PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 - BETUL KE HANYA DUDUK DAN BANTAH

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 26 April 2012 0 comments


Perhimpunan Bersih 3.0 bakal berlangsung pada 28 April 2012 dengan memberi jaminan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Adakah jaminan hanya duduk dan bantah tu betul ? Benjy rasa ia hanya jaminan agar pihak DBKL membenarkan mereka berkumpul di Dataran Merdeka. Ada banyak perkara yang dituntut dalam perhimpunan Bersih 3.0 ni dan salah satunya adalah mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Selain itu kompulan Bersih 3.0 juga menuntut agar pembinaan Lynas dihentikan. Tidak kira apa sekali pun hasrat murni mereka namun kenapalah Dataran Merdeka yang dipilih tu ? Benjy rasa pemilihan tempat tu macam tidak cukup efektif je, Benjy rasa Datuk Ambiga tu macam kekeringan idea memilih tempat tersebut. As a leader, beliau sepatutnya memikirkan keselamatan kumpulannya dan orang ramai, bukannya hanya sekadar perjuangan yang dibawahnya.

Sumber Logo : Google Search

Sebagai seorang yang tidak berapa pandai macam Benjy, rasanya jika pihak DBKL tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 di adakan di Dataran Merdeka, Datuk Ambiga sepatutnya memahami akan kuasa-kuasa dan dasar DBKL. Benjy mengaku, Benjy juga menyokong agar pilihanraya diadakah secara adil dan telus, Benjy juga percaya 51% pembinaan Lynas akan memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada penduduk sekitarnya tetapi sebagai seorang yang matang dan bertamadun, Benjy rasa melanggar arahan pihak berkuasa tempatan adalah salah dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang. Jika mereka teruskan juga apa boleh buat terpaksalah kumpulan Bersih 3.0 berhadapan dengan pihak Polis dan DBKL. Benjy percaya pertembungan ini hanya akan menyebabkan pergaduhan seteruskan kecederaan di kedua-dua pihak akan terjadi.

Benjy merasakan idea Perhimpunan Bersih 3.0 ini datangnya daripada revolusi yang berlaku di negara-negara Asia Barat dan negara-negara islam di sepanjang lautan Mediterranean. Rakyat Malaysia mungkin percaya jika mereka juga berbuat demikian pasti Kerajaan Malaysia akan tumbang. Benjy rasa itu adalah sangkaan yang meleset kerana Benjy percaya perhimpunan ini tidak sampai pun 1% daripada keseluruhan jumlah rakyat Malaysia dan 99% lagi rakyat Malaysia lebih suka duduk di rumah dan menunggu hari pilihan raya untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Benjy juga percaya tidak keterlaluan jika Benjy mengatakan ada 50% rakyat Malaysia yang tidak suka dengan kerajaan yang ada sekarang tetapi tidak berminat untuk berhimpuan kerana mereka merasakan ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka baik duduk di rumah, pergi memancing, menjamu selera di restoran Satey Kajang ataupun lain-lain perkara yang berfaedah kepada mereka.

Benjy rasa Datuk Ambiga sepatutnya sedar bahawa, adakah dia juga akan menerima kumpulan sebegini jika beliau ditakdirkan satu hari nanti menjadi salah seorang pemimpin. Benjy percaya Datuk Ambiga juga akan membidas kumpulan yang akan membuat perhimpunan di Dataran Merdeka yang menentang kerajaannya dengan memberi alasan yang sama sebagaimana alasan DBKL sekarang ini. "28 April 2012 Benjy akan habiskan masa dengan keuarga bermain-main di taman yang indah agar minda menjadi positif" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
   
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 - BETUL KE HANYA DUDUK DAN BANTAH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/perhimpunan-bersih-30-betul-ke-hanya.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.