PIALA AFF SUZUKI 2012 - PRESTASI SEMASA PASUKAN-PASUKAN ASEAN

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 14 April 2012 0 comments
Menjelang sepak mula Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung pada 24 Nov 2012 hingga 22 Dis 2012 menyaksikan prestasi semasa beberapa pasukan ASEAN meningkat dan ada juga yang menurun. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat bolasepak tanah air sekalian. Walaupun kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 ini masih jauh dihadapan namun, perestasi semasa pasukan-pasukan yang bertanding sedikit sebanyak mempengaruhi semangat dan moral pemain-pemain untuk berhadapan dengan tekanan kejohanan tersebut. Benjy juga percaya jika sesebuah pasukan dapat mengekalkan momentum prestasi semasa ditahap yang baik, tidak mustahil pasukan tersebut boleh memenangi sesebuah kejohanan tersebut.


Sumber Gambar : Google Search

Juara bertahan Malaysia pastinya amat tertekan kerana mempunyai misi penting dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2012. Secara kebiasaannya memburu kejuaraan adalah sesuatu yang mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebagai peminat setia Harimau Malaya, keyakinan Benjy kepada pasukan Malaysia untuk memenangi sekali lagi kejohanan ini sedikit menurun berikutan prestasi semasa yang tidak memberangsangkan sejak menjuarainya pada tahun 2010. Keyakini ini semakin pudar apabila Malaysia seri 1 - 1 semasa perlawanan persahabatan dengan Filipina bulan lepas. Lagi malang lagi apabila FIFA mengumumkan kedudukan ranking Malaysia jatuh ke kedudukan 156 pada 11 Apr 2012. Diharapkan pasukan Malaysia akan bangkit semula pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Sri Lanka pada 28 Apr 2012 ini. Untuk makumat peminat Harimau Malaya sekalian, mengikut rekod FIFA ranking tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan Malaysia ialah kedudukan ke 75 dunia pada tahun 1993 dan kedudukan terendah ialah ranking ke 170 dunia pada tahun 2008.

Menjelang sepak mula Piala AFF Suzuki 2012 berikut adalah prestasi semasa pasukan-pasukan ASEAN ;


Nampak gayanya pasukan Vietnam menduduki ranking No. 1 ASEAN, No. 15 di Asia dan No. 97 di dunia manakala ranking terbawah ASEAN ialah pasukan Timor-Laste. Harimau Malaya pula menduduki tangga ke 5 di ASEAN manakala musuh tradisi Singapura pula menduduki tangga ke 6 ASEAN. Bagi Benjy prestasi semasa yang sungguh memberansangkan ialah pasukan Filipina iaitu menduduki tangga ke 3 ASEAN, No. 22 di Asia dan kedudukan ke 148 dunia. Keputusan semasa ini diambil daripada ranking FIFA yang dikeluarkan pada 11 April 2012 yang lepas. "Nampaknya Harimau Malaya perlu memecahkan lagi ruyung pada tahun 2012 ini untuk mendapatkan sagunya" kata Benjy - Meihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PIALA AFF SUZUKI 2012 - PRESTASI SEMASA PASUKAN-PASUKAN ASEAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/piala-aff-suzuki-2012-prestasi-semasa.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.