereka dan tahap keupayan mereka untuk bersaing dalam kejohanan ini. Sekiranya BAM merehatkan Datuk Lee Chong Wei bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012, ia menjadi lebih sukar dan mungkin skuad Badminton Malaysia tidak dapat mencapai sasaran mereka layak ke separuh akhir.


Sumber Gambar : Google Search

Kejohanan Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung di Wuhan, China pada 20 Mei 2012 bolehlah disifatkan sebagai Piala Dunia Badminton berkumpulan dan bukanlah acara perseorangan. Mengikut apa yang Benjy lihat di laman web BWF, susunan keutamaan kejohanan tetap memilih Sukan Olimpik acara badminton sebagai kelas pertama diikuti Badminton Kejohanan Dunia dan Piala Thomas jatuh kedudukan ke-3. Bagi Benjy, walau apa pun keutamannya setiap kejohanan mempunyai tradisi, semangat dan nilai kebangaannya tersendiri. Cuma acara berkumpulan ini lebih tertumpu kepada kekuatan keseluruhan pemain sesebuah negara dan ianya mempunyai semangat dan kebangaan yang luar biasa berbanding acara perseorangan. Semua pemain yang bertanding dalam acara berkumpulan adalah penting kepada pasukan dan kebangaan kepada negara.

Susunan ranking negara-negara yang bertanding dalam kejohanan Piala Thomas 2012 adalah seperti berikut :


Berdasarkan ranking di atas, skuad Badminton Malaysia di anggotai oleh :

MS 1 - Datuk Lee Chong Wei
MS 2 - Mohamad Hafiz Hashim
MS 3 - Darren Liew
MD 1 - Koo Kien Keat/Tan Boon Heong
MD 2 - Lim Khim Wah/Goh V Shem

Sekiranya Datuk Lee Chong Wei menarik diri untuk persiapan ke Sukan Olimpik 2012, sudah tentu Mohamad Hafiz Hashim menggantinya DLCW di MS 1, Darren Liew pula di MS 2 dan yang merisaukan ialah, siapakah yang akan mengisi kekosongan MS 3. Nampak gayanya untuk melepasi peringkat kumpulan pun sekadar 50 - 50 sahaja. Bagi ramalan undian pula, Malaysia akan bertemua sama ada China, Korea, Denmark atau Jepun untuk Top 4 BWF ranking dan untuk 9/12 pula Malaysia akan bertemu sama ada England, USA, New Zerland ataupun South Africa. Jika Malaysia diundi bertemu China dan England, peratus untuk melepasi peringkat kumpulan semakin bertambah sukar.

Melihat situasi menghadapi Piala Thomas 2012 ini, Benjy merasakan hanya BAM sahaja yang dapat membuat keputusan samaada ingin menurunkan DLCW atau tidak. Diharapkan BAM mempunyai strateginya sendiri bagi menghadapi kejohanan ini dan juga Sukan Olimpik 2012. "Situasi BAM kini seperti menarik rambut dalam tepung" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
    
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PIALA THOMAS 2012 - PELUANG SKUAD BADMINTON MALAYSIA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/piala-thomas-2012-peluang-skuad.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.