PENETAPAN KADAR GAJI MINIMA SEKTOR SWASTA DI MALAYSIA

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 30 April 2012 0 comments
Pengumuman penetapan kadar gaji minima sektor swasta di Malaysia telah disampaikan oleh Datuk Sri Najib Perdana Menteri Malaysia pada 30 April 2012 jam 9.00 pm sempena hari pekerja 1 Mei 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan pekerja sektor swasta di Malaysia sekalian. Dalam ucapan Perdana Menteri menyatakan, pengumuman ini adalah hadiah kepada 3.5 juta pekerja sektor swasta di Malaysia sempena hari pekerja tahun 2012. Tidak ketingalan juga, Benjy mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua rakan-rakan seperjuangan pekerja di Malaysia tidak kira sektor awam mahupun swasta, tanpa kita semua Malaysia tidak akan mencapai tahap ekonomi seperti yang ada sekarang ini.

Sumber Gambar : Google Search


Penetapan kadar gaji minimum untuk sektor swasta di Malaysia telah ditetapkan seperti berikut :

1. Kadar gaji minima ini tidak termasuk sektor perkhidmatan domestik seperti tukang kebun, pekerja 'cleaner' dan sektor pekerja yang seumpamanya.

2. Jumlah gaji minima adalah berbeza mengikut kawasan seperti berikut :

    - Semenanjung Malaysia kadar gaji pokok ialah RM 900.00 sebulan.
    - Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan kadar gaji pokok RM 800.00 sebulan.

3. Kuatkuasa perlaksanaan kadar gaji minima sektor swasta ini adalah 6 bulan selepas tarikh ia diwartakan.

4. Bagi sektor industri kecil dan sederhana, kuatkuasa ini di lanjutkan sehingga 12 bulan selepas tarikh ia di wartakan.

5. Sementara firma professional, bertaraf antarabangsa dan syarikat besar, kuatkuasa kekal 6 bulan selepas tarikh ia di wartakan.

6. Sekiranya ada syarikat-syarikat yang tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini, permohonan rayuan boleh dibuat bagi melanjutkan tarikh penguatkuasaan tersebut.

7. Penetapan kadar gaji minima ini tidak tetap dan ia akan dikaji dari masa-kesemasa dan jika perlu ianya akan diubah mengikut kesesuaian semasa.

Bagi Benjy penetapan kadar gaji minima untuk sektor swasta ini ada positif dan negatifnya. Positifnya ialah, kebanyakan rakyat Malaysia akan melepasi garis minima kemiskinan kebangsaan dan negatifnya pula ialah, kemungkinan harga barangan akan naik kerana majikan melihat kenaikan ini sebagai peningkatan kos operasi yang turut menaikkan harga produk keluaran mereka. Apa yang realitinya di sini ialah, kebiasaannya Malaysia amat berjaya dalam merangka sesuatu dasar di atas kertas tetapi gagal menguatkuasakannya dalam keadaan sebenar. Kerajaan Malaysia masih gagal menguatkuasakan kadar gaji minima Pengawal Keselamatan yang sudah berlalu 1 tahun lamanya dan pekerja Pengawal Keselamatan masih lagi ditindas oleh majikan mereka. Adakah penetapan kadar gaji minimum sektor swasta ini juga akan menerima nasib yang sama seperti pekerja Pengawal Keselamatan ? Kita tengok dan lihat nanti. "Selalunya sesuatu dasar itu berakhir dengan indah kabar dari rupa" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PENETAPAN KADAR GAJI MINIMA SEKTOR SWASTA DI MALAYSIA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/penetapan-kadar-gaji-minima-sektor.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.